26.9.13

536 : akan naik lagi

dengar berita radio pagi tadi, petrol Ron95 akan dinaikkan lagi harganya dalam masa terdekat ini. berderau darah mendengarnya. kejam nya pemerintahan sekarang ni. sekarang pun rakyat dah tak cukup makan..sampai ramai yang merompak menyamun..tk ada ke rasa belas kasihan kepada rakyat, menzalimi rakyat..kejam..emmm...apa lah nak jadi. Ya allah ya tuhan ku berikan lah petunjuk dan hidayah kepada 'mereka mereka itu'..supaya cepat insaf dan bertaubat..amin~

19.9.13

535 : Curi

Ada kes kecurian di tempat kilang aku bekerja ni. Dalam tahun ni dah 2 kes beerlaku, dah 2 org pekerja merasa terkurung dalam lokap polis. Yang sedih nya mereka sebangsa dengan ku..malu pun ada..asyik bangsa ku jugak yg buat hal..emmm. Kenapa agaknya, mungkin sara hidup kini tinggi, ramai yang nak hidup senang, tapi dengan cara mudah. Hingga mereka lupa, 'sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua'. Nauzubillah..semoga kaum keturunan ku, di kalangan org yang beriman dan baik-baik belaka ~ Amin!

12.9.13

534 : wartawan dipecat

terbaca berita tentang seorang wartawan yang ditamatkan perkhidmatan nya atau dalam erti kata lain dibuang kerja akibat tersalah menyiarkan Logo PDRM. sian kan..hati-hati la lain kali bila buat kerja, kena semak berkali-kali...sedikit buat silap dah melayang periuk nasi..tapi tak apa lah, rezeki itu milik allah, dan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya yang kita tak tau. rezeki ada dimana-mana. moga wartawan itu lebih berhati-hati di masa hadapan dan bertabah lah.. cuma sedih jer..kesilapan sebegini tak boleh dimaafkan ke? sedangkan ada yang melakukan 'kesilapan' atau 'kesalahan' yang lebih hebat..tp bebas tanpa sebarang hukuman..allah maha mengetahui kan, siapa lah kita utk mengadili? assalam~

4.9.13

533 : tukang cuci

harini di pejabat kami di kejutkan dengan seorang tukang cuci baru. yang lama tu dah benti keje. ha ha ha..staff pempuan senyum senyum sendirian...sebab nya...mak aiiii..cantikkkkkkk bukan main. maka nya..jatuh lah saham kami yang lain nih..wakakakaka

3.9.13

532 : jom naik beskal

dia naik lagi # asyik naik sesaje # kesian rakyat jelata # org yang senang akan terus senang # org yang susah, tak akan senang-senang # memang rezeki itu dari allah # tapi kenapa harus biar kan diri dizalimi..# rakyat dayus kah kita?? (terbantut semangat kemerdekaan ku) (patut ler sambutan merdeka tahun ni hambar sekali)