30.8.10

313 : dah terasa nak beraya nih...

Harini terasa macam nak bercerita pasal baju & kasut raya pulaks..

Tahun ni daku memilih tema 'beach color' utk kami sefamily, dan ianya telah mendpt persetujuan dr semua ....okeh
Baju Melayu serta baju kurung anak pompuan daku sudah ditempah. Tapi masih belum siap di jahit. Masih tak tahu lagi berapa kah upah yang daku kena bayar nanti. Bajet dalam RM200 hengget saje, kalau lebih, geget jarilah jawabnya~
Untuk baju daku sendiri, tahun ini daku memilih untuk membeli yang ready made aje. Sudah dibeli ketika daku bersopping bersama kekandaku hari Sbtu lepas. Daku beli jenis yang murah saje okeh...bukan nya dari butik2 yg ternama. Tk mampu nak beli yang mahal2..
Yang penting aku ada baju baru di Hari raya nanti
Selain itu, aku juga sudah selesai membeli baju2 moden utk anak2 aku..seperti suar jeans, t-shirt, blouse etc......Ini pun aku beli jenis yang murah2 jugak okeh..hanya dlm RM200 utk ketiga-tiga anak daku...murah kan? pandai tak aku berjimat? heheheh
Boleh di katakan 90% persiapa raya sudah selesai. Yang belum di beli hanyalah kasut utk anak lelaki pertama & kedua daku...itu pun masih dlm pertimbangan..samada nak beli ke tidak??? hehhe
tengok lah camana ye!

312 : emmmm.........



harini memang NO MOOD
MOOD sudah pergi cuti...






26.8.10

311 : dulu or skrg

Raya/Puasa Dulu2 vs Raya/Puasa Skrg:-

Dulu2 : Pasang pelita panjut/pelita buluh
Skrg : Pasang lampu lip lap

Dulu2 : baju raya sorang selai jerk..tk kira pesen apa, kaler apa
Skrg : baju raya berpasang2; kaler baju sefamili di pagi raya wajib sedondon

Dulu2 : takde green paket atau angpau..nak kasi kira sedekah ; tu pun dua tiga posen je
Skrg : wajib ada green paket itu..kalau tidak kita akan popular dgn nama
Hj Bakhil bin Hj Kudukut...kena ada meskipun sanggup keluarkan duit ASB heheheh

Dulu2 : kuih raya semua buatan sendiri
Skrg : kuih raya main tunjuk2 aje...sekelip mata boleh siap berjenis-jenis kuih

Dulu2 : ziarah menziarahi saudara mara, jiran tetangga, jiran yang tak bertangga..
tk payah buat appointment, tak kira hari/masa
Skrg : kena tunggu jemputan open house dulu....baru lah kita beraya...kuikukui

Dulu2 : di hidang dgn air kopi/teh o. kuih bakar, dodol, ketupat, kuih baulu
Skrg : di hidang dgn, air pepsi, coca cola, Revive, 100plus, mirinda; almond london
tart nenas, kuih putar alam...dll


korang rasa..raya yang mana paling bes???

25.8.10

310 : perkara yg boleh dilakukan ketika berpuasa

HAL-HAL YANG BOLEH DIKERJAKAN SEWAKTU BERPUASA

-) Menyiram air ke atas kepala pada siang hari karena haus ataupun udara panas, demikian pula menyelam kedalam air pada siang hari.
[haaa...jgn perkara ini boleh di lakukan ye kawan-kawan...bila mandi kita basah rambut je lah senang kan...]


-) Menta'khirkan mandi junub setelah adzan Shubuh.
[ingat tu adzan subuh...jgn di tangguhkan smpi adzan zuhur pulaks...hehehe]

-) Berbekam pada siang hari.

-) Mencium, mencumbu istri tetapi tidak sampai bersetubuh di siang hari (hukumnya makruh)
[hukum nya makruh. lebih baik jgn di amalkan perkara2 sebegini, takut melarat-larat pulak jadinya..bahayo..]

-) Beristinsyak (menghirup air kedalam hidung) terutama bila akan berwudhu, asal tidak dikuatkan menghirupnya.
[aku tk pernah buat ni di dalam bulan puasa..takut terlajak sedut......hahahaha]


-) Disuntik di siang hari.

-) Mencicipi makanan asal tidak ditelan.
[yang ini lagi tk berani aku nak buat..meskipun ianya boleh di lakukan]

sumber: email

24.8.10

309 : berbuka puasa

Di bulan Ramadan ini adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:

Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar.
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air.
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”


Ini adalah beberapa adab berbuka puasa. Biasanya saya terus saje meneguk air..guk..guk..guk...selepas baca doa. Masalahnya sekarang saya meneguk air soya atau air tebu atau air...yang bukan air kosong. Yang di maksudkan di atas ialah air kosong bukan air berperisa. Itulah kelemahan saya. Benda2 yang simple macam ni pun tk boleh nak ikut. Teruk sungguh kan????
Bagaimana dengan cara kamu berbuka puasa pula??? Mengikut sunnah Nabi? Alhamdulillah...

22.8.10

308 : sahur

kali ini nak cerita pasal kebaikkan sahur pulak; mungkin ramai yang dah tahu..tapi sengaja...untuk mengimbas kembali...

Dalam riwayat; Nabi s.a.w mendorong kita untuk tidak meninggalkan sahur, Baginda bersabda

"Makan sahur adalah barakah, maka janganlah kalian meninggalkan nya
meskipun kalian hanya meneguk seteguk air"

sesungguh nya sahur itu amat penting ye.

dulu semasa zaman rumaja, masih tinggal sebumbung dengan mak...sahur memang konsisten, tak pernah tinggal. Mesti bangun punya, dalam masa cuti 'bendera jepun' pun terpaksa bangun jugak, sbb malu nak kasi tau mak yg kita ni tak puasa. sungguh rajin...
lepas tu, duduk di rumah bujang, emmm....sahur dah mula celam celum. kekadang makan je banyak-banyak sebelum masuk tidur sebab malas nak bangun sahur punya pasal. pada hal apa salahnya bangun, dengan seteguk air pun sudah mendapat barakah.
kemudian, berkahwin. mempunyai keluarga sendiri. bangun sahur kembali konsisten. sebab terpaksa menyediakan makan utk satu famili. keadaan yang sama, dlm tempoh cuti 'bendera jepun' pun kena bangun sebab kena masak untuk sahur. rajin nya....baru hidup lebih barokah :))
sahur korang camner?..

21.8.10

307: TM point

aku sekarang berada di TM point jalan sultan idris shah ipoh
TM point ini di buka setiap sabtu dari 8.30am hingga 12.00 noon

ntah..mungkin baru kali ketiga aku ke sini
selalunya semua urusan di buat melalui panggilan telefon aje
harini aku ke sini sbb nak tuntut cordless phone...
nombor yang aku dpt 2040
nombor sekarang 2035
mujur ada internet surfing kat sini
sempat jugak aku berblogging
hehehhe......canggih sungguh bukan?
tapi mereka block itu fb lah...

20.8.10

306 : kuih muih

Harini terasa macam nak bercerita pasal kuih Raya pulak. sebab nya, kelmarin aku baru je mengorder beberapa jenis kuih. Almond London, tart nenas dan beberapa jenis lagi, yang aku tak ingat nickname nya :)

Kuih2 ni sebenarnya boleh je didapati di mana-mana pun, di pasaraya, di sana sini lah..tetapi oleh kerana mereka-mereka itu tk henti2 asyik tunjuk2 sample kuih je kat kita...maka..terpaksalah mengoder yea...

Semuanya 100 biji dgn harga RM38 setiap satu. ok ler aku rasa. lebih baik drpd suruh aku yang buat. aku rasa lagi byk duit yang habis, lepas tu, bakul sampah yg penuh..sungguh tidak terrer aku.

bila cerita pasal kuih-muih ni teringat kisah dulu2 masa aku kecik-kecik. bila time raya aje, paling bes mengacau mak buat kuih raya. sehinggakan adunan kuih yang mentah pun habis aku bedal.
dulu mak suka buat, kuih bakar, bahulu, putu kacang, dll.. semuanya buatan sendirian berhad. masa tu tk de orang yang berjual kuih muih mcm skrg. bila mak kacau dodol...belum smpat nak masak betul-betul...aku dah mula nak makan....bes arr...kenangan tu..
masa tu mana ada kuih kuih moden mcm skrg. Mak aku tk tau pun nak buat almond london tu semua hahahaah...tkde kuih yg dibuat dari coklat pun masa tu..terlalu dahulu kala kisahnya...
paling bes..mak punya tapai pulut. kami adik beradik perempuan semua pun udah pandai utk buat tapai pulut ni skrg, tetapi tidak lah sehebat tapai emak..manis..meletin...ahaks!
tapii....sekarang, Mak udah tkde lagi..udah pergi buat selama-lamanya...kami beraya tanpa emak & ayah sekarang..kami anak yatim piatu...
sedih lah....rasa nak menitik air mata...
daaa.......

19.8.10

305 : doa

ramai sungguh anak pak Dollah
anak bujang yang trang tang tang

doa aku harini adalah
jangan ler hujan di sebelah petang

18.8.10

304 : perubahan ketika Ramadhan..

ok..kali ini saya nak cerita pasal perubahan yang berlaku dalam bulan Ramadhan ni..
kata orang, dlm bulan Ramadhan biasanya perubahan ke arah kebaikkan akan berlaku...mudah-mudahan..semuanya pun dengan izin Allah jua..kan..kan..


Adakalanya perubahan yang berlaku itu adalah agak terlalu remeh..sehinggakan kita sendiri tak berapa nak sedar. Maka, itu lah terjadi pada diri saya sendiri...


Kebiasaan nya saya hanya akan pergi ke 'jamban' sebanyak dua atau tiga kali saje seminggu. sungguh tidak sihat bukan??? banyak toksin akan berkumpul dlm badan ..


tetapi..dengan kehadiran Ramadhan yang mulia ini, saya berjaya untuk pergi ke 'jamban' setiap hari tanpa fail/gagal...setelah selesai saje waktu sahur. sungguh tepat bukan??? Ini lah hikmahnya Ramadhan...saya sungguh happy... Lihatlah betapa indahnya Ramadhan...


(Maaf, ini bukan cerita busuk, tapi, kisah benar tau...satu perubahan dlm hidup saya...)

17.8.10

303 : ang pau

kali ni nak cerita pasal ang pau pulak. makna ang pau sebenarnya menurut wikipedia, ialah- sampul atau paket merah berupa hadiah berbentuk wang yang ditukarkan ketika perayaan atau peristiwa khas dlm masyarakat cina.

tetapi skrg ianya sudah pun menjadi ikutan kpd semua kaum. biasanya semasa perayaan Hari Raya kita terima paket hijau, jadi itu bukan ang pau ye...mungkin green pau :)

zaman skrg kalau kita tak beri angpau semasa hari raya, kita sendiri akan berasa tk syiok, malu pun ada, takut di katakan kedekut lah...dan mcm2

tahun ni harga barangan semua nya naik, tapi gaji aku tak naik-naik. boleh agaknya aku turunkan sikit kuota utk ang pau tahun ni? kebiasaan nya RM5 di beri kpd anak2 saudara terdekat dan RM2 kepada yang lain-lain. plan aku utk Raya tahun ini nak isi RM1 untuk semua. sama rata..........ok ke? heheheheh Jgn ada yang rasa nak beri penampau plak kat aku..

Yang penting nya;

Jangan pandang pada isi atau nilai di dalam sampul ang pau tersebut, tetapi pandanglah kepada keikhlasan si pemberi

boleh gitu?


16.8.10

302 : jom main mercun








Ntri sebelum ini daku cerita pasal kad raya. Ntri yang ini pun masih bercerita tentang suasana Raya jugak, iaitu cerita tentang mercun.

Seriyes, aku memang suka main mercun setiap kali hari raya datang. tabiat ni semenjak aku kecik2 lagi. bila ada bunyi mercun baru meriah suasana raya. sanggup bangun subuh-subuh, sebab nak main mercun. masa dulu2 aku hanya main mercun lidi, mercun papan, mercun tarik...ini aje jenis mercun yang aku ingat..

dan sekarang, penyakit ini dah pun berjangkit kepada anak2 lelaki daku. mulai 1 puasa, mereka dah mula simpan duit, RM2 sehari hanya untuk membeli mercun. yang daku pulak berikan galakan, daku beri sokongan moral kepada mereka, sekaligus sokongan duit, okeh.

Mercun yang mereka idamkan ialah mercun bola. RM32 untuk seratus bijik. Mercun ni memang kuat bunyinya. amat kuat sekali. tapi aku tak lupa juga berpesan dgn mereka supaya main dengan berhati-hati..kalau terkena jari..putus...nauzubillah.

ramai yang kata membeli mercun ni sama seperti membakar duit. ianya juga membahayakan keselamatan. aku setuju, amat2 setuju dengan stetmen tersebut. tapiiiiii setahun sekali membakar duit apa salahnya kan..utk keseronokkan. beli baju raya banyak2 helai pun membazir jugak. sungguh, aku tk beli baju raya banyak helai..cukup ler mana yg ada, tp aku membazir cara lain pulak....

13.8.10

301 : setem



baru puasa dua tiga hari, udah nak cerita pasal kad raya pulak ye. korang rasa terlalu cepat ke aku ? atau...asyik ingat nak raya je..pose yang yok?....
sebenarnya aku baru terfikir nak membeli beberapa keping kad raya untuk di hantar kepada org2 yang tertentu. tapi aku baru tahu yang harga setem sudah naik. biasa 30sen saje tp skrg sudah menjadi 60sen. kalau aku ada 10 keping kad raya, duit setem aje sudah RM6 belum campur tolak darab bahagi dgn duit utk beli Kad Raya lagi....duit nak beli baju raya, duit nak beli kuih raya, duit ang pau raya.....pendek kata semua nya duit dan semuanya Raya..
emmm....nampak gayanya tak payah ler nak hantar kad raya banyak2. guna je SMS atau email, lebih mudah, murah & cepat...
begitu juga dgn nilai persaudaraan & persahabatan di zaman ini, kita menganggapnya mudah, murah, & tidak berapa ada nilai..(hanya sesetengah...bukan semua okeh..

12.8.10

300 : selekeh sungguh






hari ini aku rasa datang kerja..sememeh sangat
atau dalam erti kata lain..sungguh2 selekeh

sebabnya...
selalu aku pakai tudung serkup (tdg yg sewaktu dgn tdg Ariani) ..
amat senang sekali bukan?
tapi harini, aku memakai tudung bawal
sbb dah lama aku tk pakai tudung bawal ni...harini rasa mcm teringin ler plak..


tapi hasilnya sungguh mengecewakan..


sib baik bulan pose.........sabor kena lebih :)

11.8.10

299 : Niat puasa

mesti semua orang dah tahu kan niat puasa..
walau pun ibadah ni hanya setahun sekali..tp rasanya semua org masih ingat pada niat puasa..

9.8.10

298: Ramadhan

sila puasa okeh..jgn tiba-tiba gastrik menyerang pulaks :))

6.8.10

297 : di serang angin

slmt malam
lega rasa badan
tadi sakit belakang....di serang angin giler...
sbb lunch tadi aku hentam sayur taugeh..
mmg kurang asam taugeh itu...

lega sebab anak perempuan aku yg urut
tak sangka dia pandai mengurut...
benar..betul..
mmg sedap dia urut
macam orang pandai-pandai aje.

aku puji ler dia..
:pandai mira urut mak:
:sedap sikit blkg mak:

:ha'ah..Mira pandaikan?
itu ler, Mira pun tak tau macam mana Mira boleh pandai urut:
:pada hal, kat sekolah cikgu tak ajar pun Mira mengurut:...

dengan selamba..dia tinggalkan aku..
dan terus berlalu main komputer...

5.8.10

296 : hari ini cuaca mendung, hujan renyai-renyai

terasa macam nak menyorokkan diri aje

.

.

.

.

.

.


boleh ke aku menyorok begini?
(jangan marah, tajuk langsung tkde kena mengena okeh~


1.8.10

295 : Ogos

Ogos datang lagi
tak lama lagi Ramadhan pula menjelma
cepat sungguh masa berlalu..
meninggalkan kita
dengan kenangan...