30.6.12

456 : bawal sulam cantik

pinjam gambar ni dr album mishez.scarf


setelah sekian lama tidak membeli tdg bawal, tiba-tiba hati tergerak utk membeli pulak.  ini adalah tdg bawal crown atau tdg bawal sulam cantik yang aku beli dari mishez.scarf.  hari jumaat lepas sampai..alhamdulillah.

aku beli kaler pink lembut.  sgt sgt lembut..biar lah aku tk selembut mana pun, jnji tdg ni kaler dia amat lembut..

sungguh cantik kerana sulaman terletak di atas kepala.

skrg ni tdg bawal keluar balik setelah sekian lama..sebelum ini semua org gila-gila beli tdg xpress awning shj, but now bawal kembali..

29.6.12

455 : thepoplook

parcel dari poplook.com sudah pun sampai.  ini adalah blouse pertama yg ku beli.  nampak simple sangat. mula-mula buka parcel mcm suspen..aduh..ini rupanya...ingatkan mcm tk bes jer..tapi lepas pakai..rupa-rupanya sgt selesa.  tk rugi beli..mungkin akan beli lagi...

overall rating = A-

This blouse is classic. The billowy sleeves are perfect over form fitting pants or skirts!
  • Silky material
  • Colour – Green Blooms
  • Available in sizes
  • Modeled in size XS (tp aku beli size M)

28.6.12

454 : CVCO

Apa itu CVCO?
Capsule virgin coconut oil, yes..minyak kelapa dara


CVCO yg ku order sudah sampai..
ini pertama kali aku beli tau..yang ini minyak kelapa dara + H.Sauda

nak tau khasiatnya boleh klik pada gambar, and baca sendiri ok
rasanya ramai yg dah tau kebaikkan minyak kelapa dara ini..

tp yang ini keluaran bio-asli
kalau nak beli boleh SMS  012-5150082
hanya RM 40

ada masa singgah web ini : bio-asli



26.6.12

453 : ntri tk bergambar

ini cerita Sabtu lepas, aku ke Tesco nak beli shower gel dan juga sedikit barang-barang lain.  tiba-tiba ternampak satu offer giler, murah sgt, RM 4.90 sebotol.. apa lagi, rembat ler, mmg yg dicari-cari.. eleh, Shower gel jer, buat pe beli yang mahal2..nnti bebudak ni duk curahkan masa mandi..beli yg murah2, kira ok ler tu janji berbuih

Aku pun beli lah...

Balik ke rumah, aku pun mandi utk solat Zohor.  mmg kebetulan shower gel yg lama habis terus dah, so, aku terus buka yang baru ni..dan gunakan..

tiba-tiba aku rasa..mcm melekit-lekit jer shower gel ni..pe hal ni, lain macam jerk!
belek punya belek..tu dia......jeng ..jeng..jeng..dia tulis kat situ :hair shampoo with goat milks..

ahhahhhhaha.........no wonder melekit-lekit, rupanya yang aku beli tadi tu, bukan shower gel tetapi shampo rambut..


syhhhh........aku diam kan jer..smpi hari ni tk sorang pun perasan, yg dia org buat sabun badan tu adalah Shampoo kepala..
nampak gayanya semua rambut pada badan kami..bersinar-sinar, lembut ikal mayang..hikhikhihk

lain kali berhati-hati ketika membeli, baca betul-betul pada label nya..

25.6.12

452 : Matte Berry Elianto


haaa...ini kes minggu lepas. aku terjebak lagi dgn offer dari Zalora online shop.  Harga asal RM23 tapi lepas offer aku dpt hanya RM18.90, tanpa bersusah payah keluar di bawah terik mentari..dgn hanya sekali klik..oder..keesokkan nya aku dah boleh melaram dgn lipstik baru.

Elianto Matte Berry - 01 Pink berry telah smpi pada Jumaat lepas 22hb Jun.

Overall rating I kasi B+

A moisturizing lipstick enriched with Vit E which is anti-free radicals that provides long wearing, velvet soft & matte finish

Teksture lipstick sgt sgt lembut bila apply di bibir. Tidak terasa spt memakai matte lipstik.  Yang aku kurang suka sbb ia ada bau wangi, spt bau nestum gitu..

Packaging cantik, sungguh cute, brown in color wif pink flower..so sweet!  Biasa kita tengok cover lipstik plain aje kan, but this one different, ada munger munger..wow..I like!!

Mesti ramai yg dah pernah beli kan..I jer yg terlambat..

Ntah nape skrg baru aku suka produk Elianto ni...mmmm...sbb murah kot. wakakakak..

22.6.12

451 : petua nak bibir mungel

vah..vah...dengar jer perkataan mungel/mongel mesti kita terbayang akan keseksian sesuatu kan..kanssss..
oh yea.. kali ni I nak bagi petua mcm mana nak kasi bibir kita ni sentiasa sihat & mungel..
I ada terbaca satu petua macam mana nak kasi bibir mungel.. I juga ada tertengok petua ni di Youtube

caranya, senang aje.  alat yang di perlukan ialah berus gigi.  Kita hendakalah memberus bibir kita sekurang-kurang nya sekali seminggu dgn menggunakan berus gigi biasa.  Tp pastikan jangan ada ubat gigi pada berus tersebut nnti pedih pulak.  Gunakan berus gigi 'o' ye kawan-kawan.  Bila bibir sihat, nak sapu lipstik pun mudah, hasil pun cantik.  tkde la bibir berkedut kedut berlopak lopak gitu..ahaks!

Tujuan nya ialah untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada bibir, oleh itu bibir akan kelihatan segar tanpa ada kulit-kulit mati 

Selain itu amalkan juga menyapu lip balm pada waktu malam..sblm tidur seelok nya...see...senang aje kan petua I..cuba lah..hasilnya..lihat spt di bawah


auwww..thanks pak cik gugel, pinjam gambar sat..



Petua ini utk diri sendiri, nak share pun okies jer!

21.6.12

450 : terapi minda, jiwa & raga


nah..ntri kali ini lain sikit, terapi minda, jiwa & raga..hehheeh..apa cer ler agak nya yea??? ok, kisahnya berlaku pada hujung minggu lepas, sebenarnya kami sekeluarga balik ke kltn kerana ada hal sikit..selalunya kami menggunakan jln raya Ipoh-Gerik-Kelantan.  Tapi kali ini kami menukar haluan, kami gunakan jalanraya Gua Musang-Simpang Pulai/Ipoh (utk perjalanan balik).  Santai-santai...saje.  Oleh kerana ini adalah pertama kali kami menggunakan laluan ini,..komen ikhlas sy...sy lebih suka highway Gerik-Kelantan.  Jalanraya yg agak lebar sedikit..pemandangan nya damai..compare dgn highway Gua Musang ni, mcm senyap sunyi..jalan agak kecik lebih bengkang bengkok nya tetapi....ha..ada tapi tapi pulak.....ianya agak dekat.  jimat dalam 1.5 jam gitu klu bandingkan dgn highway Gerik-Kltn.

sesampainya di suatu kawasan yang aku tak tau apa namanya, ada ler plak satu pasar malam.  So, kami decide berhenti sekejap sbb nak cari makan. Abe tu katanya laparrrr...sempat jugak lah bergambar..di tengah-tengah highway tu..(udah rasa mcm org bangla plak, tangkap gamba tengah jalan..hahaah)


masih lagi bergambar di tengah highway. bersama all my kids kecuali yg sulung sbb dia kameraman.
 Oleh kerana highway tu melintas Cameron Highland (CH) sebelum smpi Ipoh, kami pun gatai-gatai la singgah sekejap di sana.  Waktu tu dalam pukul 4.45 ptg kot.  Cuaca nyaman sungguh, mula lah hajat nak mencari otel..igtkan nak tido-tido la, sbb esok nya hari Ahad, masih ada masa kalau nak beronggeng kat CH nih..




Biasa la tu, kalau ke CH tak sah kalu tak bergambar dlm ladang teh kan..skema sungguh kan? Heehehe..ini lah gambar all my kids kat dlm ladang teh.  Ada byk lagi gambar kat sini, tp cukup ler sekadar hiasan..or perhiasan? toing..toing..

Tp, ending kisah makan angin di CH ni not so nice. Mengecewakan sikit..tk payah story lah...
Cukup je smpi sini..

Overall rating : I memang like CH
Nyaman nya!!!!

20.6.12

449 : makeup remover

ntri kali ni nak cerita pasal makeup remover.  AVON eye and makeup remover.  Makeup remover ini penting bagi menanggalkan kesan-kesan mekap di muka.  Muka kita kena benar-benar bersih dari sisa-sisa mekap, supaya tkde la jerawat tumbuh dll.

Mulanya aku pun tak pandai nak guna remover ni semua, selalu aku hanya gunakan baby oil utk hilangkan sisa-sisa mekap.  Baby oil ni pun ok, cuma nya muka jadi berminyak-minyak sikit selepas guna.  Mekap remover ni lain, muka jadi bersih & tidak berminyak langsung.  Cuci di tepi mata pun tak pedih.. I like!!!

Byk jenama yang mengeluarkan mekap remover ni spt, maybeline, Revlon, Clinique, tp jenama pertama yang aku gunakan adalah AVON.  Setakat ini mmg puas hati, harga pun murah.  Botol pertama aku beli RM15.90 tetapi botol kedua masa tu ada sale giler2 aku beli hanya RM 11.00.  So, aku pun rembat 2 botol, satu tinggal kat umah & satu lagi kat surau kt tmpt kerja..Hebat kan....nak bergaya, kena kopak rabak sikit..wakakak..mcm le gojes sgt..huhuhu perasaaan...

Overall rating = A-
Harga = ****
Kandungan = 75ml

Ingredients:  Ada top phase & bottom phase..huh..malas ler aku nak taip..korang beli n baca lah sendiri ok...daaa..

19.6.12

448 : Jus Cergas Minda

ok..ini lah kisah sebenarnya..di entri sebelum ini sy ada menceritakan tentang kebaikkan beberapa herba terpilih.  Dan herba2 itu lah digunakan bagi menghasilkan jus ini  JUS CERGAS MINDA

Jus Cergas Minda BioAsli adalah penjenamaan semula kepada produk keluaran BioAsli yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Jus Herba Mas Madu untuk lebih mudah disebut dan dikenali sesuai dengan fungsi produk itu sendiri yang direka khusus untuk meningkatkan prestasi minda dan kecergasan. Jus Cergas Minda ini adalah gabungan ramuan herba-herba hebat seperti Mas Cotek, Misai Kucing, Madu Asli, Habbatus Sauda' dan Rozel. Produk ini yang di datangkan dalam bentuk minuman boleh di minum secara terus atau di jadikan bancuhan minuman untuk di minum setiap hari. Dengan rasa yang lazat dan manis, ia di sukai oleh semua golongan umur dan tidak mendatangkan mudarat walaupun di minum dalam kuantiti yang banyak. Jus Cergas Minda ini adalah sajian minuman herba 100% bebas dari bahan kimia dan pengawet.  

Kandungan
Mas Cotek, Misai Kucing, Habbatus Sauda, Roselle, Madu Asli  

Kelebihan Jus Cergas Minda
  • Memberikan tenaga segera.
  • Meningkatkan Antibodi dan ketahanan tubuh.
  • Membantu sistem pencernaan dan pelawasan.
  • Meningkatkan serta mengekalkan kecergasab fizikal.
  • Membantu menguatkan daya ingatan, hafalan dan menajamkan fikiran.
  • Meningkatkan serta mengaktifkan minda supaya lebih cerdas dan cergas.
  • Membantu membesarkan memori dan mempertingkatkan IQ, EQ dan SQ serta kesihatan manusia
Cara Penyediaan
Minum 1 @ 2 sudu makan, 2 kali sehari.
atau Campurkan 250 ml air sejuk sehingga secukup rasa.

(Ianya sesuai utk semua peringkat umur, terutama para pelajar termasuklah warga emas)

Harga RM60 shj
Saiz : 180ml x 6 botol/kotak

Jika berminat boleh hubungi sy di:   zizie71@yahoo.com


18.6.12

447 : khasiat herba terpilih bhg-2

Misai Kucing
(ni nama pokok or herba ye..bukan misai kat kucing tu..)

Kebaikkan pokok misai kucing:-
# Membuang & mencuci darah dari toksid yang berlebihan
# Membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi
# Mengandungi kalium yang mencukupi utk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing
# Merawat penyakit lain spt, kencing manis, gout, athritis, reumatik dan penyakit batu karang, selain mencegah pembetukan batu karang dan jangkitan saluran kencing
# Mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman di samping sifat antiseptiknya.


Madu (bukan bermadu yea)
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya.  Di dalam nya terdapat ubat-ubat yang menyembuhkan bagi manusia.  Sesungguhnya pd yang demikian itu benar2 terdapat tanda kebesaran allah bagi orang yang memikirkannya (An-Nahl)

Habbatus Sauda
Riwayat Imam Bukhari;
Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam.  Aku bertanya, Apakah itu Al-Sam? Rasulullah menjawab, Al-Sam itu maut.


...to be contd

15.6.12

446 : khasiat herba terpilih

1)  Mas Cotek

Kajian menunjukkan bahawa mas cotek mengandungi lima bahan aktif yg sangat diperlukan oleh sistem badan manusia.; iaitu Flavonoid, Tanins, Triterpenoids, Proanthocyanins & Phenols.

Bahan2 ini disahkan berkemampuan mengeluarkan toksin dari badan, melancarkan perjalanan darah sakit uraf saraf, memperbaiki daya fokus, gout, kencing manis, darah tinggi, mengurangkan kolestrol dan lemak, buasir, migraine, paru2 berair, pemulih tenaga batin, sakit puan, senggugut, sakit pinggang, masalah tidur, mengecutkan peranakan, merapatkan pintu rahim, sakit lutut, mencantikkan dan melicinkan kulit, demam/selsema..

(banyak sungguh khasiat mas cotek ini yea kawan-kawan...

                                                                        ...tunggu sambungan di bhg kedua khasiat herba terpilih

14.6.12

445 : kecantikkan dalaman

kali ini nak cerita pasal kecantikkan dalaman pulak.  selalu buat ntri pasal kecantikkan luaran, padahal kecantikkan dalaman juga penting.

biasanya sy hanya mengambil Spirulina ini sebagai supplement.  Kerana fungsi nya juga sama spt Multivitamin.  tak perlu lah kita mengambil supplement yang berlebihan, sekadar multivitamin atau Spirulina ini sudah memadai utk badan kita...terlalu byk mengambil supplement juga tidak bagus kata sesetengah orang..orang kata lah..bukan sy kata :))

pada mula nya sy memang tidak mengambil apa-apa supplement sehingga lah umur sy mencecah lebih 35 thn.  tetapi selepas sy melakukan pemeriksaan darah, keputusan mengatakan sy kekurangan serum iron.  pada mulanya doktor sarankan sy mengambil iron tablet..hampir beberapa bulan, sy memakan iron tablet..setiap kali buang air besar, najis menjadi kaler kehitaman.  mmg begitu klu kita mengambil iron tablet yea..jgn panik pulak..

akhirnya sy decided utk mengambil Spirulina ini selepas sy membaca review pasalnya di sana sini..

antara kebaikkan Spirulina :-
25x lebih beta carotene berbanding lobak merah
6x lebih vit B12 berbanding hati lembu
58x lebih zat besi/iron berbanding bayam
60% protein ada di dalamnya

see..baguskan!

selepas beberapa tahun memakan Spirulina
Overall rating sy bagi   A

13.6.12

444 : fesyen ler katakan

"pelik skrg ye..org pompuan udah berjanggut"..ingatkan org lelaki jer ada janggut".........ini adalah diantara conversation seorang pakcik yang aku dengar di satu majlis kenduri kahwen...

puas jugak aku fikir pada mulanya..apa kisahnya pakcik ni cakap mcm tu..siap gelak gelak perli lagi...

tiba-tiba, lalu seorang.........." ha..ko tengok tu..janggut pompuan tu..panjang..berjuntai-juntai"..maka aku pun sibuk jugak..memandang, rupa-rupanya...
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
jeng..jeng..jeng..










ini lah dia..trend skrg, org perempuan memakai brooch yang panjang berjuntai juntai macam2 pesen.  ini ler yang pakcik tu katakan "org pompuan berjanggut"

sabor je lah!

fesyen oh fesyen..itu lah skrg.
fesyen skrg,
fesyen tdg bawal yang di katakan serebeh
shawl berlilit lilit atas kepala umpama tuala selepas mandi dll..


namun..itu lah yg di katakan FESYEN



12.6.12

443 : Elianto baked blusher

satu lagi kosmetik ELIANTO menjadi koleksi ku.  baked blusher - Dusty pink.  mmg bes pakai. cantik sangattt.  nampak natural bila apply dgn sedikit kesan shimmering ghiteww...sekali imbas mcm glowing jer pipi kita taw..

hanya RM31.00 masa i beli..(3.5g)
yes..sy akan beli lagi jenis ni tetapi di dlm warna yg lain..tmbh koleksi :))

bintang : 4.2/5

9.6.12

442 : Hada Labo Arbutin White Lotion

nak cerita pasal produk terbaru koleksi ku..Hada Labo Whitening Lotion Arbutin.  Produk keluaran Rohto Japan & Mentholatum USA.  Tetapi yg terdapat di pasaran M'sia adalah dari China..mungkin di pack di China..ntah ler
Konsep produk ini "Perfect & Simple" 


setelah merayau-rayau di google, baca apa komen testimoni pasal produk ni, akhirnya aku decide utk beli & mencuba.  setakat ini baru seminggu aku cuba..tkde nampak perubahan yg ketara lagi pun.  produk ni sesuai utk mereka yang ada dark spots, pigmentation etc.  aku mmg ada sedikit masalah dark spots ni...dah tua ler katakan..hikhikhik

Produk ini mengandungi :-
Arbutin - glycosylated hydroquinone dari bearberry. Ianya dpt membantu menghilangkan tanda-tanda penuaan spt pigmentation & dark spot.  Arbutin ini adalah skin lightening agent.

Hyaluronic Acid - menghalang kesan penuaan serta dapat mengekalkan kelembapan kulit

Vit C - a water soluble vitamin.  Utk memelihara tisu dan merawat tisu di semua bahagian badan.  Membantu badan menghasilkan kolagen.  Vit C juga ada antioxidant yg boleh menyekat kerosakkan yg disebabkan radikal bebas.

itu adalah 3 bahan penting yg terdapat di dalam Arbutin Whitening Lotion keluaran HADA LABO

Cara penggunaan:
Ia adalah cecair spt air tetapi kaler dia sedikit keruh.
Just titik kan 3 titik ke atas telapak tangan.  Kemudian tepuk tepukan ke muka.  Sehingga lah ia bertukar
menjadi sedikit melekit....kemudian terus menyerap ke dalam kulit secara perlahan.  Tak perlu sapu ye..Just pat pat kan kat muka..ingat! Jgn sapu

Lotion ni sebenarnya macam toner.  lepas pakai lotion ni lepas tu boleh lah guna moisturizer & uv cream..juga seterusnya.

Harga : 3.5/5
Kepuasan Penggunaan : Belum boleh komen sbb baru guna 1 mggu

7.6.12

441 : Revlon lipstik

yes..nmpk tak gamba lipstik tu? haaa..itu lah lipstik baru yg ku beli dr Guardian.
mggu dulu guardian ada buat sales, byk barang ada diskaun 10-20%
ini adalah diantara barangan yg aku dpt less 10% klu tk silap

ini adalah Revlon Matte lustrous lipstik - COCOA Craving
kaler cekelet gitu, tp lipstik ni matte, bukan jenis kilat-kilat mcm trend skrg tu..
i ni old pesyen sket..tk suka sgt pd lipstik kilat2..matte ni best sbb kekal di bibir, tk payah apply byk kali..jimat

pendek kata nya sy mmg suka produk Revlon...besh
harga pun ok 3.8/5

tp ingat, belanja kena berhemah, sy bli ni sbb mmg dah tkde stok lipstik. udah abes semua
udah kontot, mcm mana le nak tonyoh kt bibir..tu ler pasal kena bli baru..

ada mcm sesetengah org tu, simpan smpi 10 btg lipstik..
tp kalo ada $$$$..sape nak kesah???? heheeh

4.6.12

440 : alas bedak

korang nampak tak gambar tu? haa..itu lah alas bedak..bukan alas kaki atau alas meja yea..
alas bedak ni keluaran Sari Ayu, satu lagi produk yang baru aku cuba beli & guna..

alas bedak ni ada di dalam 2, 3 tona, tp yang sesuai dgn kulit aku..Kuning Langsat..

alas bedak ini sungguh mudah digunakan, coverage yang agak tipis & natural. tkde lah muka nampak lesu atau pucat bila kelam kabut nak ke pasar atau pasar malam..just tenyehkan sikit alas bedak ni ke muka..done..

Kandungan esensial cendana yang membangkitkan semangat
ada pelindung UV
Berpelembap, sesuai utk semua jenis kulit

Kandungan 35ml dgn harga RM6.90 shj
murah dong!
mau cuba?..pegi beli sendiri