Tapi kisah sebenarnya ialah apabila malam tadi selepas aku pulang dari makan malam...tetiba badan aku diserang rasa gatal-gatal yang amat sangat..
Aku ni sebenarnya mmg alah atau allergic pada sesetengah benda makan, tak perlu ler aku ceritakan dgn lanjut ye..cukup lah sekadar aku yang tahu :)
Badan aku bengkak2 dengan tidak berhemah lagi. Bibir aku dah rupa bibir angelina jolie..mata aku bengkak dan juga seluruh badan.Korang tau tak apa perasaan aku masa tu??? Rasa macam nak mandi atau terjun dlm air yg tengah mendidih..
Dah puas aku berubat..memang tak akan baik jika aku tidak menjaga pemakanan.
Doktor pakar menyarankan agar aku menjadi 'vegetarian' selama 2 atau 3 tahun....Fuhhh!
Maka biarkan lah aku terus bergaru..............
