26.5.10

275 : keliru

korang mesti rasa pelik kan, kenapa aku tayangkan gambar kat atas tu!
korang nampak tk dua benda tu berbeza meskipun kedua-duanya di buat dr plastik.
satu plastik lembik, satu plastik keras. kaler juga berbeza..........
tapi tatau macamana.........
aku boleh tersedut batang sudu tu....aku ingatkan straw....mana ler nk dpt airnya..
malu ya amat malu.....nasib tkde org yg perasan...aku rasa la..
asben aku pun tk perasan...aku diam je..tk cakap sesape pun..

19.5.10

274 : korang suka berbohong tak?

pagi tadi macam biasa dlm perjalanan ke ofis, sure aku akan pasang Sinar FM. Pada mulanya aku pasang radio ERA tapi lama-lama aku rasa tak boleh tahan dengan lagu-lagu yang dimainkan. Bingit telingo den nyahhhhhh....

tiba-tiba ada lah berita yang aku terdengar, tentang satu survey yang dijalankan. siapa yg buat survey ni..entah, aku pun tatau. tkde plak dia org cakap



keputusan survey adalah seperti di bawah...


" Lelaki lebih kuat berbohong berbanding dengan orang perempuan"

tak tahu ler betul ke tidak ye?....mungkin bohong yg mereka selalu lakukan tu..kategori bohong sunat kot.........hehehehehe

13.5.10

273: sungguh pelik bukan, mmg dunia dh akhir zaman

pokok kelapa pun buleh bercabang2..aneh sungguh

11.5.10

272 : tanyakan soklan

aku sudah pun berjangkit dengan penyakit ini..

ianya aku dpt dari blogger ini ---> paiseh


oleh kerana aku juga bohsan pada hari ini, maka ujudlah

271 : Fesbuk

sungguh terkejut
arini baru aku tahu
GM aku tk tahu menahu...apa itu Facebook?


boleh ke aku nak gelak sat...???



(GM = General Manager)

6.5.10

270 : bila semua sudah belajar tinggi2...siapa nak jadi kuli nih??

aku rasa keciwa sgt sekarang...
kilang aku ada 5 jawatan kosong utk operator mesin
tp smpi sekarang aku masih belum dptkan orang utk bekerja
Prod Manager dah mula bising2...
mana la aku nak cari orang ek..ingat senang ke macam cari kutu kat kepala..
eh..senang ke cari kutu?

budak2 skrg nak senang je,
tk nak kerja susah2..nak kerja kat tmpt2 ada penghawa sejuk
boleh pakai smart2...baru ler awek keliling pinggang
kilang aku panas............tk boleh pasang air-cond di kawasan pengeluaran

lagipun skrg dah ramai yang bijak pandai
siap dapat sampai 11A, 20A, 30A bila periksa..

abis sekarang siapa yang nak kerja kilang nih????
aku jugak yang susah
tak akan aku nak offer jawatan mesin operator pada mereka2 lulusan universitas..
atau offer pada warga myanmar, indonesia, filipino...atau mana2 warga asing lah
aku lebih suka ambik pekerja negara kita..
tapi tengok lah....hampesss
kalau setakat nak ambik warga asing tu...sekelip mata boleh cari
tapi kalau boleh aku nak elak kan 100 peratus..

adusss...tapi sekarang bagaimana????

3.5.10

269 : da di du ..kisah ujung minggu

ini adalah aktiviti hari minggu lepas. kami langsung tk merancang utk ke sini pada mula nya. tapi dah tak tau nak buat apa, kami pun decide utk pergi ke Sg Klah Hotspring

bersedia utk memulakan perjalanan ke kolam air panas. masing-masing sedang mengenakan tag..selepas tiket dibeli. harga tiket agak berpatutan..

lepak-lepas seperti sedang bersauna. kami hanya lepak selama 2 minit saje. berpeluh beb! kat bawah tu ada laluan air panas, sepanas 90 C


ini kolam air sejuk. nampaknya pengunjung lebih ramai kat tmpt kolam sejuk ni berbanding ngan kolam panas. aku pun tatau nape. tp bes ler jugak..main air kat sini..
budak2..lagi la...happy giler

ini ler gambar kenangan kami di Sg Klah Hot Spring...sila lah merendamkan diri anda di sana..di sana...