25.10.13

544 : bajet 2014

bajet 2014?

aku dengar gitu gitu jer..

antara yang aku dengar,

BR1M di naikkan..aku??

duit bantuan sekolah RM100 diteruskan..dapat la aku RM200 thn depan. alhamdulillah...senang lah aku tahun depan kan..rezeki tu..

bonus untuk penjawat awam, setengah bulan...aku..Bonus jerawat ada lah..

lagi?

apa yang aku dapat ek????

23.10.13

543 : banjir di CH

teruk jugak banjir kilat yang melanda Ringlet Cameron Highland ye. bila air di empangan di lepaskan, tiba-tiba sungai bertam menjadi melimpah ruah sehingga ada yang maut. mujur yang maut tu rakyat asing, Bangladesh + Indon.  tapi kesian la jugak kan, dtg merantau ke negara orang, tup tup menemui ajal dgn cara mcm ni.  dah jd ketentuan ilahi..bkn boleh di halang pun.  byk rumah yang rosak, kereta pun byk rosak.  cuba bayangkan kalau masa tu kita sedang bercuti di sana..serems gak tuh.  jalan jadi sesak sekarang. selalu pun dah memang sesak, bila dah jadi mcm ni, akan bertambah sesak la. mesti banyak tanaman juga musnah.  tahu aje lah, CH..di sana sini terdpt org menanam sayur etc..takdir. bila musim ujan macam2 kejadian yg tidak diingini berlaku ye.  ipoh ni pun tiap hari hujan, pagi petang. kain yg di cuci pun payah nak kering.  jgn silap ye, saya bukan merungut, jauh sekali nak mengkomplen..hanya sekadar berkongsi cerita.  semua nya datang dari allah s.w.t.  cuma, minta dijauh kan dari bala bencana yang tidak diingini sebegini.
 


542 : merpati 2 sejoli

suka tengok pasangan yang baru berkahwin ni. macam sungguh serasyi bersama, harapan semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke hujung nyawa. meskipun ada perbezaan umur tapi nampak macam sepadan.  ye la, Fiza ni memang cantik orang nya..pakai apa pun dia tetap cantik.
 
 


 
gambar ni curi dari beautifulnara. ampunnn...
 
sebab terlalu suka tengok pasangan pengantin ni, saya copet gamba2 ni dari blog beautifulnara.  supaya dpt menjadi kenangan di blog saya pulak.  sharing is caring kan bro...hikhikhik..

17.10.13

541 : cerita raya haji ku

dah 3 hari kita menyambut aidul adha ye. pagi tadi masih lagi kedengaran takbir raya dari surau belakang rumah. sayu lah jugak..teringat akan arwah mak dan bapak yang dah lama pergi. dah lama tak beraya dengan dia org, tiba2 rindu, sendu, syahdu..lalu ku sedekahkan al-fatihah buat mereka, moga sentiasa dicucuri rahmat keatas nya..
 
raya haji tahun ni seperti biasa, balik kpg sekejap jer sebab pagi tu asben ku sibuk dok join geng-geng yang mengerjakan lembu utk korban. hampir waktu zohor baru selesai, sebab tiap tahun di kawasan tmpt aku tu, ramai yang berkorban, so, lembu nya byk ekor. lewat lah baru siap, itu pun mereka dah siapkan kumpulan kumpulan tertentu dgn tugas masing2.
 
pada pagi raya tu..aku mmg tak masak apa2 sbb standby nak balik kpg after my asben finish potong lembu tu semua. malas nak kotorkan dapur kononnya. nak beli pun, paham2 ler... mana la ada org berniaga jual nasi lemak kan..satu raya la katakan.  anak aku suggest pegi kat restoran mamak 24 jam..sih..totop jugak kau. akhirnya ternampak sebiji cake shop buka. so, apa lagi, kami terjah. maka brekpas kami pagi tu, ada lah roti-roti dan cheese kek. sempena adil adha, kedai kek ni beri 40% disc utk semua kek2 yang dijual. pe lagi..rembat la.  orang pagi2 raya makan lemang n rendang tapi kami makan cheese kek. kelakor.  anyway, memang aku bukan seorang peminat tegar si lemang..tkde pun tk kira masalah pada aku. kalau ada tu... aku mkn ler sepotong dua.
 
dalam lebih kurang pukul 12.45 baru lah suami aku selesai. kami pun balik la ke kpg sekeluarga. di kpg bukan ada siapa pun, cuma kakak aku jer.  dia masak lontong, ada le lemang n redang yg dia beli, bkn buat sdri pun.  ada sedikit nasi impit pemberian anak2 buah. tu pun dah mkn smpi kenyang terbuntang.  bila nak kuyusnya mcm nih????

yang paling besnya raya haji ni, menu masakan kat umah seminggu lah berasaskan daging. daging sup, daging msk merah, daging masak itam, daging kicap, daging masak daging????? emmm..darah yg rendah pun boley jadi tinggi mcm nih..mujur raya haji setahun sekali. kalu tak, dah berbau lembu ketiak kita semua..kihkihkih..
 
ok..jmpa lagi di lain entri.  takde pic la tuk raya haji ni. aku balik kpg pun pakai jeans jer, sbb dah lewat. malas nak pakai baju raya bagai..

11.10.13

540 : Raya Haji

selamat hari raya aidil adha. kepada yang menjalani ibadah haji semoga mendapat haji yang mabrur.

kepada yang menjalani ibadah qurban pulak..alhmdulillah..sesiapa yang ada rezeki lebih-lebih tu elok sangat lah bersedekah ye dak..peringatan tuk diri sendiri juga.

kepada yang dah mula nak bercuti esok mungkin,berhati-hati ketika di jalanraya ..eh pendek kata, berhati-hati di mana mana sahaja anda berada.  semoga selamat pegi dan kembali.

untuk aku..tak kemana, mungkin balik kampung sekejap sebab cuti tk banyak pun. lagi pun aku mmg tak buat apa2 persediaan tuk raya ni..baju baru pun tk beli, kuih muih pun xde.

walau apa pun 14hb memang aku dh start bercuti dan 16hb keje semula..best!

7.10.13

539 : contest



ok nak citer sket pasal kotak-kotak or kami panggil cube untun menatang kat bawah ni. kami pekerja di sini diberi tugasan untuk mendekorasi cube-cube ni juga dgn diri kami sendiri se kreatif yang boleh.  tangkap gambar bersama cube2 ini dan pastu send ke bahagian media syarikat.  Pertandingan ni adalah sempena meraikan hari tertubuh Syarikat kami 110 tahun..seluruh dunia.  Plant tmpt aku keje baru 30 thn jerk.



ok. di sini ada beberapa keping gambar yang berjaya kami tangkap. tapi belum di edit utk contest tu. semua nya masih original.  skrg kan macam macam teknologi ada..yg gemuk leh jd kurus..yg hodoh leh jadi cantik..yg itam leh jadi putih.  Itu lah yg akan kami lakukan utk foto-foto ni semua.  Akan kami cantik kan sebaik mungkin.





 hadiah utk pertandingan ni..biasa-biasa aje. hamper. bukan nya berjuta jutaan rupiah..dia ada 2 kategori. single and group.  Lima terbaik akan dipilih. Tarikh tutup penyertaan ada 15 Oktober 2013.  Di samping itu ada juga beberapa syarat yang perlu kami layan..Layannnn je lah kan..suka suka!




6.10.13

538 : L.A kopiko

gambo pinjam pakcik gugel..minta izin ye

assalam

mesti korang selalu tengok iklan kopi kat atas tu kan. dah nama nya aku ni manusia biasa..boros plak tu..bila tengok je mende2 baru di iklan pastinya hendak mencuba.

tengok iklan, Scha Al-Yahya dgn Awal Ashaari..sedap beno nampak laki bini tu minum. bikin kepingin.

1st round haritu cari kat Tesco..tkde jual. so, tak de la beli, maka tak dapat la minum.

mggu berikutnya pegi sopping groceries kat Tesco lagi..tiba2 ternampak kopi ni..emmm..cepat cepat la rembat..RM 13.90.  balik terus minum..hahahhaha

indah khabar dari rupa. pada tekak aku, tidak lah sesedap mana pun. aku lebih suka white coffee old town. lebih terasa kopinya. L.A kopi ini bau agak keras tp tak cukup kaw kopinya. aku kasi 2** aje.

tapi tekak orang lain-lain. Mayb ada yang suka kot..tapi sy tak suka. Rasa nya mmg tak repeat beli.


2.10.13

537 : Lively clean & Fresh

opocotttt..tetiba plak keluar gambar botol kaler ijau ek..apa ada dlm botol..anu? eh..bukan..toyol? hahahha

ok lah..assalam! salam sejahtera to all readers? got meh???

nak cerita pasal shampoo yang bagus nih..utk muslimah2 bertudung. biasa dengar iklan je kan..betul or not, tak tau lagi..

tapi..kali ini..nak cerita kisah benar pasal shampoo ni sebab sy dah gunakan hampir 3 botol..3 bulan lah agaknya..mayb..

kepala sy ni mmg jenis berkelemumur..ataupun 'ketombe'.  jenis yg kritikal, bukan sikit-sikit tau..jenis tebal yang adakalanya rasa mcm nak gila 'gatal' menggaru garu smpi mcm ada kutu..

apa tah lagi kita bertudung..adakalanya rambut belum kering betul..terus sarung tdg kat kepala kan..tu yang kulit kepala tambah jadi tak sihat.

sebelum ni sy guna Selsun Blu..shmpoo ni pun ok juga..sgt2 ok, cumanya sy tak berapa suka dgn bau dia.

setelah mencuba shampoo sunsilk Lively Clean & Fresh ini..wahhhh..memang lega..kepala tidak lagi gatal mcm dulu..rambut pun lembut, senang nak sikat.  Alhamdulillah..sy suka shampoo ni..harga pun ok. 400ml cuma RM11.90 (harga Tesco, tmpt lain sy x pasti plak).
Shampoo ni diperkaya dengan Vitamin Citrus Complex..amat menyegarkan kulit kepala. 

Kalau tak percaya , cuba lah.  Rasakan keajaiban nya sendiri.  Sy buat review ni, ada lah berdasarkan pengalaman sy sendiri..