30.9.09

162 : Raya 2009

ini gambar anak2 aku masa raya. tkde gambar yang sedondon..
anak2 lelaki ku tak nak berbaju melayu pun..

ini gambar aku, suami & pasangan kembar nya..
ini je gambar raya yg ada
jadik ler...
buat penyeri blog yang dah lama agak bersawang..
tata

29.9.09

161: hai

lama sudah tidak ke mari
tinggi lah rumput dari nya lalang
lama sudah tidak ada ntri..
akan ku tunaikan jika ada kelapangan

18.9.09

160 : Nasihat

Ini lah nasihat pepatah lama cina
Seorang wanita tua cina mempunyai 2 bekas pasu air
yang digantung di setiap penjuru galah yang di bawanya
.
Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit
sementara yang satu lagi elok dan
selalu dpt mengisi air dengan penuh
.
Pada akhir perjalanan yg jauh dari sungai ke rumahnya,
pasu retak tersebut hanya dpt sampai dgn
separuh penuh air sahaja
.
Keadaan ini berlaku setiap hari selama 2 tahun
Wanita tua itu hanya dpt membawa satu setengah air sahaja
.
semestinya pasu yg sempurna itu berasa sangat bangga
dgn pencapaianya atau dgn kesempurnaan nya
.
Disebalik nya pasu yg retak itu sgt malu dgn ketidaksempurnaannya,
dan berasa sgt sedih kerana
hanya mmpu membawa separuh air dprd sepatutnya
.
Setelah 2 thn berlalu dgn kepahitan & kegagalan,
pasu retak tersebut berbual dgn wanita tua itu di tepi sungai
.
"Aku rasa sgt malu dgn diriku,
kerana diriku yg retak menyebabkan air tertumpah
di sepanjang perjalanan ke rumah mu"
.
Wanita tua itu tersenyum,
"Sedarkah kamu akan bunga2 di bahagian laluan kamu
tetapi tidak di laluan pasu yg lagi satu"
.
"Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu,
oleh itu, aku telah menyemai benih2 bunga di bhg laluan kamu.
Setiap hari apb kita pulang dr sungai, tanpa kamu sedari,
kau telah menyiram benih2 bunga itu
.
"Selama 2 tahun, aku berpeluang utk memetik bunga2 yg cantik ini
utk menghiasi meja"
.
"sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri,
mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini"
.
Setiap kita mempunyai kekurangan yg tersendiri
Tetapi, keretakan dan kekurangan kita itulah
yang menjadi perkongsian hidup kita
sgt menarik & bermenafaat
Kita perlu menerima setiap manusia
seadanya & melihat kebaikkan di dlm diri mereka
Semua manusia mempunyai pelbagai kekurangan....
Slmt Hari Raya
blog ini akan bercuti dari 19hb ~ 27hb Sep

16.9.09

Kad Raya

ini pulak kad raya dari ikiqzalia.blogspot...
slmt rayer & balik kpg..


yang ini pulak kad raya dari anaklaut..


dia suruh tampal kat blog..


segak berbaju melayu..


slmt rayer ye AL


jgn lah turun ke laut waktu raya ye... :)




ini pulak kad raya dari Ainal ~ salah seorang ahli kelab TSY jugak

ini adalah kad raya keluarga bahagia TSY


TSY memberi maksud The Silver Yong


ahli2 TSY ini semuanya terdiri dari orang2 PERAK


tetapi bukan semuanya tinggal di PERAK skrg..

semuanya berasal dari PERAK...





Selamat Menyambut Syawal

Salah Silap harap maafkan

15.9.09

159 : cerita pendek

SIAPA BANGANG
Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin.
Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Pulak... "

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nyonya Mei Lee>
Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL untuk> kali pertama selepas menang loteri.
Beliau check-in disebuah hotel mewah> dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee.>
Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee melihat ke sekeliling.>
Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

"Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung, tatak tau duduk hotel..
sudah baya latut latut, lu kasi ini bilik ka??!

kicik!! tatak tibi, tatak lemari tatak apa pun???
katil mau titun pun tatak????, haiyyaaa..mau tipu olang ka??!!">

Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar Nyonya, ini baru lift, maaa....."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
org asli
orang asli: selamat pagi tuan
polis: selamat pagi
polis: apa hal
orang asli: saya nak buat repot tuan
polis: fasal apa tu
orang asli: kawan saya di baham harimau
polis: pukul berapa
orang asli: dia tak pukul, terkam tuan
polis: habis?
orang asli: tak habis, tinggal kepala



Pantun 2 kerat

pagi-pagi bangun awal
slmt menyambut syawal

11.9.09

158 : jgn tk bgn sahur




huh..letih nya pose...



ada ke korang pose smpi jadi mcm nih???


tak baik tau...


lain kali jangan tk bangun SAHUR
dah nak Raya pun..
cepat sungguh sebulan berlalu.


Kad Raya dari Aida

Ini kad raya pemberian dari Aida
Terima Kasih
Slmt Menyambut Hari Raya
Maaf Zahir Batin

157 : encem tak I ?


hensem tak buah nangka tu?

9.9.09

156 : Perlakuan seorg suami cemerlang





Cara-cara Suami menunjukkan kasih sayang kepada isteri:


1) Selalu menelefon isteri dari tmpt kerja utk bertanya khabar, atau sekadar ingin menyatakan I LOVE U


2) Ucapkan kata2 sayang sekurang2nya 2x sehari


3) Sekali sekala tolong kemaskan katil & bilik tidur


4) Apb bertugas di luar, telefon isteri utk beritahu nombor telefon tmpt penginapan dan khabarkan anda sudah selamat smpi


5) Tolong isteri melipat kain atau asingkan pakaian utk memudahkan isteri mencuci


6) Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami sebagai ketua keluarga


7) Tolong buang sampah tanpa di suruh


8) Berdiskusi dari masa ke semasa, jgn ketepikan pndpt isteri


9) Sentiasa kemas, anggun & wangi sebelum tidur bersama isteri.


10) Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa


11) Pamerkan kasih sayang semasa di khalayak ramai. Jgn abaikan isteri atau tinggalkan berjauhan apb berjalan. Kalau boleh berpimpin tgn


12) Sabar apb isteri lambat bersiap bila hendak keluar


13) Lebihkan isteri dprd anak-anak


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sebenarnya ada banyak cara boleh dilakukan utk mengeratkan lagi hubungan suami-isteri.


Ada tak suami2 korang melakukan salah satu di atas..mesti ada kan..


Aku??? No komen...

kepada yang belum berkahwin, sila lah cari jodoh yang sebegini..semoga hidup anda bahagia..heheh


[Sumber : dari majalah keluarga]

155 : macam2

Maaf ye semua! dah lama rasanya tak berblog.
dah lama jugak tak ziarah blog korang.
masa cuti, malas nak online dari rumah..
aku lebih suka duk golek2 ...heheheh
lagipun, encik asben aku..
sakit gigi dah hampir 2 minggu
rungsing betul bila tengok org sakit nih..
suruh cabut..tak nak..
sayang katanya...
sanggup la dia menanggung sakit...
keje di pjbt pulak menimbun,
bukan apa, tiba2 aje Mgt. cakap nak bayar gaji awal bulan ni
sempena hari raya
gaji akan di bayar pada 16hb..
apa lagi..tonggang langgang ler aku
nak menyiapkan semuanya..
nnti ada pulak yang mengamuk bila gaji tak keluar on-time..
harini lega sikit
dah 70% siap...

5.9.09

154 : Castelo

skrg pukul 4.15 ptg
aku tengah layan citer Castelo kat Astro Ria
citer jaman tok kadok
ntah dah bape kali aku tengok sbb
syiok gak jln citer nya
kat luar sana..
dalam alam realiti ini
ada ke agaknya org yang sama senasib spt Castelo ini..huh~

4.9.09

153 : dulu lain skrg lain

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...


Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie.... begitu pandai berkata-kata
.

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!
.

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang.... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.
.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,


Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman....
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .
.

.

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...


Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

3.9.09

152 : jom sembang2

jom sembang-sembang
!@#$%&*()_+

arini pose ke tak?
korang dah beli ke baju raya?
kaler apa ek?
sedondon ke satu family?
kuih raya beli ke buat?
bape jenis korang beli?
raya ni balik kpg mana, somi ke kpg sendiri? (bg yg dah terkawin la
berbuka ni makan apa ye?

bla..bla..bla..


{nota kecut : arini aku bekeje dari Shah Alam..opis org lain..
tu pasal aku jd giler semacam jer..uwaaa....buhring tahap otromen mandul}

2.9.09

1.9.09

150 : membosankan

XTVT SABTU
BANGUN TIDO~RELAX~KEMAS RUMAH~LEPAK2~BAZAR RAMADHAN~BUKA POSE

XTVT AHAD
BANGUN TIDO~KEMAS RUMAH~ CUCI KETA~ LEPAK~RELAX~BACA NOVEL~BAZAR RAMADHAN~BUKA POSE

XTVT ISNIN
BAGUN TIDO~KEMAS UMAH~SHOPPING GROCERIES~LEPAK~BACA NOVEL~BAZAR RAMADHAN~BUKA POSE

****************
ini ler xtvt aku hujung minggu lepas. bes kan???kan???
duduk kat umah aje...ngee

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...