Showing posts with label Apa-Apa Aje. Show all posts
Showing posts with label Apa-Apa Aje. Show all posts

20.9.19

601 : Fenomena Jerebu

Salam Semua, Dah lama tak berblog..

Sekarang kita semua tahu  dengan masalah jerebu yang dah berminggu-minggu belum ada jalan penyelesaianya..Ye, selagi tak diizinkan Allah, semuanya tak akan pulih..Tapi..Tapiii..kita kena lah berikhtiar bagi berusaha mengatasi setiap masalah..Bukanlah duduk diam goyang kaki aje..Macam tu..Tuhan pun tak suka..

Secara ringkasnya, di bawah ini ada beberapa langkah-langkah bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu.  Almaklumlah, bila jerebu, kita semua mudah mendapat sakit,  sakit kepala, sakit mata, batuk-batuk dan macam-macam lagi.  Yang paling kita risau ialah kanak-kanak dan mereka yang ada masalah Asma dan Sinus, jerebu amat memberi kesan kepada mereka ini..

 
Di bawah ini adalah penerangan mengenai tahap indeks pencemaran yang perlu kita tahu, yang mana satu tahap bahaya dan yang mana satu tahap tidak kritikal..Jangan ambil mudah ye..





Selain  itu kita juga perlu meningkatkan tahap imun badan kita supaya tidak mudah terkena penyakit.  Saya sebagai seorang SID Shaklee yang sah, ingin memberitahu bahawa Nutriferon dapat membantu meningkatkan system imun badan kita..Jadi, ianya amat sesuai diambil ketika cuaca berjerebu sebegini..Tak perlu ambil tiap-tiap hari memadai diambil selang sehari atau seminggu sekali, bergantung pada tahap kekuatan badan seseorang..





Ok lah...tak payah membebel panjang..
Sesiapa yang nak beli produk Shaklee boleh roger ye..012-5150082

Nak ikut fb saya : Rozita Mohd Hasan
IG : rmhrozita

7.3.14

555 : Matlamat tak menghalalkan cara

dah lama tak update blog ni..bukan aje bersawang..kerawang, bawang, semua ada..
memang skrg ni meskipun baru masuk bulan ke3 dlm tahun 2014, namun byk benda yang tak berapa enak di dengar, dialami..berbanding dgn thn2 yang lalu.  dengan cuaca yg agak panas keterlaluan...ini semua adalah hukuman tuhan buat kita..yg dh byk tersimpang jauh dari suruhan nya..mungkin!


Sy suka ayat Imam yang di bawah ini :-


"Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja... Lepas itu nak bawa naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang.
"Jangan cuba menghalalkan yang haram!," tegasnya lagi


Nak cerita lanjut..baca artikel di bawah..(mungkin ada yg dah baca pun) :))

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hanez-suraya-ditegur-imam-1.257727

25.11.13

551 : angan-angan

angan angan? korang penah tak berangan? mesti pernah kan?

ntah la nape ye..aku ni jenis orang yang tak suka berangan angan..dan pendek kata, payah sekali aku berangan-angan atau bercita cita..

bak kata orang...orang yang tak suka berangan atau tidak bercita-cita ni, tak de masa depan, betul ke? mungkin jugak kot..tu pasal agaknya kehidupan aku tiada kemajuan..tiada perubahan..macam kat takuk yang sama aje sepanjang masa..emmm

lantak la..tak mau fikir.  mungkin tuhan dah lahirkan aku mcm ni kot..aku tetap bersyukur dgn diri aku skrg ini...alhamdulillah.

mungkin juga aku takut dgn kekecewaan.  sebab nya bila kita berangan, seolah olah kita amat mengharapkan sesuatu itu kita perolehi..dan jika tidak dapat, kita akan kecewa. 

lagi satu..mungkin aku tak mau jadi mat jenin..kang tak pasal pasal jatuh dari kerusi ofis nih...wakakkaka.
comey tak ai?
macam comey jer..macam comey jer...

15.11.13

548 : Cuti sekolah bermula

yeayyyy!! arini last sekolah..

ish..ish..apsal aku plak yang happy, mcm la aku masih budak sekolah or cikgu cikgi. aku kan pekerja kilang je..apsal kau happy hari skolah last..?.nahas betul..
 
sampai lupa nak bagi salam kat blog readers..Assalam..
 
sebagai sorang mak pun sebenarnya seronok bila cuti sekolah panjang cenggini.  tak le kelam kabut pagi-pagi lagi. bila time cuti gini terasa macam ada le sikit masa terluang waktu subuh.  selalu bangun kul 6am boleh lah lewatkan sikit..smpi 6.15 gitu.  tkde la lewat sgt, nanti tak sempat plak nak solat subuh..lain cerita jadiknya.
 
arini last persekolahan bagi tahun 2013. pejam celik pejam celik udah setahun berlalu.  sungguh pantas masa bergerak kan..umur akan meningkat setahun lagi tahun hadapan.  semakin hampir juga dengan hari kematian kita...adush..serems neyh...
 
masa cuti sekolah panjang ni la mak pak nak tarik napas lega..tk perlu hantar ambik anak ke sekolah..pendek kata..relax la sikit kan..cuma nya tak lama lagi nak kena keluar duit pulak bila sesi 2014 nak bermula..
 
cikgu cikgi pun mesti best bila cuti dah bermula kan...orang kawen pun ramai gak cuti-cuti cenggini..gantung periuk lah kita..duk makan nasi org kawen tiap minggu.
 
kepada yang berkemampuan jangan lupa bawa anak2 makan angin..tk mmpu luar negara, dalam negara pun ok juga.  negara kita pun tak kurang juga indah nya..cuma kadar penjenayah jer yg agak menyeramkan..doa lah byk2 semoga kita selamat..ye dak?
tengok betapa happy nya dia org bila dh nak cuti...gambo aku curi kat gugel..minta izin ye!
 
cheers!!
 
Happy Holiday to school children and cikgu cikgis...

5.11.13

546 : Hijrah 1435

Salam Maal Hijrah 1435H.  Selamat Menyambut tahun baru hijrah untuk kaum muslimin & muslimat.  Bila cakap pasal hijrah mesti automatik dalam hati kita berniat atau berazam untuk berubah dari yang tak berapa baik kepada yang sebaik-baik nya.  Insya-allah,mari lah kita sama-sama berusaha untuk merubahkan diri kita hari ini lebih baik dari semalam. Kalau tak dpt banyak, sedikit pun jadik lah.
 
Siapa tak nak jadi orang baik kan? Jom beramai-ramai kita berhijrah...berubah ke arah kebaikkan.  Cuba kita fikir sejenak, semakin banyak umur kita, adakah kita banyak juga kita melakukan kebaikkan atau pun sebaliknya.
 
Assalam~
 
 

26.9.13

536 : akan naik lagi

dengar berita radio pagi tadi, petrol Ron95 akan dinaikkan lagi harganya dalam masa terdekat ini. berderau darah mendengarnya. kejam nya pemerintahan sekarang ni. sekarang pun rakyat dah tak cukup makan..sampai ramai yang merompak menyamun..tk ada ke rasa belas kasihan kepada rakyat, menzalimi rakyat..kejam..emmm...apa lah nak jadi. Ya allah ya tuhan ku berikan lah petunjuk dan hidayah kepada 'mereka mereka itu'..supaya cepat insaf dan bertaubat..amin~

12.9.13

534 : wartawan dipecat

terbaca berita tentang seorang wartawan yang ditamatkan perkhidmatan nya atau dalam erti kata lain dibuang kerja akibat tersalah menyiarkan Logo PDRM. sian kan..hati-hati la lain kali bila buat kerja, kena semak berkali-kali...sedikit buat silap dah melayang periuk nasi..tapi tak apa lah, rezeki itu milik allah, dan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya yang kita tak tau. rezeki ada dimana-mana. moga wartawan itu lebih berhati-hati di masa hadapan dan bertabah lah.. cuma sedih jer..kesilapan sebegini tak boleh dimaafkan ke? sedangkan ada yang melakukan 'kesilapan' atau 'kesalahan' yang lebih hebat..tp bebas tanpa sebarang hukuman..allah maha mengetahui kan, siapa lah kita utk mengadili? assalam~

3.9.13

532 : jom naik beskal

dia naik lagi # asyik naik sesaje # kesian rakyat jelata # org yang senang akan terus senang # org yang susah, tak akan senang-senang # memang rezeki itu dari allah # tapi kenapa harus biar kan diri dizalimi..# rakyat dayus kah kita?? (terbantut semangat kemerdekaan ku) (patut ler sambutan merdeka tahun ni hambar sekali)

28.8.13

531 : Medeka - 56 thn

assalam..

saje nak update blog nih..

saje nak ucapkan "Selamat Hari Kemerdekaan
kepada semua rakyat Malaysia.  kepada yang bukan rakyat, pun juga kena sambut sebab korang datang sini, cari makan kat sini..kena lah kenang jasa Malaysia ye..

sedar tak sedar sudah 56 thn kita merdeka, tapi benarkan kita 'merdeka'..fikir-fikirkan lah :))

tanya pada diri kita,

apa jasa pada Negara,

apa jasa pada Bangsa,

yang penting, APA JASA KITA PADA DIRI KITA SENDIRI?

kalau pada diri sendiri pun tk pernah berjasa..maka nya, secara tidak langsung, payah lah untuk kita membuat jasa pada yang lain-lain..emak bapak, adik beradik, suami, anak-anak..dll.

sekian..jgn lupa kibarkan jalur gemilang kat bumbung umah..bumbung kereta..
nak pakai tdg jalur gemilang pun boleh..tak salah pun...polis tak tangkap..

tata~

24.8.13

530 : 2 cerita

yang pertama sekali nak ucap terima kasih pada Pen Biru yang baru follo blog usang ku ini


tak habis habis lagi dengan OH sempena raya ni ye..sampai bertingkek tingkek perut dok makan aje kerjanya.  pendek kata ada yang sampai kena jemput 3 4 buah rumah pada suatu hari..can you imejin..betapa rezeki itu dtg bergolek golek?

itu lah beza nya zaman skrg..klu tak buat OH org tak datang la beraya ke rumah kita.  tak mcm zaman mak pak kita dulu..bila raya jer..habis seluruh kpg kita jelajah..tk kisah lah org tu nak hidangkan apa sekali pun..air kosong dgn kuih muih pun ok dah..dulu-dulu duit raya ang pau tu smua pun xde.  yang penting bagi mereka dpt berjumpa bermaaf maafan berpeluk pelukan utk mengeratkan lagi silaturahim..dan yg paling penting..minta maaf..0-0. 

zaman dah jauh berubah..tanpa kita sedari..adat kita juga telah berubah.

ok habis cerita raya...

cerita kedua..

dah byk kali aku tengok skrg ni kucing apabila nak membuang air besar..TIDAK lagi mengorek pasir atau tanah..atau apa apa je lah.  Kucing zaman skrg..just berak je merata-rata kat mana dia org suka. krmudian tinggal kan je mcm tu. cuba korang perhatikan.. 

benar lah..semua dah berubah sekarang. mungkin juga sbb kucing zaman moden ni dah tak di ajar mengorek or mengais lubang utk membuang najis....cuma silap mak kucing tu tak beri anak dia pakai pampers..tu yg berak merata-rata..

semua dah berubah termasuk aku..dulu aku muda..skrg dah tak berapa nak muda lagi..

hahahah......

24.6.13

521 : jerebu

hi assalam..

jerebu dah mai dah
harini ipoh pun dh nampak balam balam saje
suasana nampak keruh dah..

segera pi beli mask
dengar cerita stock mask kat guardian dah tkde..
kat lain farmasi tatau lah ek..

gunakan mask yang betul..
jangan guna yg salah ok..mcm kat bawah nih~


(gambar dari pakcik gogel..tkde kena mengena dengan saiz sesiapa..yg hidup mau pun yg telah tiada di dunia ini)

pak PM kasi lah perintah berkurung 1 Malaysia..semua tk payah kerja, sekolah..seminggu. kan besh..

26.2.13

515 : jodoh pertemuan itu di tentukan oleh Nya..

harini terbaca dalam metro..akhirnya che Ta a.k.a Rozita Che Wan..(sama ngan nama kita..tawww) membuat pengumuman akan berkahwin dgn Zain Saidin, bulan Julai ini..

tiba-tiba terfikir..perbezaan umur yang agak jauh..bahagia kah mereka? zaman skrg ni ramai yang ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w ye..yang perempuan kahwin dengan lelaki muda..yang lelaki kawin lebih dari satu..alhamdulillah.  di harapkan mereka dapat melakukan yang terbaik di dalam perkahwinan mereka, kerana semua ini akan di hitung di akhirat kelak..kita doakan yang baik-baik aje lah ye..juga berdoa untuk diri sendiri..semoga diberi kesejahteraan dunia & akhirat.

harini juga terbaca kes Rita Rudaini..dgn pasangan nya..emmm..sedih pun ada.  bila kita sudah tidak di perlukan lagi...kita di tinggalkan..mungkin ada hikmah di setiap yang berlaku ini..semoga Rita lebih tabah di dlm menghadapi dugaan allah ini..kumbang bukan seekor..meski pun kata Rita "hanya saya saja yang tahu bagaimana perasaan sayang saya pada..suami nya itu"..ish..ish..
bila dah ada pengganti..kita pun di lupa kan lah..nasib lah wahai kita..org perempuan..

em.....

7.2.13

512 : Tips itu ini begitu begini!

Nak share beberapa tips yang saya dapat dari email.  Sharing is caring kan..

1) Jawab telefon dengan telinga kiri (sian telinga kanan kan

2) Jangan makan ubat dgn air sejuk peti ais tu..guna air suam suam kuku kata org tua-tua

3) Jangan mengambil makanan berat selepas pukul 5pm. Maknanya kalau nak ambil dinner, hanya makan makanan yang ringan..kapas ke sponge. Kertas ke..jangan nasi tau..batu pun jangan..

4) Minum air banyak-banyak di waktu pagi dan sedikit-sedikit di waktu petang

5) Masa yang baik utk tidur ada lah dari 10 malam hingga 4 subuh. Jangan tidur sampai 12 tengahari..sungguh-sungguh tidak baik hokey

6) Jangan terus baring selepas memakan apa-apa ubat.  Supplement ok kot..Takde plak cakap kat email tu..

7) Kalau bateri henfon korang dah nak abis..tinggal cam satu bar gitu..jangan answer call sebab kesan radiasi nya adalah 1000 kali ...emmm..

Sekian..Selamat Tahun Baru Cina..untuk org Cina saje..

31.1.13

510 : Air oh Air




cantik kan gambar air tu. saya curi dari pakcik gugel..siap ada love lagi kat situ..how nice this pic..credit kepada sape yg ambil gambar ni..

harini macam nak cerita pasal air..dalam Islam pun ada berbagai-bagai jenis air.  rasa nya korang pun dah tau : Air Mutlaq, Air Musyammas, Air Musta'amal dan Air Muqayyad.  Kesemua air-air ini mempunyai hukum-hukum nya tersendiri.

Tau tak berapa banyak air yang diperlukan oleh badan kita seharian? Ye, 2 hingga 2.5 liter sehari.  Banyak tu..susahkan nak minum sebanyak itu, tapi kalau kasi coca cola, fanta atau 7up..emmm..senang je nak minum kan..kan..saya tak kata orang lain, saya kata diri saya sendiri.. :)

Tanpa kita sedari setiap hari kita badan kita akan kehilangan air melalui pernafasan, kulit/peluh dan juga proses pembuangan air kecil.  Sebab tu la kita kena gantikan semula.  Air ni sangat perlu supaya tidak berlaku nya dehidrasi.

Sebenarnya ada beberapa cara minum air yang menyihatkan. Senang nak buat, tapi biasalah..malassss
- minum 1 gelas air dengan 3 kali teguk
- jangan bernafas atau menghembus nafas ke dalam gelas semasa minum
- jangan meniup air putih yang kita minum seperti minum air panas
- minum segelas air putih ketika bangun dari tidur
- jangan lupa baca Bismillah.setiap kali makan dan minum..hahaha..(ni pun nak pesan ye..

Ada beberapa tanda jika badan kita kekurangan air
-mulut kering & lidah bengkak
-air kencing warna kuning pekat
-sukar buang air besar (aku la tu
-mudah penat
-pening, dan mungkin ada banyak lagi..

Pastikan botol air putih diletakkan hampir dengan tempat kita bekerja supaya senang kita capai dan terus minum.  Bawa dan letak kan dalam henbeg atau kereta.  Sambil2 shopping boleh minum air putih.  Jangan lah bila terasa haus..singgah kedai pi beli coca cola sejukkkkkkkk, menyegarkan..ahahaha (aku la tu
ini gambar botol minuman baru dari AVON. Hello Green Bottle. Isi kandungan 1.5 litre.  Cukup utk 8 jam waktu bekerja.  Penutup yang ketat, boleh diletakkan bertingkat-tingkat dalam peti sejuk sambil menjimatkan ruang & berkualiti tinggi.  Yang penting selamat digunakan.

Sebiji hanya RM23.90. 
Dua biji RM 39.90.

Boleh check kat AVON butik berhampiran anda. Nak pinjam no akaun pun boleh. SMS 0125150082.

Sekian..

27.11.12

494 : boros vs bazir

tertarik dengan pengertian ini :-

# BOROS ialah membelanjakan pada sesuatu yang patut tetapi dengan lebih daripada yang sepatutnya,

manakala;

#MEMBAZIR ialah membelanjakan sesuatu pada yang tidak sepatutnya..

jelas..ada perbezaan kan..

fikir-fikirkan, anda di dalam kategori yang mana satu? sila pilih...

1.2.12

18.1.12

428 : Happy CNY & Slmt becuti

dah lama benar tak mengapdet blog ku ini..ketandusan idea..kekeringan cerita

tahun baru cina semakin hampir...sudah kedengaran sekali sekala bunyi mercun...aku sangat suka dengar bunyi mercun..tak kira lah mercun jenis apa...tak kira lah perayaan apa...aku suka..suka...suka main mercun juga..(itu masa anak2 dulu la..)

CNY kali ini cantik sekali..cutinya
sabtu, ahad, isnin, selasa...4 hari tu
mesti ramai yg merancang utk bercuti-cuti m'sia juga..
jalanraya akan sibuk...kereta berpusu-pusu..
ini perkara biasa yg kita tengok bila tiba musim perayaan

Selamat Bercuti Semua! (aku sambung cuti lagi 2 hari pada 25hb & 26hb, macam aku pulak yang nak raya ye)

31.12.11

427 : Slmt tahun baru

Dah lama tak apdet blog yang ini

selamat tinggal 2011

ketemu 2012..

apa kejayaan dalam tahun 2011? tak ada apa2..

apa azam tahun 2012? tak ada apa2..

30.4.11

409 : May - Selamat Hari MAmA

bulan Mei ni ada lah bulan Menyambut hari Ibu..

Anda, mama yang mana??

# Mama serba sempurna
Mahu segalanya sempurna di mata; suami, anak-anak dan rumahtangga

# Mama sukar dijangka
Memang suka mencipta situasi kurang senang di kalangan anak-anak. Moodnya sekejap bagus, boleh pula bertukar sekelip mata. Sengsara anak2 dibuatnya

# Mama "aku yang utama"
Mementingkan diri sendiri. Kerjaya dan kejayaan diri paling utama. Anak-anak sudah jatuh nombor 2

# Mama menyelenggara
Mendidik anak2 dengan pengetahuan lengkap agar tidak tercicir dlm pancaroba duniawi

# Dia Sahabat, Dialah MAMA
Seronok kalau dpt ibu jenis ini, segala masalah boleh dikongsi bersama..



AKU? Rasanya kategori " MAMA sukar dijangka"
Kamu bagaimana?

21.4.11

407 : !

malam

malam yang kelam..

malam yang hitam..

aku..

diam

dan terus diam..

selamat malam...

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...