30.4.11

409 : May - Selamat Hari MAmA

bulan Mei ni ada lah bulan Menyambut hari Ibu..

Anda, mama yang mana??

# Mama serba sempurna
Mahu segalanya sempurna di mata; suami, anak-anak dan rumahtangga

# Mama sukar dijangka
Memang suka mencipta situasi kurang senang di kalangan anak-anak. Moodnya sekejap bagus, boleh pula bertukar sekelip mata. Sengsara anak2 dibuatnya

# Mama "aku yang utama"
Mementingkan diri sendiri. Kerjaya dan kejayaan diri paling utama. Anak-anak sudah jatuh nombor 2

# Mama menyelenggara
Mendidik anak2 dengan pengetahuan lengkap agar tidak tercicir dlm pancaroba duniawi

# Dia Sahabat, Dialah MAMA
Seronok kalau dpt ibu jenis ini, segala masalah boleh dikongsi bersama..



AKU? Rasanya kategori " MAMA sukar dijangka"
Kamu bagaimana?

29.4.11

408 : cokodok istimewa




ini cokodok pisang pertama yang aku hasilkan setelah 39 tahun hidup di dunia..

rupa mmg tak berapa elok

tapi rasa...nyum..nyum..mcm hotel 5 bintang punya resipi..

(ada ke menu cokodok kat hotel 5 bintang? hahhahahah

21.4.11

407 : !

malam

malam yang kelam..

malam yang hitam..

aku..

diam

dan terus diam..

selamat malam...

16.4.11

406 : sMs

Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 & 11/11/11 serta bukan itu sahaja, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini, keputusan nya ialah 111...sama buat semua orang bukan? ini adalah tahun kekayaan.. Pada bulan Oktober akan ada 5x hari ahad, 5x hari isnin dan 5x hari sabtu, ini hanya akan terjadi sekali setiap 823 tahun tahun seperti ini di kenali sebagai tahun " beg kekayaan" bermaksud .. sila hantar kepada 8 kawan2...bla...bla.. (ini sebenarnya adalah text SMS yang banyak kali dah aku terima. bila dengar je kekayaan, kita pasti tertarik ye..untuk mencuba menghantar SMS sebegini.. tapi..sebenarnya..karut..toksah nak percaya lah ek..buat rogi duit SMS kita jerk..) saje nak share..korang ada tak dpt SMS camni???