26.12.13

554 : Farewell org pencen muda


Yang ini tragedi farewell utk seorang kawan kat tempat kerja.  Dia ambil pencen awal umur 55 tahun.  Tak larat nak kerja sampai umor 60 thn katanya.




                                         Kami di jamu dengan KFC.  Dia yang belanja.
Yang pakai baju hitam tengah senyum tu, itu lah orang nya.  Tak nampak mcm umor 55 tahun pun.  Nampak muda.  Saje je dia tk mau kerja smpi umo 60 thn pada hal sihat je lagi pun.  Dia ni salah sorang model Yun Nam Hair Care..ditaja khas oleh Yun Nam tau..tengok la rambut dia tu...hehehe

553 : Santai di betin, Tanjung Kepah Lekior

Update kali ni kejadian yang berlaku pada 25hb lepas..cuti Xmas.  Aku balik kampung, kebetulan pulak ada gedering grup fb (Grup Anak Lekir) di pantai tanjung kepah.  So, ada ler sikit gambar utk menjadi kenang kenangan.

Tanjung Kepah ni laut air masin..berselut, maka di situ ada la, kerang siput gayam, siput sudu..ghemeh..pendek kata ada bermacam2 jenis siput, yang tak tau nak aku nama kan.  dulu masa kecik2 bila musim cuti sekolah macam ni, selalu je naik basikal pegi ke sini.  Seronok..maklum ler, zaman anak-anak, semua mende yang kita buat rasa seronok..


 Ini ler ghuper siput ghemeh



 Ini lah rupa keadaan pantai masa tu..air surut..kering..maka yg nampak hanya lah selut dan rumpun paya bakau.


Di pantai ni boleh juga nak cari siput..ghemeh nama nya.  Korek dlm pantai tu..keluar ler dia.  Tapi smlm siput yang ada agak kecil..

1.12.13

552 : Char Cheer


haa....ini lah hobi baru aku. menjak dua menjak ni dok ketagih nak makan mende ni aje. sehari satu bungkus..wajib...nape ek..

brand yang aku suka yang ni la..Char Cheer.  Ada jugak aku beli brand yang lain namun tidak memberangsangkan..yang ini..wow wow the best.

dia garing, rangup, masin-masin manis...

cheers!