30.11.12

496 : duniaherbs..produk berasaskan HALIA

yes..nama pun blog rabak...

cerita dalam ni semua kisah aku meraBakkan poket enbeg ku..

barang baru ku beli..duniaherbs, losyen halia mustajab extrahot & kapsul pati halia nightriem
bukan masak jer ada guna halia ye..

fungsi utama halia, as we all know..memang untuk pembuangan angin di seluruh badan..sebut buang angin, mesti semua ingat 'kentut' kan..kan..kan..dah ler, jangan ler tak nak mngaku pulak..senyum senyum je tu..

yes, di bawah ini adalah fungsi-fungsi atau kegunaan Kapsul Pati Halia..aku baru makan 3 days.  hasil nya setiap pagi aku akan ke toilet tanpa fail..aku makan 4 biji setiap malam sebelum tidur.  kita boleh makan 4-6 kapsul setiap malam shj. jgn nak makan lebih-lebih kang, smbil tido pun terberak berak, terkentut-kentut.  kesian kat your sleeping partner, terpaksa menghidu bau bauan..yg kurang menyenangkan minda...hik3x

Kapsul Pati Halia Nightriem
  • Merawat sembelit
  • Memecahkan lemak dan selulit
  • Rumusan semulajadi dan tiada kesan sampingan
  • Melawaskan sistem pembuangan dan pencernaan
  • Mengurangan berat badan dan mengempiskan perut
  • Membuang angin dan melegakan lenguh-lenguh badan
  • Menyingkirkan toksin dan merangsangkan peredaran darah
  • Kapsul 400mg (100 biji)

RM35.00

Losyen Mini Mustajab Extra Hot (65ml)
  • Urutan seluruh badan
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • Sakit otot dan sendi
  • Kembung perut dan sakit belakang
  • Mengurangkan selulit
  • Melegakan sakit akibat senggugut
  • Sesuai untuk wanita lepas bersalin (Hanya selepas 4 bulan)
  • Lebih panas dari "Losyen Mustajab Pati Halia" biasa
  • Mudah dibawa

RM17.00

yes..ini satu lagi yang membuat poket ku rabak
cuma satu jer nak komen,
even tertera di sana 'extra hot' TETAPI..for me not HOT enuf..huhuhu..

mesti ramai yang dah cuba kan...krim pati halia ini..

27.11.12

495 : cosmoderm spot treatment creme

assalam...

yeay..nak cerita barang baru yang I beli online last week.  cosmoderm spot treatment creme/krim rawatan jeragat. produk ni khusus untuk mereka yg ada kesan jeragat, seperti muka I. 

produk ni belum tau lagi tahap keberkesanan nya sebab baru saje guna dlm seminggu gitu.  hanya sapu kan ke tempat yg berjeragat atau tompok hitam.  guna 2x sehari, malam & pagi.  pakai seperti biasa selepas toner dan moisturizer.

selepas beberapa hari menggunakan produk ini, muka terasa pedih, mungkin kesan hakisan pada tapak jeragat tersebut. see...kesan hakisan..udah macam apa saje kan..dasat benau..sian muka ku..

yang best nya produk cosmoderm ini adalah 100% halal.  kena percaya tau, jangan was was pulak.  yang kedua, harga juga sangat berpatutan..compare dgn produk2 lain..kualiti, not bad..

spot treatment creme ini hanya RM37++ (tak ingat harga sebenar, lebih kurang la tu ek...)

kandungan nya, bearberry, liquorice dan kojic acid yang dapat mengawal pengeluaran melanin di muka.  selain itu ia juga mengandungi Vitamin C untuk mencerahkan kulit dan melindungi dari pancaran UV.  Manakala Vitamin A  pula untuk pembaharuan kulit serta meningkatkan kesegaran.

494 : boros vs bazir

tertarik dengan pengertian ini :-

# BOROS ialah membelanjakan pada sesuatu yang patut tetapi dengan lebih daripada yang sepatutnya,

manakala;

#MEMBAZIR ialah membelanjakan sesuatu pada yang tidak sepatutnya..

jelas..ada perbezaan kan..

fikir-fikirkan, anda di dalam kategori yang mana satu? sila pilih...

16.11.12

493 : kerja

#gambar tkde kene mengene dgn cerita#

esok Sabtu, lusa Ahad, tulat dah hari Senin.  Seminggu sudah bercuti, terasa malas benar nak bekerja. Tapi sebab nak mencari rezeki, terpaksa lah jugak.

macam tu lah rasa keboringan utk kembali bekerja. korang boleh ke baring mcm gaya gitu? kaki terkehel gitu..

14.11.12

492 : mascara

assalamualaikum..dah lama tk apdet blog.  harini bercuti, so nak cerita lah sikit pasal alatan mekap yg paling wajib daku pakai..

dari gambar di atas rasa nya korang dah tau, apa alat mekap yg mesti daku pakai setiap kali bermekap.  kalau nak tido di mlm hari tk payah ler tenyeh semua tu lagi, ni cerita di time nak bermekap la..

daku rasa cukup tk puas hati kalau tidak mengenakan mascara. korang tau apa mascara? yes, pelentik bulu mata.  ini tk beerti bulu mataku tk cukup lentik...tp dengan memakai mascara ni, bulu mata menjadi lebih tebal, panjang & melentik.  tp tk lah sehebat bulu mata palsu.  daku lebih suka bulu yg original tau..bukan macam Rozita Che Wan..

setakat ini daku mempunyai 4 koleksi mascara yang menjadi kesukaan ku..
Impact Lash Long Mascara dari ZA
Long Lash waterproof mascara dari AVON
Waterproof mascara dari DODO &
high impact mascara dari CLINIQUE

aku sayang sgt dengan ke-4-4 mascara ni.  setiap hari mesti pakai..bukan lah sekali ke4-4 daku guna serentak.  biasa nya daku pakai 2 lapisan.  1 lapisan bagi memanjangkan bulu mata & satu lapisan lagi bagi melentik kan bulu mata.

sekarang terasa macam nak beli seketul lagi, brand silky girl. aritu ada offer kat Watson..tp, tunggu lah, yang ni pun belum habis lagi.  mascara biasanya tahan selama 6 bulan kegunaan. lepas tu ia mula mengeras atau membeku.  masa tu boleh campak dah..

sekian..