5.4.19

599 : Pantai Remis


Ini cerita kakak minggu lepas.  Pergi melawat anak buah bersalin kat Pantai Remis kisahnya.  Sambil melawat tu, terus lah merayau-rayau di sekitar kampung nelayan di situ.  Bes tau, pertama kali melawat kampung nelayan, tempat berehat di tepi tepi muara sungai gitu sambil  makan ais kacang & cendol. Perghhhh layannnn…


dah ler cuaca panas lit lit haritu..tak sampai 5 minit habis dah cendol kena hirup. naik pening kepala terkejut..ha ha ha

Pusing-pusing kampung nelayan, sambil naik motor memang suatu kenangan indah.  Mula-mulanya hajat nak singgah beli ikan.  Tunggu orang naik dari laut, segar-segar ikan dan udang.  Murah pulak tu..apa lagi rembat ler..

Lepas tu baru jalan-jalan ke tepi laut, sessi fotografi pulakkks..tau aje lah, kakak memang suka bab tangkap gambar ni..kenangan..dulu2 ada album tapi sekarang semua gambar kenangan disimpan di dalam medsoc..hmmm

Itu je lah cerita kakak kali ini ye..bai







No comments:

600: Garlic Complex

Salam Sejahtera, Nampak tak gambar kat bawah tu..yessss Garlic Complex Shaklee Harini kakak nak cerita pasal Garlic Complex ni Rama...