29.1.10

227 : botak


salam hari Jumaat, moga hidup kita akan terus diberkati..
di atas gambar rambut hero sulung daku, yang telah dicantas oleh guru disiplin nya semalam. biarkan dia rasa, kerana nak nmpak ensem sangat kunun..takut nak potong rambut tu pendek2..
harini dia kata nak pi sekolah pakai SONGKOK...

28.1.10

226 : kepala

dahsyat sungguh ye!
kalau dah smpai kepala babi hutan di letakkan di depan masjid..
apa tindakan yg boleh kita ambil..
rasa terhina sungguh

27.1.10

225 : gambar apa

gambar apa kat blkg duit-duit ni semua?

salam penuh keceriaan,

nak tanya soklan jap..
korang perasan tak ada gambar apa kat belakang Ringgit Malaysia ~ RM1, RM5, RM10 RM50 dan seterusnya..
aku harini baru perasan..itu pun selepas di tanya oleh seseorang yg cuba menguji kepintaran aku..
ternyata aku tak cukup pintar dan bukan sorang rakyat malaysia yg baguih~


baru korang teringat nak tengok ek???

224 : kisah week end mggu lepas

ini cerita hari Ahad lepas...

kami berjalan2 ke Kuala Kangsar, lepas makan, beli belah sikit....kami singgah di Galeri Sultan Azlan Shah~ Sultan Perak (yg penuh kontroversi tidak lama dulu)

ini pandangan galeri dari depan..siap ada labu sayung lagi, trademark utk Kuala Kangsar barangkali

ini galeri kereta milik tuanku...kebanyakkan koleksi ada dari jenis Roll Royce (betul ke ejaan aku nih?)


kerusi ini juga ada di pamerkan di dalam galeri tersebut. tempat bersemayam tuanku..aku kira.

di sebelah tepi ada pulak taman tmpt riadah. sambil nak menghilangkan penat & rasa sakit kaki oleh kerana terlalu lama berdiri..kami pun singgah berehat-rehat di sini

ini lah wajah ceria yg sempat aku abadikan bersama kenangan di Galeri Sultan Azlan Shah, KK

jgn lepaskan peluang menatap wajah tuan empunya blog yang agak tembam itewww)

salam............

25.1.10

223 : hari senin



selamat bekerja semua. hari senin hari yg membosankan. mmg susah nak start enjin yea!
pagi petang ada meeting harini. buhsan~
salam~

22.1.10

222 : lagu

lalallalala
hati ku menyanyi riang
harini gaji
esok cuti..lusa pun cuti

20.1.10

221 : tanda-tanda

sekadar renungan bersama. semua yang hidup pasti akan mati. cuma kita tak tahu masa & ketika nya saje. ini ada beberapa tanda orang2 yg akan menemui ajalnya..nauzubillah. sesuatu dari email utk kita kongsi bersama.

TANDA 7 HARI (lagi 7 hari nak mati)

Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

19.1.10

220 : muka buruk

lihat betapa buruknya aku bila pakai shawl kan? buruk sungguh lah..
org pakai shawl aku pun nak pakai shawl jugak..
tk sedar diri tul lah... tk sesyuai langsung..adoiyaiiii
ingatkan boleh ler jd sweet macam YUNA..
byk jugak shawl dlm simpanan aku..buat rugi je aku beli kan..
lain kali pakai tudung saji lagi cantik..

18.1.10

219 : santai ~17 Jan 2010

semalam, jalan ke Tg Tualang utk menghadiri majlis perkahwinan. kami smpi agak awal lebih kurang pukul 12.15 tgh, mmg time makan. cuaca panas, lepas makan kami terus blah..memandangkan masa pengantin utk bersanding agak lama lagi, tk larat dah kami nak tunggu. apa2 gambar pun tk sempat nak di tangkap kecuali gambar kami dalam hutan. ini kerana rumah org kenduri tersebut dekat dengan kaki bukit...dekat dgn hutan lah..pendek kata nya..

selepas itu kami pun meneruskan perjalanan ke Pasir Salak. ini lah kali pertama aku ke sana.

ini gambar kami di tepi Sg Perak..di Pasir Salak. aku tkde dlm gambar sbb beraksi sebagai kamerawoman..

tk ada byk benda yang boleh di tangkap gambar utk di buat kenangan. kebanyakkan tempat yg di lawati adalah di larang sama sekali utk mengambil gambar. tu ler pasal nya..apa2 gambar pun tkde..hanya gambar ini yg boleh di tangkap itu pun sbb ianya terletak di luar terowong sejarah.
nak masuk ke terowong sejarah di kenakan bayaran, bagi orang dewasa RM4 & kanak2 RM2..bes ler jugak. sejuk, ada air-cond..

dlm pukul 4.30 kami pun kembali ke Ipoh. Letih, semua tertidur di dlm kereta kecuali drebar & co-pilotnya..

15.1.10

218 : tips langsing bak model



1) ambil gambar mu dlm pakaian ketat yg sama setiap minggu (guna kamera hp pun tkpe..waktu sorang2 dlm bilik ye)

2) Simpan hanya makanan berkhasiat di rumah! (jgn simpan yg berlemak & berkalori tinggi)

3) minum air secukupnya setiap kali kamu berasa lapar. (air putih ye, bukan air kopi, nescafe, milo atau pun air oren)

4) kurangkan minuman berkafein. ambil mengikut had yg paling minima.

5) makan perlahan-lahan, lemah lembut gitu. jgn telan aje dengan gelojoh.

cukuplah setakat ini, tip2 utk langsing...pada hal org yg menulis ni pun tak berapa nak langsing wakakkakak

13.1.10

217 : cerita cacing

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka.

Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak.."Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkancacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2.

Cacing yang sebelah kanansaya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yangcikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

(hanya sekadar hiburan...tiada yg serius melainkan tidak serius belaka)

12.1.10

216 : teka & teki

arini nak kasi sedikit teka teki buat korang semua~

teka 1) apakah benda nya boleh pecah meskipun tidak di sentuh?



teki 2) apakah bendanya masuk tiga segi keluar bergulung-gulung?



jawapan nya esok ye!

yeah...arini ada lah esok... jawapan teka 1) RAHSIA 2) SUAR DALAM

mari kita lihat sape yg kena........

7.1.10

215 : uniform

haaa...ini ler gambar uniform baru DAKU...untuk tahun 2010 ini. kesian kan org yang keje pakai uniform, tkde chance langsung nak melarammssss..rugi kans..kans..
ada yang kata untung, sebab boleh berjimat cermat, tak payah beli baju baru tiap2 bulan...pada hal..tkde jugak jimatnya..sama je. malah aku rasa teringin sangat nak pi keje pakai cantik2..sian lah kat aku..

ini lah uniform yang lama. hanya tukar kaler dari putih merah kpd putih biru. ok kan uniform aku? nampak mcm sarung bantal aje...hahahahah
uniform lama ni sudah hampir 10 tahun tak di tukar kaler nya. sebab itu, tahun 2010 ini, GM kami decide nak tuko kaler..ingatkan lagi cantik..rupa nya hampessss....sama je, cuma tk serupa

6.1.10

214 : macam macam ada

ini kejadian semalam, di kala sebelum maghrib, beberapa orang pekerja bandaran dtg ke kawasan rumah aku utk menebang pokok. pokok2 yang di tanam di tepi2 jalan, di luar pagar rumah, habis di tebang , ada jugak yg di trim dahan2nya supaya tidak menganggu pengguna jalanraya atau pendek kata, demi keselamatan penduduk setempat lah.

meskipun kerja nya nampak simple, dan mudah tetapi hampir seramai 10 org pekerja yg terlibat..see...betapa ramai yg dapat bayaran kerja lebih masa pd hari itu kan..kan..
dua tiga org saje yg bekerja yg selebihnya hanya sekadar melihat2 dan bersembang2...no komen lah!

di bawah ini pula adalah gambar disekitar majlis penyerahan Lesen Racun Kelas B kpd pengimport & eksport bahan kimia beracun juga kpd penjual2 bahan kimia beracun

ianya berlangsung selama setengah hari di Jabatan Farmasi Negeri Perak. Aku salah seorang peserta di bengkel ini, kerana kilang kami juga ada menyimpan/mengimport bahan mentah kimia di dalam kategori ini.
Lesen ini perlu diperbaharui setiap 31hb Disember..& bayaran RM100 dikenakan..kerajaan dpt duit lagi...
sedikit ceramah berkenaan dengan bahan kimia yang boleh menghasilkan beberapa jenis dadah merbahaya..mungkin ramai yg tak tau, sebenarnya amat mudah sekali utk menghasilkan dadah.
di dalam ceramah ini, pihak Jab. Farmasi juga ada berpesan, ubat2an yang kita gunakan atau dibeli dari Farmasi, mestilah berdaftar atau mmpunyai i) No. Pendaftaran (Mal) ii) Label Hologram Meditag...ntah apa kebendenya..aku pun tk prasan selama hari nih :P


Ini adalah gambar bunga api di sekitar malam sambutan tahun baru 2010 di Ipoh.gambar yang tk berapa jelas, maklum lah snap guna kamera hp saje..sudi layan ye!

Ianya di sambut di dataran Ipoh berhadapan dengan bangunan Majlis Bandaraya Ipoh

Malang sekali, mungkin juga baik sekali..sambutan yg amat sederhana, tiada artis2 menyanyi..sekadar tarian2 dari kumpulan kebudayaan Negeri Perak

4.1.10

213 : umur baru, tahun baru

selamat hari lahir di ucapkan kepada yg menyambut nya pada 1st January atau 2nd January.

akak ada beberapa orang kawan yg sambut pada 1st January...

kesian kan..sbb masuk tahun saje, udah tambah umur, tambah matang...tambah tua ha3x

tp mungkin juga ada kebaikkan nya...kita tak tahu..

kepada yg lahir ujung tahun pulak........rugi jugak...lmbat sgt tambah umur..lmbat sgt tambah dewasa..

org yang sambut tengah2 tahun mcm AKU ni...beruntung kot..:P