Showing posts with label Beauty. Show all posts
Showing posts with label Beauty. Show all posts

12.3.19

596 : Sheet Mask




Salam!


harini kakak nak cerita sikit beberapa kesilapan kita bila menggunakan Sheet Mask.
Mungkin kesilapan2 ini akak yang biasa buat tapi tidak pada korang..tapi tak apa lah,
saje nak cerita, manatau bermenafaat pulak kat sesetengah orang..

Jangan sesekali pakai sheet mask ni sampai kering.  Jangan pakai tido dan sampai pagi baru buang.
Sangat-sangat tidak betul ye.  Reverse Osmosis akan berlaku, makna nya segala nutrient atau air dari
muka akan berpindah semula ke sheet mask.  Rugi lah..segala zat-zat serta khasiat dari sheet mask tu tak dapat.  Biasa pakai lah dalam 15-20 minit sahaja

Jangan basuh muka selepas pakai sheet mask. Membazir jer..segala khasiat dibuang pulak.  Memang lah akan ada rasa basah, berair atau melekit-lekit di muka, tapi jangan basuh ye. Just ambik cotton pad dan dab dab kan pada muka sehingga basah tu menjadi kering..jangan lap pulak..Just dab dab kan aje ok..Supaya esen/nutrient dari sheet mask serap masuk ke muka kita..

Pakai mesti lah mengikut turutan pembersihan muka, Maknanya

Cleanser-Toner-Sheet Mask-Moisturizer

Jangan belum cuci muka tapi terus tepek Sheet Mask..Salah ye anak-anak

OK...dah siapppp…

                                          Gambar sekadar hiasan, ehsan pakcik google



27.4.15

568 : Hansaegee.com

Assalam,
Dah lama tak singgah sini..rumah sendiri jarang singgah, rumah orang rajin plak ye..
 
Ok kali ni nak tunjuk barang yang kita baru beli..kat bawah nun..
bukan nak buat produk review ye, sebab belum cuba.  Tapi base on testimoni yang sy baca dari gugel..produk ni memang de bes kebabommm..muka jadi ala-ala korean korang..tak teringin ke??
ala..muka yg dah kerepot mot mot mcm sy ni..mana mungkin...saje je nak beli since loose powder memang da abis. sebelum ni pakai Revlon..ok juga..saje nak tukor brand lain pulak.
 
 

barang ni di beli secara online di www.hansaegee.com.my.  order, bayar n dapat la barang nya. kalau tak bayar, barang pun tk dapat la...kan..kan..
packaging nya ok ..cantik..menarik tertarik..
 

 
ini wajah sponge dia..kecik kiut miut jer..harap span dapat tahan lama ye.  tak suka pada produk yang kualiti span tk bagus. baru pakai beberapa bulan dah hancus..sememeh jerk..
 
yang paling bes lagi dapat pen free..dah le daku ni memang pengumpul pen..alangkah besnya dpt pen free mcm ni..like 10x hansaegee nature..TQ!
 
daku dah usha website ni berulang kali..produk tk berapa banyak, cuma ianya produk dari mineral base..sihat untuk kulit kerana tekstur yang halus
banyak lagi yang nak daku beli lepas ni, lisptik, lipgloss, two way cake, blusher..ahh...mana nak cari fulus. ha..tu belum foundation dia lagi..emm..emm..org pompuan, cmni la..tak abis2 nak membazir. pakai bedak sejuk je sudah lah..


13.10.14

563 : free sample from Sephora

hi..bertemu kembali...kali ni nak cerita pasal sample yang aku dpt 'free'. tengok gambar tu..
ini lah sampel yang aku dapat semasa aku beli barang dari www.zalora.com.my
sebenarnya aku beli dress..tapi entah mcm mana dapat plak sampel ni..terima kasih Zalora.  daku terus setia bersama mu..membeli secara online, mudah & ringkas. 
 
1. cc cream
2. make up remover
3. glitter eye shadow mini
4. day cream
5. breath spray (yang ini aku beli)

22.11.13

550 : Fibercell Complex..sedappp

assalam

harini ai cuti..so, sebelah pagi pegi buat facial muka.  lepas tu pergi avon..haaa..kat avon ai beli
taddaaaaa..

Fibercell Complex

hahaa..benda alah ni lah..

Minuman Serat Tinggi Yang Berkhasiat dan Lazat...

Merupakan formulasi revolusi dengan 65 bahan-bahan semulajadi...


Yes..ini untuk membantu sistem pencernaan anda. Minum 1x atau 2x sehari.

Sebelum ini ai buat jus sendiri tiap pagi.  Ai blend timun + seleri + green apple..ah..mcm mcm lah. Apa aje yang ada kat peti sejuk..sesuai utk jadi jus..belasah je lah..

But now..lepas ai beli Fibercell nih..nak senang badan..ai buat selang seli. sehari jus buatan sendiri dan sehari lagi Fibercell ni..jimat sikit kan..

Fibercell ni RM69.90 sekotak ada 14 sachets aje..mahal tu..tk mampu..kita kan keje kilang je.

Nak cuba? Pi beli kat AVON.  Nak pinjam no akaun pun boleh  3444960 - Rozita Md Hasan

21.11.13

549 : Neem tablet

assalam..

kali nak cerita pasal produk yg baru aku try..baru tak baru la kan..dah sebulan lebih jugak la..semua ni pun berpunca dari eczema aku yang tk pernah nak baik-baik.
 
satu hari tu aku singgah la kat farmasi sebab nak beli ubat allergy.  malas dah nak pegi clinic...malu dah nak jumpa doktor..so, jalan mudah pi je beli ubat kat farmasi.
 
masa tu la, farmacist tu perkenal kan satu produk keluaran Malaysia, berasaskan NEEM atau daun semambu. Ianya sangat sesuai utk mereka yang mengalami masalah allergy.  so aku sangat teruja untuk mencuba sbb katanya sangat baik sebagai agen menyahtoksik.
 
NEEM juga boleh :
 
Meningkatkan penukaran dan penghapusan toksin oleh hati.

Membersihkan darah.

Juga digunakan untuk rawatan masalah kulit, jangkitan kulat, alergi, kencing manis, malaria, ulser, kanser dan hepatitis.

Setiap BITREEN Neem Tablet mengandungi 100mg Standard Extract Neem (Azadirachta Indica).

Setiap tablet memberi 3% daripada jumlah pahit, yang bersamaan dengan 1 peria pahit.
 
haaa..macam ni lah rupa tablet tu.  utk 3 bulan pertama kena ambil 3x sehari sebiji sekali makan.  lepas tu, utk 3 bulan seterusnya ambil 2x sehari dan seterus-terusnya boleh la ambil sebiji satu hari.  sebab nya kita ni setiap hari terdedah dgn toksin. jadi tak salah kalau kita amalkan NEEM tablet ini utk mencuci darah kita.  kepada yang sihat..alhamdulillah.  kepada yang ada masalah allergy boleh try.  saya mcm nampak kesan yang baik..muka pun jadi mcm bersih..
 
kalau badan kita mempunyai lebihan toksik, umur kita akan jadi lebih pendek atau singkat. Secara purata, seseorang yang menyimpan antara 5 hingga 25 pound bahan buangan dan kira-kira 4 paun bakteria di dalam kolon. Sisa membina punca pengumpulan bakteria dan racun merebak ke seluruh badan yang mengakibatkan kematian dan juga penyakit. Adakah anda pernah memberi perhatian kepada bagaimana bencana ini boleh? ( ini copy paste dari www.bitreen.com
 
 
 

14.11.13

547 : NYSS - Free

Assalam

dah lama tak update blog. harini baru terasa nak mengapdet sikit..tu pun cerita dah lama..
 
aritu aku terpegi ke New York Skin Solutions (NYSS) utk dapatkan facial percuma...ulang ye..FREE!
sape tak nak ko..guna produk mahal tu..
 
maka pada hari Jumaat 25.10.2013 aku memberanikan diri utk pergi ke NYSS cawangan Ipoh.  dia ada satu cawangan je kat Ipoh - di De Garden (hadapan kinta city/Jusco/Aeon)..details dah tu bgtau..kalo nak pegi mmg tak sesat dah..
 
sebelum pegi berkali-kali mereka call..takut aku tak datang..concern sgt kan..tu mesti ada udang di sebalik batu..betui dak? of cos..bisnes..mana boleh lari dari niat nak dpt $$$$..klu tak bukan bisnes namanya...charity organization la kan..ish..
 
ok..sampai harinya aku pun pegi la...
 
mula2 mereka scan kulit aku...ternyata la memang jenis dry..pastu ada sedikit pgmentation, maklum la umur pun dah berabad kan..paham-paham je la ek..
lepas scan, mereka bagi penerangan sikit pasal kulit, collagen..yang aku rasa aku faham sesangat dah..
 
pastu, mereka bawa aku ke dalam satu bilik yang kecik comel..ada satu bed..satu kerusi...maka start la upacara mengfacial ke atas muka aku..(rasa mcm bilik pe$$**R) pun ada,....kihkihkih. nama bilik pun mereka guna nama bandar2 di NY mcm Manhanttan etc.
 
oleh kerana muka aku pada masa tu ada eczema..dan ini mmg problem kulit aku dari dulu kini dan selama nya so, tkde apa treatment yg boleh buat sehingga eczema aku baik.  oleh sebab itu juga, mereka just bagi aku rawatan menyejuk atau menyegarkan muka.  letak mask 2 3 kali pastu spray dgn oxygen..katanya utk menghydrate kan muka aku aje....dalam 1 jam..siap.
jeng..jeng..jeng..lepas tu aku dpt la set free spt di atas dgn satu pouch yg cantik kaler biru..gambo xde. yg ni pun pinjam pak gugel..hehehe
1- cleanser
2- toner
3- sun block

aku suka sun block dia..best..segar je lepas guna. toner dia pun sama, sgt minima kandungan chemical dia.

actually mereka ada juga suruh aku terus buat treatment kat situ...soothing treatment..RM500 utk 8x.  Tapi mana boleh sbb aku kena kasi baik aku punya eczema dulu...so, terselamat lah.

Mereka tak putus asa, mereka jual produk plak kt aku. Rosemary cleanser, Make up remover & Moisturizer .  set ini utk sensitive skin mcm aku nih..RM265.  ko nak? hehehhe tepuk dada tanya iman, tanya juga poket, tanya juga sama hud hud...

cheers!
 
Note : tapi dia ada bagi kat aku voucer. siapa nak dptkan free facial + free barang mcm kat atas tu..boleh contact kalu nak :  zizie71@yahoo.com (utk cawangan Ipoh saje)
korang bawak voucher tu and pegi ke NYSS ipoh..dpt la free facial + free starter pack.
 
sekali sekala org layan, muka kita apa salah..yg penting FREE!

2.10.13

537 : Lively clean & Fresh

opocotttt..tetiba plak keluar gambar botol kaler ijau ek..apa ada dlm botol..anu? eh..bukan..toyol? hahahha

ok lah..assalam! salam sejahtera to all readers? got meh???

nak cerita pasal shampoo yang bagus nih..utk muslimah2 bertudung. biasa dengar iklan je kan..betul or not, tak tau lagi..

tapi..kali ini..nak cerita kisah benar pasal shampoo ni sebab sy dah gunakan hampir 3 botol..3 bulan lah agaknya..mayb..

kepala sy ni mmg jenis berkelemumur..ataupun 'ketombe'.  jenis yg kritikal, bukan sikit-sikit tau..jenis tebal yang adakalanya rasa mcm nak gila 'gatal' menggaru garu smpi mcm ada kutu..

apa tah lagi kita bertudung..adakalanya rambut belum kering betul..terus sarung tdg kat kepala kan..tu yang kulit kepala tambah jadi tak sihat.

sebelum ni sy guna Selsun Blu..shmpoo ni pun ok juga..sgt2 ok, cumanya sy tak berapa suka dgn bau dia.

setelah mencuba shampoo sunsilk Lively Clean & Fresh ini..wahhhh..memang lega..kepala tidak lagi gatal mcm dulu..rambut pun lembut, senang nak sikat.  Alhamdulillah..sy suka shampoo ni..harga pun ok. 400ml cuma RM11.90 (harga Tesco, tmpt lain sy x pasti plak).
Shampoo ni diperkaya dengan Vitamin Citrus Complex..amat menyegarkan kulit kepala. 

Kalau tak percaya , cuba lah.  Rasakan keajaiban nya sendiri.  Sy buat review ni, ada lah berdasarkan pengalaman sy sendiri..

26.4.13

518 : FNJ

Hai assalamualaikum..dah lama tak mengapdet blog ini.  Bukan apa, rasa macam tkde mood nak apdet maka tak berapdet lah ia..lagi pun bukan mende penting sangat kan...

Kegilaan baru aku skrg ialah berkoleksi tudung Fareeda.  Tudung seperti di bawah ini.  Sebelum ini aku gila membeli dan mengcollect tudung dari koleksi Pearl Haya, maka kini angin ku sudah berubah...sedang menggilai tdg ini pula..emmm.  Dari segi harga lebih kurang aje dgn PH..

Tapi sehingga hari ini baru ada 4 lai je pun..hahahha macam ler banyak sangat..tifah tertifu..

Target nak beli sebulan at least sehelai..jadik ler. Sbb harga dia pun bukan murah..kena pikir..tolak, campur, bahagi..baru boleh beli beb! Hikhik..sian kan...

Tak apa lah..Fareeda Nyata Jelita..ghitewwww!!  (Fareeda yang jelita..kita pakai cam biasa jerk..kihkih..

Ok lah..selamat berhujung minggu..hari dah Jumaat..


21.3.13

517 : Why do I need

Mengapa saya perlukan jagaan peribadi wanita? atau feminine hygiene

1) Mengapa saya perlu menjaga kawasan peribadi saya/anda?
Kerana kawasan peribadi kita amat sensitif dan mudah dijangkiti bakteria.  Jika ianya tidak bersih, anda terpaksa menahan gatal, keradangan dan bau kurang enak sepanjang hari

2) Apakah yang mempengaruhi bau dan keadaan kawasan peribadi saya/anda?
Selain dari kebersihan, ia turut dipengaruhi oleh pemakanan, berat badan dan gaya hidup.

3) Boleh saya gunakan sabun sahaja?
Jumlah PH tubuh dan kawasan peribadi anda jauh berbeza, jadi sabun hanya akan mengeringkan dan merengsa kawasan peribadi anda.  Seeloknya gunakan pembersih kawasan peribadi atau feminine hygiene wash yang sesuai.

Nota ::  Ada berbagai jenama feminine wash terdapat di pasaran, pastikan jenama yang anda pilih sesuai dgn kulit dan tidak mendatangkan kesan sampingan spt gatal, kekeringan dll.

Selamat membersih!

17.2.13

514 : SSB

http://media.dinomarket.com/docs/imgusr/2011-10/SabunBerasThailand_011011181012_ll.jpg.jpg 

SSB = Sabun Susu Beras

yes..sabun susu beras dari thailand.  tak sangka sabun yg sangat-sangat bes.  ianya dapat menghilangkan kesan-kesan karat atau hitam di celah ketiak, peha atau lain-lain tempat.

bau yang sungguh segar..macam tk sabar nak mandi setiap kali teringat akan sabun ni
yang istimewa nya, harga yg sangat murah..antara RM3-RM5 seketui...best sangat

kandungan bahan kimia yang sangat kurang..memang sesuai utk seisi keluarga
sy kasi 5 bintang dari 6

saya pun baru jer cuba sabun ni..beli masa balik kpg aritu..kat wakaf che yeh.
dah lama tau akan keujudan nya....tapi mcm tak endah kan aje..tp lepas sekali guna..tak sangka..sungguh best.

jom la cuba..boleh je beli kat mana2 kiosk herba

4.2.13

511 : AlfioRaldo







ok. projek meRabak kan poket kali ini ialah dengan membeli nya enbeg di atas. tapi murah je lah nyahhhh
sesuai ngan isi poket ku

ntah nape terbekenan kaler merah gitu..
haa...ini gambaran dalam nya. sy suka yang 1 compartment macam gitu.
ok tak? skrg kan fesyen color block...so apa apa kaler pun cincai boncai lah
hentam mana suka!!!

Nota tangan kaki : Gambar kutip dari Zalora.com.  sebab beli pun dari sana tu..

31.1.13

510 : Air oh Air




cantik kan gambar air tu. saya curi dari pakcik gugel..siap ada love lagi kat situ..how nice this pic..credit kepada sape yg ambil gambar ni..

harini macam nak cerita pasal air..dalam Islam pun ada berbagai-bagai jenis air.  rasa nya korang pun dah tau : Air Mutlaq, Air Musyammas, Air Musta'amal dan Air Muqayyad.  Kesemua air-air ini mempunyai hukum-hukum nya tersendiri.

Tau tak berapa banyak air yang diperlukan oleh badan kita seharian? Ye, 2 hingga 2.5 liter sehari.  Banyak tu..susahkan nak minum sebanyak itu, tapi kalau kasi coca cola, fanta atau 7up..emmm..senang je nak minum kan..kan..saya tak kata orang lain, saya kata diri saya sendiri.. :)

Tanpa kita sedari setiap hari kita badan kita akan kehilangan air melalui pernafasan, kulit/peluh dan juga proses pembuangan air kecil.  Sebab tu la kita kena gantikan semula.  Air ni sangat perlu supaya tidak berlaku nya dehidrasi.

Sebenarnya ada beberapa cara minum air yang menyihatkan. Senang nak buat, tapi biasalah..malassss
- minum 1 gelas air dengan 3 kali teguk
- jangan bernafas atau menghembus nafas ke dalam gelas semasa minum
- jangan meniup air putih yang kita minum seperti minum air panas
- minum segelas air putih ketika bangun dari tidur
- jangan lupa baca Bismillah.setiap kali makan dan minum..hahaha..(ni pun nak pesan ye..

Ada beberapa tanda jika badan kita kekurangan air
-mulut kering & lidah bengkak
-air kencing warna kuning pekat
-sukar buang air besar (aku la tu
-mudah penat
-pening, dan mungkin ada banyak lagi..

Pastikan botol air putih diletakkan hampir dengan tempat kita bekerja supaya senang kita capai dan terus minum.  Bawa dan letak kan dalam henbeg atau kereta.  Sambil2 shopping boleh minum air putih.  Jangan lah bila terasa haus..singgah kedai pi beli coca cola sejukkkkkkkk, menyegarkan..ahahaha (aku la tu
ini gambar botol minuman baru dari AVON. Hello Green Bottle. Isi kandungan 1.5 litre.  Cukup utk 8 jam waktu bekerja.  Penutup yang ketat, boleh diletakkan bertingkat-tingkat dalam peti sejuk sambil menjimatkan ruang & berkualiti tinggi.  Yang penting selamat digunakan.

Sebiji hanya RM23.90. 
Dua biji RM 39.90.

Boleh check kat AVON butik berhampiran anda. Nak pinjam no akaun pun boleh. SMS 0125150082.

Sekian..

20.1.13

508 : Tips bibir sihat menawan..



kali ini nak cerita sikit pasal bibir yang sihat menawan gedevas gedevusss...
siapa lah mahu bibir yang kering kan...semua wanita nak kan bibir yang sihat dan cantik..

ok, kali ini akak nak kasi sedikit tips..utk bibir sihat menawan..tips yg agak simple..rasanya semua org boleh ikut.

yes..yang tu udah macam bibir maryln monroe (eh..ini ke ejaan nya???

ok lah..kita terus kepada tips tadi, jangan buang masa..


  1. Lembapkan bibir :- Pastikan minum air yg secukupnya dan kurangkan pengambilan kopi dan teh (ini yang tak tahan..ahkak gila kopi kau..
  2. Lindungi bibir dari sinaran matahari (jangan letak sun glasses kat bibir plak) :- Pastikan anda sentiasa menggunakan pelembap bibir yang mengandungi SPF. Ahkak biasa guna sebamed punya lip gloss. Kandungan SPF nya juga agak tinggi
  3. Jangan menjilat bibir (ingat bibir korang sedap sangat ke nak jilat-jilat tu semua..ada rasa kari eh?) :-  Air liur boleh mengakibatkan bibir bertambah kering dan merekah. Ha..dengar tu..jgn buat lagi hokeh..
  4. Makan makanan yang kaya dgn vitamin (yg ini agak susah sikit..sbb kita suka makanan yang merepek-repek tu..bukan ada vitamin pun..junk food etc  :- Utk mencegah bibir pecah dan merekah, makan makanan yang kaya dgn Vitamin B dan A seperti bijirin, roti, beras perang, daging, telur kuning dan sayur sayuran hijau..
ok..ini sahaja tips kali ini..akak minta diri dulu..jumpa lagi di lain masa, waktu dan ketika..daaaa..

9.1.13

506 : dua-dua T


Assalam...hari ini nak buat review atau cerita pasal Dalacin T.  ini adalah sejenis solution utk jerawat.  Dalacin T ini adalah sejenis antibiotic. dia membunuh bakteria supaya jerawat cepat kering dan tak tumbuh lagi, insya-allah dengan izin allah jua.  saya sudah menggunakan Dalacin T ini hampir sebulan. kesan nya sungguh mengembirakan hati saya.  memang tiada jerawat baru timbul.  saya dapat tahu pasal Dalacin T ini  dari Dr Totin Jamain.  korang pegi lah merayau kat blog dia, macam-macam tips ada, terutamanya kecantikkan. tak lama lagi dia nak kawen tau!!!,,ngeh..ngeh..tahniah doc

bes guna sebab :
# ianya mudah kering, spt mcm tiada guna apa2 pun, tidak melekit, cepat mengering
# mudah di dapati di mana-mana farmasi
# tahan lama sbb guna sedikit shj
# bekas pun comel senang nak hangkut ke mana-mana
# yang penting ianya mujarab

TIDAK bes guna sebab:
! harganya..meskipun cuma RM 32 ( raBak jugak lah kan
! bau dia agak busuk/tidak harum :))

Rating : 9/10


ini lah rupa Dalacin T yg saya cerita kan tu..

Note :  farmasi tmpt saya beli tu, rekemen sy gunakan pencuci muka Bio T 5.5.  kerana kata mereka, guna Dalacin T ini akan mengeringkan sedikit kulit muka.  so far sy guna produk ni ok.. gambar dia mcm ni




Bio T face cleanser ni harga dia cuma RM 15.90 saje. sungguh untung tau..250ml lagik tu..suka nyer hati.

Nota kakitangan :  cerita ini adalah berdasarkan pengalaman sy sendiri. mungkin berbeza dgn org lain, wallahua'lam...

5.1.13

505 : lipstik berhidrasi

Le'lan Vital Hydralush Lipstick / RM 40 include poslaju postage in makeup by Paradisekiss Makeup
hydralush lipstik lelan vital
RM 22.  buy 1 free 1
itu yang suka tu
selamat meraBak kan poket ku ...tadi dah beli dah

kebaikkan lipstik ni, dia berhidrasi.  bila pakai bibir langsung tk terasa kering..atau tebal..rimas..melekit-lekit etc.

yang lagi bes nya buy 1 free 1

ada yang nak beli???? sms me 0125150082

20.12.12

502 : apa ada di tangan ku

assmkm..acara meRabak kan poket seterusnya. cantik tak..gelang tu?..of cos cantik kan..korang tk nak puji pun tak apa..biar I masuk bakul and angkat sendiri wakaka..

tapi..abaikan lah tangan si pemakai yang gebus & tembam itu..korang just focus pd gelang tu saje ok..

haaa..actually itu gelang dr AVON..bukan mahal pun..saje jer nak tayang kat korang...riak benar ye! ampun
saje je suka-suka. tkde niat yg tersurat & tersirat..RM10 jer tu..kawan lelong..hahaha

15.12.12

501 : ini cerita mascara

asmkm...ini cerita mascara. nak share dgn pembaca.  tips ni pun sy dapat dari AVON. mungkin ada yang dah tahu & mungkin ada yg belum tahu. bagi sesiapa yang dah tau..tengok saje eh!

tips penggunaan maskara yang betul:
1- gunakan pelentik bulu mata sebelum menyapu maskara..tak guna pun tak apa. mungkin bulu mata anda sudah cukup lentik..original gitu..

2- sapu secara pantas
     Pastikan sapuan dilakukan berulangkali secara pantas sebelum lapisan pertama kering agar ia tidak bergumpal.  kalau bergumpal nampak seperti comot

3- Jangan mengepam!
    mengepam mascara keluar masuk dari tiub membolehkan udara masuk dan mengeringkan maskara secepat mungkin..cukup dengan sekali celup shj

4- Pastikan ia kering
    tunggu sehingga 5 saat agar maskara anda kering sebelum mengerdip mata.  Ini penting ye..supaya tiada kesan comot di bawah mata sekaligus menyebabkan kawasan bawah mata comot.



ini ada maskara terbaru keluaran AVON..kempen bermula dari 1-15 Januari 2013

Kehebatan:
-> 15x ganda lebih lebat
-> mengandungi kolagen terhidro, protein gandum dan panthenol
-> berus Helix..pertama keluaran Avon
->kekal sehingga 14 jam
->kalis air &
->tidak bergumpal

berus di reka khas secara zig zag utk mencapai bulu mata di penjuru, memanjang, melentik dan melebat dgn hanya satu aplikasi mudah. (3 in 1). tak perlu menggunakan 2 atau 3 jenis maskara berlainan spt yg saya amalkan skrg

ok, kalau rasa teringin nak meraBak kan duit anda..boleh jer beli dari saya atau dapatkan di mana-mana butik AVON..nak pinjam no akaun pun boleh.  sy tak kisah, yg penting bulu mata kita sama-sama lentik..okeh!

order boleh email sy :  zizie71@yahoo.com
harga hanya RM 21.90 (tidak termasuk kos pengeposan)
terdapat dalam dua kaler : black & brown black

sy bukan nak berniaga ye..kepada yg minta tlg belikan..sy boleh tolong.  nak beli sendiri pun ok..terserah lah..
sy juga bukan duta avon..tk dpt apa-apa komisyen pun..cuma barang baik..tak salah nak dikongsi bersama

7.12.12

500 : smooth minerals product..apa ek????

Yess, entri yang ke-500 (eleh..baru lima ratus..



yes..smooth minerals eyeliner dari AVON. (biasa ada 3 kaler yg aku tau, indigo, onyxx, brown)

cerita meraBak kan poket kali ini..tp yang ini murah saje RM5.90, katalog offer bertarikh 6-31 Disember.  Banyak barangan offer..mungkin nak habiskan stok agaknya...tk kisah lah.

Tapi, ingat, hanya beli barang yang perlu sahaja..

Eyeliner ni best sbb dia amat lembut masa kita apply kat mata..cuma nya jenis cam gini susah nak asah.  Dia tak akan mudah diasah jika menggunakan sharpener biasa.(yg anak kita guna asah pensel tu)....dia kena asah menggunakan sharpener spesel,, haaa..macam kat bawah tu..



tapi skrg AVON dah lama tak keluar kan sharpener ni.  Siapa yang ada pun stok dulu-dulu boleh ler guna, tapi masih tajam tau..mmg superb la..

Kalau ler ada orang2 syarikat AVON baca blog aku ni..sila lah bawakan ke Mgt.dia org.....keluarkan semula sharpener ni..'atas permintaan ramai'

Mimpi lah..tkde sape pun nak baca blog raBak aku nih..hahahah!

Ini blog syiok sendiri nama nya!!!  wakakaka

4.12.12

499 : tudung bawal instant..bukan adijuma punyer hokey..

21 november-bawal instant

ahlan wasahlan..ini lah tudung baru yang ku beli melalui online dzazcollections.com. (servis sgt gedevas gedevussss..pantas, order arini kul 4..esok dah terima by poslaju, salute eh..)

tudung bawal instant.  nama je tudung bawal tapi kain nya agak keras tk selembut bawal yg dulu-dulu tu.  tapi awning nya senang je membentuk.  tdg ni udah di jait kekal berupa macam dlm gambar tu.  just sarungkan & lipat sebelah tepi..pin. siap

harga RM 25 hengget ajer....

jadik ler..acara meraBak kan poket buat kali ini..




2.12.12

497 : BB cream..flawless giler! nak tau brand apa..jom...

Cyber White Brilliant Cells Extra Intensive BB Creme SPF35/PA+++ (5ml)Cyber White Brilliant Cells Extra Intensive BB Creme SPF35/PA+++
ha..nak buat review pasal BB cream yang ini.  tak payah cerita banyak pasal apa itu BB cream lah ek..satu dunia dah tau apa fungsi & kebaikkan BB cream.

I baru seminggu guna BB cream yang ini..Estee Lauder punya..
vah..vah..vah..flawless giler..memang tahan lama..muka nampak fresh..betul, i cakap lu..tp harga tak berapa nak murah lah..

memang best pakai..i bagi rating                  9.5/9.8..ok tak? yang 0.3 tak ok tu sebab harga dia mahal. bila fikir pasal harga mmg terasa rugi membeli....

ada jugak BB cream brand lain yang bagus, mcm Dr.G, Simplisiti..dll..

lepas sapu dia kat muka, tak pakai bedak pun dah ok..
kalau masa tu kita terasa malas tahap kucen nak beranak, memang elok sgt..press je BB cream ni dari tiub dia..sapu, and dah boleh keluar bekerja or bersantai-santai..

tp, mungkin kesan tk sama pada semua kulit
kulit sy ni jenis yang paling byk masalah pun still resultnya ok
so, pd mereka yg kulit mmg dah ok bak telur di kupas tu,...rasanya lagi lah flawlesssssssssss.

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...