31.7.09

127 : layan gambar je lah

sempena hari jumaat yang mulia ni...kita layan gambar je lah ye...zassss




ini gambar botol air mineral













korang bayangkan betapa prihatin nya kementerian penerangan malaysia, dia orang letak Rukun Negara kat setiap botol air mineral tu.
kalau masih ada rakyat yang tak tau lagi apa itu Rukun Negara..memang lah...
jangan tak tau Rukun Iman & Rukun Islam udah ler...lagi hancus :P











ini pulak gambar pekerja stesen minyak yang termuda..
pendatang halal bukan nya pendatang haram ye..
tu kat stesen minyak mobil








ini pulak gambar anak buah yang menikah minggu lepas,
lupa nak ucap selamat pengantin baru..
majlis besar2an nya akan berlangsung December nanti..
nikah dulu sebab nak mintak tukar, skrg pengantin pompuan tu berkhidmat di Sarawak..
kira2nya nak kena balik berkhidmat kat Semenanjung le puloks!

30.7.09

126 : kisah benar





seorang bapa bersama anak perempuan nya.




.




tiba-tiba, anak perempuan yang berumur 5 tahun hendak pergi ke toilet kerana ada urusan yg wajib dilaksanakan tanpa boleh ditangguh-tangguh lagi

.

agak2 korang lah, si bapa tadi akan membawanya ke mana?



toilet lelaki atau toilet perempuan???

.

.




ini lah yang terjadi smlm kpd anak perempuan aku..




katanya, dia pi masuk toilet bersama dgn abah...

ada 2 kemungkinan; samada anak perempuan aku masuk ke toilet lelaki atau suami aku masuk ke toilet prempuan bersama2 anak aku????


.



ok ke?

28.7.09

125 : jimat ~ jgn smpi kedekut





1) Amalkan sikap menabung; dah nak abis tahun 2009, agak2nya tabung korang dah penuh tak? atau pun hanya 1/4 ?


.


2) Kurangkan penggunaan kad kredit; elakkan menyimpan kad kredit lebih dari satu. Ingat lah bahawa kad ini merupakan kad hutang. Guna kan ketika perlu sahaja.


.


3) Senaraikan barangan yang hendak di beli; sebelum pergi shopping, sediakan terlebih dahulu senarai barang2 yg hendak dibeli. Beli lah barangan yang perlu shj.


.


4) membeli barangan tempatan; yang ini moskel sikit. barangan tempatan ni murah ke?


.


5) jimatkan bil elekktrik & air ; pasang lah lampu di tmpt yang perlu. Jimatkan air, tp jangan ler smpi mandi sekali sehari jerk.


.


6) menikmati hidangan di rumah; hentikan tabiat suka makan di restoran. gunakan wang tersebut utk membeli bahan mentah dan masak lah di rumah. cara ini sekaligus dpt meningkatkan keharmonian keluarga..



peringatan ini utk kawan2; juga terutamanya kepada diriku sendiri :)

27.7.09

124 : cuba lah


The Wonder of Maths

> How do these people know how to work this out?
>
1. Key-in the first 3 digit of your handphone number
(not the 01x number) into the calculator


2. Multiply by 80


3. Add 1


4. Multiply by 250


5. Plus last four digit of phone number


6. Plus last four digit of phone number again


7. Minus 250


8. Divide by 2

> Is it your handphone number???

123 : sian rosyam nor

Nenek Hardcore


Seorang nenek telah memenangi hadiah bernilai rm1juta,dalam pertandingan 'power rooot' saya ingin jadi jutawan. Pihak pengurusan dengan berbesar hati menyampaikan hadiah yang di menangi nenek itu, dengan tersenyum lebar walaupun tanpa gigi menerima hadiah berkenaan.
.
.
Lalu wartawan2 menyerbu kepada nenek tersebut. Seorang wartawan bertanyakan kepada nenek tentang rahsia kemenanganya,dengan sepontan nenek menjawab, dulu atok kamu jadi duta ma”jun pak tani. Bila je dia tengok nenek terus tergila-2kan nenek dan ajak kawin, sekarang ni pulak roshyam noor jadi duta ubat kuat, mana tau kot-2 rezki nenek lagi..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
selamat membaca
salam ceria di hari Senin

23.7.09

122 : coffee










pukul 8.00 pagi; kopi

.

.

pukul 10.30 pagi; kopi lagi

.

.

pukul 3.30 ptg; kopi lagi

.

.



apa dah jadi dgn aku? (skrg sdg minum kopi la nih..

biasanya aku hanya mengambil kopi secawan sehari pada sebelah pagi

tetapi

hari ini aku dah mengambil lebih dose;

.

.

adakah ini petanda aku ;

.

.

~di landa ketagihan?

~dilanda stress?

~bakal menjadi pesakit diabetic?

~bakal mendpt kenaikkan berat bdn yg mendadak?

~atau aku terlalu free ketika di opis?

.

.

kenapa??? ye kenapa ini harus terjadi??

.

.

aduhai#




121 : award dr ekhalidah blog


Terima kasih kepada ekhalidah di atas pemberian award ini~
tetapi saya kena menjawab beberapa soklan ye;
1) kenapa korang rasa korang patut dapat award ni?
kerana aku seorang blogger tegar
2) ucapkan penghargaan kpd sesiapa saja, setelah anda menerima award ini?
saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada blogger2 yang sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ini. sekali gus, kita boleh mengeratkan silaturahim sesama kita, juga menambahkan pengetahuan
3) Korang wajib bagi 10 orang penerima award ini
Fizan, INTAN, Ainal, Hanie, Suziey, Aidaroha, Arryani, julietchun, jajazuzu & Imann
(semua kaum pompuan okeh

22.7.09

120 : CCtv




How to detect hidden camera in the toilet




Be carefull gals.. :)
Do not want to see your pic in the net.


Check with your handphone, make sure that your handphone can still make a call before you enter a restroom.
And after entering into that particular toilet, if your phone cannot make a call out (this is due to the interference of fibre optic during implementation), it means that there is a HIDDEN CAMERA inside, so be very cautious ladies!!


~~~~~~~~~~~~~~~


macam2 la jaman sekarang
nih...


saje nak share info...nak percaya atau
tidak


tepuk dada...tanya dada..sakit ke tak? jgn
hempuk kuat2 pulaks...

21.7.09

119 : cuba xplain skit

makan tak habis
vs
tak habis makan
korang rasa ada tak perbezaan nya ayat di atas..
cuba korang xplain sikit..

20.7.09

118 : kisah ujung minggu

aktiviti sabtu; aku ke AVON utk ambik beberapa barangan keperluan aku & yg telah di order oleh kawan2.

kali ini aku cuba utk ambik supplement Spirulina. dah lama aku tak makan Spirulina, sudah lebih kurang 2 tahun aku tinggalkan.

dan sekarang aku ingin mencuba nya kembali. apa kebaikkan nya? ehheeh aku pun tk pasti..aku main hentam aje...
(hasil dari pengugelan : Kebaikkan Spirulina )

vit C tu pulak utk anak2 aku....dia org suka sgt, makan macam gula2 aje..





aktiviti Ahad; oleh kerana tiada projek khusus utk minggu ini, aku pun hanya bersantai2 aje di rumah..

buku ini ada lah hadiah dari seorang rakan forum; Zurita, sempena besday aku yg baru lepas.

jalan cerita yang agak lain dari novel2 biasa yang aku baca/beli.
novel ni bukan keluaran Alaf21 mahupun buku prima atau jemariseni..

penulis buku ni, orang Indon..
jln cerita yang simple tetapi menarik..
mengandungi kisah2 keagamaan/ketuhanan..

best...sehari aje aku selesaikan..

sekian laporan saya~

17.7.09

117 : tayang kaki ke kasut?

(sila abaikan gmbar kaki yg berkarat & berkurap itewww)





ini kasut baru aku okeh...aku terbeli aritu..:)



tiada niat hendak menunjuk2....tp mmg dah tunjuk pun..



kasut ni murah aje aku beli...sesuai ler dengan pendptan aku yang tak berapa lumayan...aku tak mmpu nak beli kasut yang harga ratus-ratus...



aku suka kasut ni...tu sebab share ngan korang



paten nya idak ler cantik mana pun, tetapi amat sesuai untuk ke pejabat



yang penting



ianya tidak menggigit kaki ku menyakit kan kaki ku....amat selesa..



berbaloi-baloi (mcm celcom blue)



tata..

116 : tulang oh tulang


semalam, aku seperti biasa, lunch di kantin kilang tmpt aku keje nih.
aku selalu makan dengan laju, bukan, dengan sopan santun mengalahkan perempuan melayu terakhir..
.
.
aku makan telur masak merah + ikan cencaru sumbat...pergh....sedap tul..
dengan tidak disengajakan aku tercekik tulang ikan...mak datuk...ini 1st time aku rasa cekik tulang ikan yang maha dasat...sakitnya tekak aku..
.
.
macam2 petua telah di cuba utk menghalau tulang ikan tu dr tersekat kat tekak aku.
ada yang suruh minum air dlm senduk, geggam kan nasik 'O' kemudian telan....namun, tetap tidak berhasil. sian kat akak kat kantin tu, sbb bantu aku...
.
.
sampai balik umah, tekak aku masih sakit
nak telan air liuq pun sakit tau....
sian kat aku..
.
.
mlm tadi makan sikit je...
oleh kerana rasa rimas, campur sakit2 kat tekak..aku pun tertidur..
lepas isyak saje..terus golek2 & tertido...tk sempat pun nak tengok keliwon..
.
.
pagi ni........bila aku bangun.........semua dah ok..
tinggal rasa sakit sikit2 je lagi di tekak........alhamdulillah...syukur sgt..
.
.
.
maknanya...
aku dah telan tulang ikan tu semasa aku tido semalam...
hari ini boleh makan banyak, qadho yg semalam
heheheh

16.7.09

115 : utk di kongsi bersama

untuk menjadi renungan bersama. email yg sy terima dr seorang kawan. setakat ini, sy masih belum terjumpa dgn mana2 remaja yg memakai baju seperti yang disebut; wallahu'alam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pernahkah saudara semua terserempak dengan anak-anak muda kita yang memakai
baju yang bertulis cop besar JOHN 3:16.. Bila ditanya mereka tidak tahu apa
maknanya. Mungkin nama kumpulan Rock, atau selebriti sukan atau hiburan
kerana ianya dicop dengan cantik dan tiada logo agama lain atau menghina
Islam.


John 3:16 adalah ayat daripada Bible yang sering digunakan di negara barat
terutama di Amerika Syarikat yang bermaksud "Tuhan menyintai dunia ini dan
dia megirimkan anak lelakinya (Isa), supaya semua orang yang percaya
kepadanya tidak akan menemui kebinasaan dan akan menghayati hidup yang kekal
abadi".



Tidakkah saudara semua merasa sedih atas apa yang berlaku, apakah sumbangan
saudara dalam menyedarkan generasi Islam di Malaysia, sedangkan kita sendiri
tidak berilmu untuk mengetahui mana yang benar mana yang salah ?


Ayat John 3:16 ini boleh membawa kepada syirik yang besar (harap mereka yang arif dan
bergelar ustaz membetulkan pendapat saya mengenai hukumya)


JOHN 3:16"For God so loved the world that he gave his only Son, so that
everyone who believes in him will not perish but have eternal life.


Harap ambil lah iktibar..

15.7.09

114 : saya





cantik tak gambar saya?


nama saya mira.


cita-cita saya nak jadi seorang
ciku eh..bukan cikgu la


cikgu yang mengajar sains dan matematik dalambahasa Melesia


bukan nya dalam bahasa inggeris..


cantik tak rantai saya?


sama tak dengan rantai orang kerdil kat bawah tu?


ehehhehe...tentu semua pakcik2 & mak cik2 yang tengok gambar sy ni tersenyum


sebab saya tak pakai baju kan????




14.7.09

113 : wanted


KUALA LUMPUR: Penjenayah wanita Melayu paling dikehendaki polis, Rohaniza Aladib, 31, yang disyaki terbabit dengan penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta, dipercayai melarikan diri ke luar negara bersama wang hasil kerja jahatnya.
Wanita ‘paling panas’ itu dilaporkan memperdaya beberapa artis popular termasuk Amy Search, Hattan dan Misha Omar dengan memujuk mereka menyertai skim cepat kaya, terus menjadi buruan polis berikutan enggan menyerah diri walaupun selepas diarahkan berbuat demikian sejak Mac lalu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hati-hati lah dgn perempuan ni ye. Kalau terjumpa cepat buat laporan polis. Pelik ye, orang bijak pandai pun kena tipu jugak. Hanya dengan skim cepat kaya, mudah saja rakyat kita nak percaya. Moralnya, rakyat Malaysia memang suka nak kaya dengan cara mudah. Ingatlah...tak ada benda yang mudah & senang di muka bumi ini. Kalau nak kaya, usahalah...yang penting, biar lah dari hasil yang halal..jangan mujur lalu melintang patah..hentam mana suka! alahai~

13.7.09

112 : kerdil


DENGAN ketinggian kira-kira 61 sentimeter, Khagendra Thapa Magar hanya perlu menunggu empat bulan lagi untuk diisytiharkan sebagai lelaki paling kerdil di dunia.
__________________________________
mungkin korang dah tengok gambar & berita ni..manusia paling kerdil
kita seharusnya bersyukur dgn kesempurnaan yang kita ada.
walau apa pun, dia tetap bangga kerana menjadi manusia paling kecil/kerdil di dunia. suatu penghargaan baginya.

9.7.09

111 : merepek meraban

ntri 111, ye, tiga kali satu...aku rasa menarik sgt dgn nombor ini..

.
.
takde apa nak cerita sbnarnya....
.
.
rasa macam nak berpantun sikit..
.

pohon kelapa tinggi buahnya..
sedap sekali si kelapa muda..
hidup di dunia jadilah orang yang berguna
supaya jasa di kenang sentiasa.

.
.
bila agaknya kali terakhir korang tengok pokok kelapa?


.
.
.
bila agaknya kali terakhir korang minum air kelapa muda?

8.7.09

110 : semalam

semalam aku cuti...aku MC. untuk pertama kalinya aku ambik MC. bukan sakit sangat, cuma muka aku bengkak2 sebab allergic. ntah apa yang aku makan, smpi jadi macam tu..udah rupa kena gigit tebuan. tak nak ler letak gamba kat sini...nnti satu kampung korang ketawa tengok rupa wajah ku itu..meahahaah
.
.
oleh kerana aku MC semalam, aku pun pi la jalan2 sebelah petang, apa bila muka aku dah agak menjadi normal semula selepas telan obat...
.
.
dengan tidak sengaja aku pun terbeli henfon baru Nokia 5800 xpress music. bukan mahal pun. jadik ler utk tahap orang macam aku ni..
fon yang lama tu Sony K660i..macam hampeh, selalu aje tkde signal...padahal baru setahun lebih aku guna, itu pun sbb dpt free, lucky draw prize masa company dinner aritu..
okeh lah...membebel plak akaks ni ye..
tata..titi..



Nota kecik: utk kak cik ku....udah beli fon baru. yang lama tu ble campak lombong dah hahahah

6.7.09

109 : hampeh tul~

mungkin korang dah pernah terbaca artikel ini, tp aku baru aje baca pagi tadi..

_______________________________________________________________

Kat kampung aku ada sorang pemuda umor dalam 20an nikah kawin ngan makcik yg umor jauh lebih tua darinya,,(yang macam dok bising dalam surat khabar tu) ntah cemana la dia bole minat ngan makcik tu, aku rasa sbb makcik byk lembu kerbau tanah kutNak jadikan cerita selepas ke esokan je dia nikah pemuda tu tiba2 mengadu sakit perut, berlanjutan sehingga beberapa minggu beliau tak dapat menahan sakit perut yg teramat,, lalu dia pun pegi jumpa bomoh kampung,, kata bomoh kampung takde la pulak kena buatan orang ke santau ke,, namun setelah mengalami sakit berminggu2 nak jadikan cerita beliau pun meninggal dunia,,,Sebelum jenazah beliau di kebumi, macam biasa lah hantar mayat hospital untuk postmortem,, dan baru lah orang kampung tau yang beliau mati bukan apenya,,, kerana minum susu yang dah EXPIRED……

_______________________________________________________________

Selamat membaca ye kawan-kawan :)

4.7.09

108 : July 4th

Harini 4hb July..................yeahaaaa


bila aku gugel... . ini plak yang keluar..............pada hal hari ini,
adalah Hari istimewa buat aku.................HaPPy BesdaY to Me yang ke-38 yeahahhaah...
kepada yang muda2 di luar sana, jangan jeles kerana aku sudah lebih tua dari kamu..hahahahha

3.7.09

107 : di tag Fizan


Kena jawab tag dari Fizan. Nampaknya kena jawab soklan lagi la nih..
1) Nama timangan : Ita
2) Anda seorang yang.....tegas, cepat marah, sangat fleksibel
3) Insan yang teristimewa
suami, anak-anak, adik beradik
4) Lagu kesukaan : slow rock
5) Makanan kesukaan : yang pedas-pedas, yang sedap lah
6) Sikap yang membuat anda stress : org suka merajuk
7) Warna kegemaran : yang sweet2, putih hitam
8) Benda yang mesti ada dlm beg : beg duit, pen, lipstik
9) Kali terakhir anda menangis : di saat pemergian ibu ku tercinta, bulan Jun lalu
10) Tag 6 rakan : jajazuzu, julietchun, hanie, bro_mie, ayampinko (bukan paksaan, saje suka2

2.7.09

106 : semua nombor 6

Semalam, petang. Anak pompuan aku menunjukkan kepada aku, report card yang dia baru dapat dari sekolah (tadika 5 thn)


Biasalah kan, kanak2 tadika...markah yang dia dapat boleh tahan ler jugak, ada yang 100% ada jugak yang 90++ gitu...
Aku puas hati aje, sebab tadika, aku tak berapa nak kisah sangat.


Bila aku tengok kedudukkan dalam kelas, dia dapat no 6 dari 22 org pelajar..

Aku pun pergi lah sembang2 ngan dia..

AKu : Mira, nape dapat no 6? tak best lar..

AMira : dia diam aje...(mungkin dia tak faham aku.. ingat la..

Aku: siapa yang dapat no 1 dalam kelas Mira?

AMira : (dia gelengkan kepala)...
"takde siapa pun dapat nombor 1 mak, semua dapat nombor 6, sama macam Mira."

kahkahakaha...............alahai...........sabor je lah..


1.7.09

105 : harga minuman

korang pernah tak nampak gerai yang ada signboard mcm ni?
mana ler tahu, kot2 korang pernah jumpa, tak pun kat sebelah umah korang ke?
dlm kawasan perumahan korang ke? kat kampung korang ke?
atau gambar ini sengaja di reka ....