Showing posts with label Syawal 2012. Show all posts
Showing posts with label Syawal 2012. Show all posts

15.9.12

482 : Kerja OS & Raya

Asmkm..
Agak dah lama juga tak update blog.  dua minggu lepas sibuk sikit dgn kerja-kerja di pejabat.  oleh kerana kerja yg byk belum siap, maka, mood nak memblog juga terbang..nak berjalan melawat blog kawan2 juga tk bisa..insya-allah, ada masa..akan sy singgah


hari khamis & jumaat lepas kena kerja o.stesen. tak ler jauh mana pun, KL aje.  2 jam perjalanan dr Ipoh tp still..kena panggil o.stesen jugak kan..

biasanya kalu kena kerja di KL, aku akan stay kat hotel2 murahan di Mid Valley nun..biasanya tinggal kat Boulevard Hotel, tapi kali ini aku cuba stay kat Cititel pulak..last trip masa bulan puasa pun aku tinggal di Cititel.  Lepas tu terus rasa mcm suka jer tinggal kat situ, sebab 1) hotel tu lebih murah, superior room cuma RM243++ (termasuk tax).  2) sebab bilik yg agak kecik, so tahap ketakutan pun kecik lah jugak. maklum ler tinggal sesorang dlm bilik hotel, adalah sesuatu yg paling tidak seronok.

13hb tu habis kerja agak cepat, dlm pukul 6.30 dah sampai otel. lepas solat asar, terus jejalan di Mid Valley mall.  Emmm..sesorang, macam tk berapa syahdu nak sopping.  Jusco atau Aeon la nih...ada offer, jangan tk membeli, aku just beli sehelai t shirt..murah RM20 jer.  Pastu singgah Watson, (gedung kesukaan ku)..akhirnya nun, spt gambar di atas aku terbeli..Silky Girl makeup remover (sbb terlupa bawak), feminin wash (ini pun sbb tak bawa jugak),  ZA mascara long..(ini sebab saje terbeli) & Eyeliner Silky Girl (ini pun sengaja beli)..masa tu Watson ada sales..harga semua barang ni..tk sampai pun RM 60...murah kan.



ini gambar hadiah.  bukan hadiah, tapi pemberian dari sorang kawan. tu yg syok bila turun kerja kat KL, ada saje hadiah yg kengkawan beri.  orang KL ni best2 yea..murah hati.  Ada jer buah tangan utk aku..aku suka..semua pemberian orang aku suka, harap2 ikhlas dari mereka yea..yg ini dari Chok Mei Li..(HR, KL)


haaa..yang ini gambar lemang & rendang.  raya dah abis tapi masih ada lagi yang buat kenduri raya.  Hari ini sebenarnya ada Majlis Hari Raya PIBG sekolah anak perempuan daku.  Mulanya malas pergi, tapi terpaksa..anak perempuan ku nak jugak pergi, so................terpaksa lah.  Tapi ternyata tak rugi, makanan sedap2 belaka.  Alhamdulillah..ini peberet, tu pasal tangkap gambar dia jer..makanan lain..tak ada gambar.......sibuk makan, terlupa lah..hik3x

ok...cukup dulu..tggu cerita lain.di entri entri akan datang..wassalam~



25.8.12

477 : haDiah SyaWaL

hadiah SyawaL dari Kekanda ku
Zainon Hassan

Terima Kasih.

Tidak akan daku mensia-siakan pemberian mu ini~




23.8.12

476: Syawal 2012

Biar gambar bercerita.........



hajat hati nak tangkap gambar pelita panjut..nampak tak?

ini gambar kekasih hati

ini gambar tuan empunya blog di pagi raya

menziarahi pusara ayah bonda



bergambar di luar perkarangan kubur d pagi raya

raya sakan...makan..
raya ke-2 di kota bharu kelantan..terperangkap di dlm kesesakan jalan raya

berbuka puasa akhir..semasa dlm perjalanan balik kpg, sitiawan..berbuka mekdi saje

 raya ke-3, di kelantan Darul Naim..YB buat rumah terbuka utk ahli keluarganya + penduduk kampung



602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...