28.8.13

531 : Medeka - 56 thn

assalam..

saje nak update blog nih..

saje nak ucapkan "Selamat Hari Kemerdekaan
kepada semua rakyat Malaysia.  kepada yang bukan rakyat, pun juga kena sambut sebab korang datang sini, cari makan kat sini..kena lah kenang jasa Malaysia ye..

sedar tak sedar sudah 56 thn kita merdeka, tapi benarkan kita 'merdeka'..fikir-fikirkan lah :))

tanya pada diri kita,

apa jasa pada Negara,

apa jasa pada Bangsa,

yang penting, APA JASA KITA PADA DIRI KITA SENDIRI?

kalau pada diri sendiri pun tk pernah berjasa..maka nya, secara tidak langsung, payah lah untuk kita membuat jasa pada yang lain-lain..emak bapak, adik beradik, suami, anak-anak..dll.

sekian..jgn lupa kibarkan jalur gemilang kat bumbung umah..bumbung kereta..
nak pakai tdg jalur gemilang pun boleh..tak salah pun...polis tak tangkap..

tata~

24.8.13

530 : 2 cerita

yang pertama sekali nak ucap terima kasih pada Pen Biru yang baru follo blog usang ku ini


tak habis habis lagi dengan OH sempena raya ni ye..sampai bertingkek tingkek perut dok makan aje kerjanya.  pendek kata ada yang sampai kena jemput 3 4 buah rumah pada suatu hari..can you imejin..betapa rezeki itu dtg bergolek golek?

itu lah beza nya zaman skrg..klu tak buat OH org tak datang la beraya ke rumah kita.  tak mcm zaman mak pak kita dulu..bila raya jer..habis seluruh kpg kita jelajah..tk kisah lah org tu nak hidangkan apa sekali pun..air kosong dgn kuih muih pun ok dah..dulu-dulu duit raya ang pau tu smua pun xde.  yang penting bagi mereka dpt berjumpa bermaaf maafan berpeluk pelukan utk mengeratkan lagi silaturahim..dan yg paling penting..minta maaf..0-0. 

zaman dah jauh berubah..tanpa kita sedari..adat kita juga telah berubah.

ok habis cerita raya...

cerita kedua..

dah byk kali aku tengok skrg ni kucing apabila nak membuang air besar..TIDAK lagi mengorek pasir atau tanah..atau apa apa je lah.  Kucing zaman skrg..just berak je merata-rata kat mana dia org suka. krmudian tinggal kan je mcm tu. cuba korang perhatikan.. 

benar lah..semua dah berubah sekarang. mungkin juga sbb kucing zaman moden ni dah tak di ajar mengorek or mengais lubang utk membuang najis....cuma silap mak kucing tu tak beri anak dia pakai pampers..tu yg berak merata-rata..

semua dah berubah termasuk aku..dulu aku muda..skrg dah tak berapa nak muda lagi..

hahahah......

22.8.13

529 : bas jatuh gaung Aug 2013

sedih betul dengar tragedi bas jatuh gaung kat genting sempah tu. ramai betul yang menemui ajal serentak, 37 orang tu. mengerikan pun yer.. tapi ajal maut tu kerja allah, dia lebih mengetahui..cuma cara kematian tu agak mengerikan..harap2 jangan lah terjadi pada diri kita ye..biar lah baik-baik belaka. pelik sangat bila satu bas boleh mengambil penumpang sampai 52 orang. memang kenot imejin the kesesakan kat dalam bas itu sendiri..apa tah lagi bila brek rosak..of cos la hilang kawalan bila bas dah terlebih berat. pemandu bas tu baru aje kerja 2 bulan..dah jadi peristiwa mcm ni ye. bukan salah dia pun..semua itu sudah ditakdirkan. jom kita sedekahkan al-fatihah kepada warga muslim yang terlibat~ Al-Fatihah.

21.8.13

528 : kenangan raya 2013


bergambar bersama anak saudara sebelah suami ketika di kelantan


bergambar bersama anak saudara sebelah daku..

ntah kenapa raya tahun ini aku suka bergambar dekat pokok
hahahahhaaa...sabor je lah.

20.8.13

527 : aidijuma

cantik tak model tu? of kos lah cantik kan..nama pun seorang model. kalau aku berdiri kat situ sure ramai yang termuntah tengok..wakakkak..what ever lah korang eh..

ok, nak cerita pasal tudung tu sebenarnya..I baru terbeli tdg dari www.aidijuma.com.  Beli secara online lah..
apa lagi.  I ni memang jenis suka beli barang dari online, ntah nape ye..mungkin agaknya mcm tak terasa duit tu terkeluar..kalau beli offline..rasa sayang plak bila tengok berkeping keping duit kuor kerana membeli mende mende yang tak berpaedah..semua ni nafsu nafsi sahaja..org pompuan kan..gitu lah kekdahnya..redo je lh ye.

tetiba terbekenan plak tdg mcm tu..tudung ni GARDEN-002 Pink Magenta.  Cantik sih!!!

Harga RM 48 + postage RM 6.  So total RM54.  ok dak, harga tu?

bes aje beli dari website aidijuma nih..respon sgt pantas. syabas beteh..keep up a good work! cewaahhhh..kecek omputih konon..

ok lah..stop for now. happy reading..tu pun kalau ada pembaca lah..hikhik

16.8.13

526 : kes suami pukul isteri

video suami yang pukul isteri dalam lif tempohari kian tersebar. almaklum lah, skrg zaman canggih..apa pun boleh tersebar dgn pantas. Apa tah lagi kalau benda jahat kan.. pagi tadi dengar berita, khabarnya si suami telah pun menyerah diri kpd pihak polis selepas beberapa hari di buru..(ish..buru..mcm binatang plak) emm..tak tahu nak komen hal ini. tak tahu kenapa si suami tu boleh hilang kesabaran sampai begitu sekali..klu ye nak lempang bini pun..tggu ler dalam bilik malam hari ke..subuh ke..ish... moral of the story..sekiranya ada para isteri yang membaca blog aku ni.. mari lah kita sama-sama panjatkan kesyukuran pada ilahi di atas jodoh yg diberikan kpd kita..meski pun suami kita tak ensem..tkde duit berkepuk kepuk..yang penting..suami kita tu bertanggungjawab..penyayang..ambil berat pasal kita dan anak-anak..itu dah cukup baik kan? jgn komplen banyak2 ye..mulai dari harini kita kena bersyukur kerana suami kita bukan kaki pukul mcm ni..klu dpt yang mcm ni..adus...TAPI jgn salahkan takdir pulak, sesungguhnya setiap yang berlaku itu, ada hikmah di sebaliknya yang kita tak tahu.. habis manis sepah di buang..patutlah ada pepatah mcm ni ye. saya rasa byk lagi kes yg sama mcm ni berlaku, tapi kita tak tau..sbb tkde video. kesian kan..kan.. nasib lah org perempuan.. ada ke org laki kena dera mcm ni?...klu ada nak jugak tgk video nya..




525 : Puasa 6 di bln Syawal

Salam Sejahtera adik, kakak, abang, pokcik, mokcik dan mereka mereka yang sewaktu dengannya..

hari ni dah hari ke-9 kita beraya, mesti ramai yg pi open hse sana, open hse sini..tak abis abis dgn agenda makan sampai kenyang kan? mujurlah Aidilfitri tu setahun sekali, kalau sebulan kali...i kenot imejin u olss!

tapi kan..rasanya ramai juga yang sedang berpuasa 6 di bulan syawal ni..bagus lah kan..banyak kebaikkan nya kita berpuasa ni..lagipun baru je lepas berpuasa Ramadhan..mood puasa tu masih lagi ada, elok sgt lah kalau kak ton kak ton semua berpuasa kan..eh..ckp orang, diri sendiri tak nak pose ke? kesian gak kat perut kita ni siang malam bekerja tanpa henti, maklum lah..raya kan..agenda makan everywhere...oopsss.

Puasa enam ni boleh dilakukan di sepanjang bulan Syawal..kalau tak larat berterusan boleh di buat berselang seli, tapi yang afdalnya buatlah berterusan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal..boleh ko bedah, puasa gitu??

Sy terjumpa satu hadis tentang puasa..sila baca hokey..

Puasa sebulan ramadhan sama seperti kita berpuasa 10 bulan manakala puasa 6 hari di bulan Syawal umpama kita berpuasa 2 bulan.  Maka bermakna (kamu) telah pun berpuasa selama setahun iaitu 12 bulan. -(Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

ee..bes kan, mmg banyak pahala nya..so..tunggu apa lagi..jom puasa!!!

13.8.13

524 : Syawal 2013

Assalam..
Rasanya masih belum terlambat nak ucap Selamat Hari Raya kat u ols kan..

Tahun ni i beraya di sebelah suami iaitu di Kelantan..Pantai Timur..ada ke org kelantan baca blog ni? hahahha

tahun ni gambar beraya pun tak ada..sian tak?

ok ye..rasanya cukup sampai di sini dulu..mcm tkde bende nak update huhuhu