14.12.09

204 : empat


bersyukurlah dgn kesempurnaan yang kita ada hari ini ye!
ini sudah terlebih sempurna, smpi terlebih kaki..

11.12.09

203 : basikal ku~

sudah dua hari aku MC. aku demam. aku juga selsema. sedikit batuk2 sebab makan rambutan berlebihan dose.

maka 2 hari jugak lah aku sudah makan gaji buta...keje tk buat, tp gaji jalan kan...gaji buta lah namanya itu...

lihat gambar ini...Amira dgn basikal nya yang baru di beli dua hari lepas. sayang sungguh dia dgn basikal ini..barang baru lah kata kan..tggu ler selepas beberapa minggu..akan di campak sana sini..

Amira beli basikal ini dgn duitnya sendiri. duit Raya dia. sian kan? kejam sungguh mak pak dia..


lihat lah..betapa sayang nya dia ngan basikal itu..


tiba-tiba mak Mira rasa nak berpantun

dua kerat aje:

"dua tiga kucing berlari

duit sengget mana nak cari"

8.12.09

202 : aDa beNarnYa!

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.


.


3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.


.


4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"


.


5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.


.


6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.


.


7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.


.


8. Si Bosia dan Bohjan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.


.


9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.


.


10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.


.


11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)


7.12.09

201 : apa korang rasa bila.....



apa korang rasa bila janji tk ditepati,

apa korang rasa bila diri dikhianati,

apa korang rasa bila diri dibenci,

apa korang rasa bila impian tk menjadi,

& apa korang rasa bila

tkde idea nak buat ntri.....

3.12.09

200 : selipar

korang suka tak pakai selipar? tak kiralah selipar jenis apa pun. aku rasa yang paling popular ialah selipar Jepun. meskipun buatan Malaysia dan dipakai juga oleh org Malaysia ttp ianya tetap digelar selipar Jepun. akk pun tak pasti, org Jepun pakai tak selipar cam gitu~

korang pernah tak mengalami peristiwa hilang selipar ketika pergi ke masjid? tak kira lah sewaktu sembahyang jumaat ke, sembahyang raya ke atau sembahyang raya haji atau semua yang sewaktu dengan nya.

mesti ada kan...okeh lah, oleh itu, utk mengatasi masalah tersebut di bawah ini adalah petua macam mana nak menghindari kejadian 'hilang selipar' dlm erti kata lain, salah satu langkah2 keselamatan atau cara2 menjaga harta benda peribadi...

rasanya elok jugak di praktikkan...jgn malu2, sila ikut cara2 keselamatan sebegini

.

.

.

.

.

.

.

.

.

+

2.12.09

199 : Daging merah korban

oleh kerana dlm peti sejuk aku tkde benda lain selain dari daging sahaja
almklum ler selepas hari raya korban kan..
berlambak ler pulak dpt daging free
ini menu aku semalam, daging merah
jarang sekali aku cerita pasal masakan dlm blog yang ini kan????
tk pe la..
korang layan je lah ek
.
.
Bahan2 utk hidang 2-3 orang
* daging di potong halus
* 1 bj bawang besar di mayang
* 2 bj cili merah di hiris atau boleh tukar kan dgn capsicum ijau, suka ati korang lah ek
* 1 cm halia
* 2 ulas bwg putih
* 2 sudu besar sos cili, sos tomato & sos tiram, klu suka lebih, boleh bubuh lebih skit
* garam secukup rasa
.
.
cara2nya:
~rebuskan daging tersebut dgn sedikit pewarna merah hingga lembut
~ tumiskan bawang besar, halia & bawang putih
~masukkan sos cili, tomato & sos tiram, taruk air secukupnya
~ kemudian masukkan daging rebus tadi
~ letak garam secukup rasa
~letak kan sedikit daun sup or daun bawang sbg hiasan
~ hidangkan
~ makan
.
.
cuba lah

1.12.09

198 : sunyi



dah masuk hari kedua anak2 aku tkde di rumah
dua orang sudah ke KL, rumah kakak aku
tinggal sorang je yang pompuan itewww





masa dia orang ada, aku suka nak marah2
rasa penat sangat layan kerenah dia org tu
tp bila tkde
rasa sunyi pulak..





mmg betul ye,
manusia tk pernah bersyukur dgn apa yg ada
manusia suka komplen saje





jadikan pengajaran
anak2 itu mmg penyeri rumahtangga & hidup

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...