30.6.09

104 : lapar

tengah hari tadi aku tak sempat nak ambik lunch. skrg rasa lapar teramat lapar.

masuk blog TM , baca plak story pasal kedai mamak. siap lagi sebut tosey. menu kesukaan ku kalau ke kedai mamak ialah roti nan cheese. aku selalu suruh tambah kan cheese...sekaligus dapat menambahkan lemak di badan ku.....

emmmm.....aduhhh lapor nya....
lambat lagi nak tunggu kul 5.30, nak balik & nak makan2
apa rasa ye..benda ni? bes kot????
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<

(gambar sekadar hiasan)

29.6.09

103 : just for laugh

dari gambar di atas, apa yang korang boleh lihat?
aku nampak ada senyum kambing senyum ikhlas kat sinun :P

27.6.09

102 : entri tanpa tajuk


Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:

"Dosa-dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, berani menentang
orang tua, membunuh seseorang bukan pada haknya dan bersumpah palsu"
(Riwayat Bukhari)

25.6.09

101 : cuti


ok, kawan-kawan semua,
saya akan bercuti dr berblog dari 26hb hingga 28hb..
sebab nak balik kampung..(umah MIL)
kampungku yang indah permai..
~tata~

100 : ke seratus

Ini merupakan entri aku yang ke seratus
Baru nak cecah 100 entri..ada orang tu, dah cecah ribu riban
nyway....aku nak ucapkan terima kasih kepada pengunjung setia blog ini..
" pisang emas di bawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh di bayar
hutang budi ku bawa mati"

Salam sayang buat teman2 semua


24.6.09

99 : jawapan tag dari Fizan & Ainal


The rules:
1• Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.
i) Seorang amat berseni orang nya
ii) sangat2 suka memasak & membuat roti :)
iii) kenalan melalui jualan tdg secara online
iv) pemilik fizanstore.com, tmpt aku berforum dll
v) lemah lembut, sopan santun orang nya
2• Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.
1) hobby aku bersopping, window sopping pun orait, jnji dpt jamu2 mata
2) lepak2 di rumah..sambil baca2 novel atau majalah
3) paling malas nak basuh pinggan mangkuk kahkihkoh
4) keje di pejabat, biasa2 aje..suka ada, tak suka pun ada
5) sembang2 ngan anak2
6) tengok TV ngan anak2
7) golek2 atas katil..relax kan minda & badan..auwww
8) suka gelak2..kalu tak gelak sehari rasa mcm nak demam
9) banyak cakap..aku tak reti duk diam
10) seorang yang penyayang sebenarnya meskipun zahirnya nampak garang
3• Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them.
~ tak payah lah ek...siapa rasa nak buat tag nih..di persilakan...dengan sukarela nya~
4• Leave a comment on the receipients’ blog to tell them they’ve been tagged.
N/A
5• Paste the award badge in your sidebar.
okie

98 : rice cooker

Aku rasa aku sudah pun 14 tahun menjadi surirumah tangga. Tetapi...semalam...rice cooker aku tiba2 rosak. Waktu tu jam dah menunjukkan pukul 6.10 ptg. Dlm fikiran aku, tkde masa lagi nak pi beli rice cooker yang baru.
Sebagai seorang isteri mithali, aku pun mula lah memasak nasi secara manual di atas dapur...
Tapi...hasilnya, aku amat kecewa...nasi & beras tak jauh berbeza...
Si 'abe' aku pun mula lah senyum2 kambing sambil memberitahu anak2nya..
"arini mak masak lauk sedap tapi nasi tak berapa nak sedap lah"....emmm...sabor je lah..
Akhirnya..anak2 kesayangan aku merengek, "mak..jom gi kepsi..."
maka, akhirnya KFC yang jadi makanan kami mlm tadi..
aku sempat singgah di TESCO dan sudah pun membeli rice cooker yang baru..
ptg ni, kiranya aku boleh lah memasak nasi sambil berlenggang-lenggang

23.6.09

97 : malam pertama

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...

Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .

Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....

Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan.. ,
Kitapun kan dipakaikan baju cantik berwarna putih

Kain itu ...jarang orang memakainya..
Kerana sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...

Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan

Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan

Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin...
Menunggu dan ditinggal sendirian,

Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah tlah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan mem peroleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan mem peroleh Siksa Kubur.....

Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita
menuju
ke ''Malam Pertama Kita''~

(sejak akhir2 ini banyak sangat email pasal kematian yang aku terima.)

21.6.09

96 : santai2 di Gunung Lang

Santai di Gunung Lang, Taman Rekreasi di Ipoh, Jalan Kuala Kangsar.

Lombong tinggal yang kini telah dijadikan Taman Rekreasi, untuk beriadah

Layan gambar je lah..zassssss

(dalam keadaan cuaca yg agak berjerebu)






19.6.09

94 : kubur kata mari...



Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah KO nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram?

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata,

"Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya."


Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..


Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata'ala.


wALLAHua'lam..
Renung-renungkan, dan selamat berkaraoke.. jgn lupa rumah kata pergi, kubur kata come on bebeh!


18.6.09

93 : just fr your eyes only!

opppocot....gambar sape ni?

tiba-tiba aku tengok ada gambar ni dalam henfon aku..

ntah bila masa dia orang buat projek ni smua..

udah rupa gamba "peraduan muka terburuk di dunia"








16.6.09

92 : al-fatihah

ibu...

semua orang ada ibu..
syurga juga di bawah tapak kaki ibu..

tapiii

ibu aku..
telah pulang ke rahmatullah pada 13 jun 2009.. @9.45am

al-fatihah...

12.6.09

91 : jimat tak?

" nak jimat tak?"

"nak"

" nak jimat tak?"

"nak"...

" jom kita ke carrefour"


korang pernah tak tengok iklan ni kat TV? aku rasa mesti pernah..
tadi, aku tertengok lah iklan ni...

aku rasa iklan ni merepek..
bila kita ke carrefour atau Tesco atau Giant...tkde istilah jimatnya

selagi tak penuh troli, selagi itu lah kita tak akan balik
bajet nak berbelanja dalam RM80
tup..tup..bila time bayar terus jadi RM 180...
jimat ke nama nya tu?

emmm...alahai!

90 : saksikan lah

School Bus in Japan




lihat lah akan perbezaan nya...

balik2 org Pakistan jugak yang kena kutuk..dasat tul..

11.6.09

89 : peringatan

Pesanan atau peringatan kepada semua, juga kepada diri aku sendiri, ini adalah email yang aku terima dari kawan sekerja di KL. Kejadian yang memang benar2 telah berlaku.

Aku juga suka letak handbag kat seat depan semasa aku memandu, nampak caranya kena ubah.

Nak letak kat mana lagi ye? dlm bonet ke? selamat tak???

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dear all,
This is a real incident.... about a week ago at midday, one of our employee's wife left her handbag on the front passenger seat with her car locked thinking that it could avoid untowards incident. When she stops while waiting to turn-left at a T-junction along Jalan Gasing/Jalan Universiti, a motorbike with 2 riders went beside her car. The front rider smashed the windows of the front passenger seat with an object (not sure what it is) while the pillion rider pull her handbag out - all happened in just about seconds. Fortunately, all IDs and credit cards are placed seperately. When she brought her car for the windows replacement on the same day, another car had the same faith in the repair garage - robbed from rear seat not the front, explained the car owner.
So , please give this a thought if you have a handbag in your car while driving. I believe computer bags or any valuables too may be up for preyed.
Thought that this is a lesson learned....beware daylight robbery!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

9.6.09

88 : ntah ler!

uhhhh!!! harini, semalam & esok..
aku...
letih...penat...fenin....arghhhhh........segala-galanya!!!
???

87 : how about u?

Can u read this? I can...


(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna):-


Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can. (mustahil kan????

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs, yuo mmeang trrerr!


hahahha...boleh baca tak???? psle kmoen!!!

8.6.09

86 : tolong sebarkan..

Untuk makluman semua

1. Ayam keluaran Perak Duck yang dijual di Tesco didapati *TIDAK HALAL* dan telah disaman RM 5 juta. Disiarkan dalam NST ms 26 dan Berita Harian. (nape tak letak tarikh?)

2. Kopi Pahlawan - kopi yg dilaporkan mengandungi racun membawa maut

3. Bebola ikan yg diproses dari usus babi keluaran GSB Seafood Ent

Sila war - warkan kpd kawan².

(ini email yang aku terima dari x-boss aku, sejauh mana kebenaran nya, wallahu'alam)

4.6.09

85 : cuti ber blog



~salam kepada semua~


saya akan bercuti dari berblog sehingga hari senin minggu depan.

saya nak balik kampung, menziarah ibu ku yang tidak berapa sihat itu..


~ pagi-pagi menggosok gigi~

panjang umur kita berblog lagi~

(pantun 2 kerat yg berkarat)


tata titi tutu tuttut!

3.6.09

84 : Lipstik

(Mungkin ramai yang dah tahu mengenai hal ini, saje nak share kpd yang belum tahu )



Something to consider/share
> > Next time you go shopping for
> > Lipstick.......

(From: Dr. Nahid Neman)



Recently a lipstick brand called 'Red Earth'
Decreased their prices from
$67 to $9.90.
It contained lead.
Lead is a chemical which causes cancer.
The lipstick brands that contain lead are:

CHRISTIAN DIOR
LANCÔME
CLINIQUE
Y.S.L
ESTEE LAUDER
SHISEIDO
RED EARTH (Lip Gloss)
CHANEL (Lip Conditioner)
MARKET AMERICA-MOTNES LIPSTICK.


The higher the lead content,
The greater the chance of causing cancer.

After doing a test on lipsticks,
It was found that the Y.S.L. Lipstick
Contained the most amount of lead..

Watch out for those lipsticks
Which are supposed to stay longer.

If your lipstick stays longer, it is
Because of the higher content of lead.

Here is the test you can do yourself:

1. Put some lipstick on your hand.
2. Use a Gold ring to scratch on the lipstick.
3. If the lipstick colour changes to black,

Then you know the lipstick contains lead.
Please send this information to all your girlfriends,
Wives and female family members.

2.6.09

83 : renungan buat semua

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan,
Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.
~Saidina Abu Bakar As-Siddiq~

1.6.09

82 : cuba korang tengok




cuba korang tengok gamba tu...
aku rasa bebudak tu duk pegang anjing...
suka-suka main buat mcm kucing aje..
tak tau ler, kot2 dia orang superimpose itu gambau...
layan je lah...zassssss!