16.4.10

262 : kelebihan si parsley

kali ini kita cerita mengenai kelebihan dan kebaikkan daun pasli yea..dengan harga yang cukup murah ianya dpt membantu meningkatkan kesihatan kita sebagai agen mencuci buah pinggang. yang penting rajin mau ada... kalau malas semua tk menjadi...


Mencuci buah pinggang ANDA!

Years pass by and our kidneys are filtering the blood by removing salt, poison and any unwanted entering our body. With time, the salt accumulates and this needs to undergo cleaning treatments.

How are we going to do this?

It is very easy, first take a bunch of parsley and wash it clean.
Then cut it in small pieces and put it in a pot and pour clean water and boil it for ten minutes and let it cool down and then filter it and pour in a clean bottle and keep it inside refrigerator to cool.
Drink one glass daily and you will notice all salt and other accumulated poison coming out of your kidney by urination. Also you will be able to notice the difference which you never felt before.
Parsley is known as best cleaning treatment for kidneys and it is natural!

13.4.10

261 : sejuknya mandi manda~

ini adalah di antara gambar2 kami yang sempat di rakamkan ketika berkelah di air terjun Batu 9, Ulu Chepor. kawasan air terjun ni di dalam area Ipoh juga, tk jauh dr umah saya...

kenangan yang tk dapat di lupakan. dah hampir setahun aku tak berkelah di sini. oleh kerana hujung minggu lepas, ramai anak2 buah aku dtg ke Ipoh, sooo...kami pun ambil kesempatan ini utk berkelah & bermandi manda sepuasnya...lagipun cuaca panas ni..besh oooo mandi..




oleh kerana musim panas, air di sungai ni agak cetek. itu yang buat aku berani duk lama2 dlm air..maklum ler..aku ni tak tau berenang...air cetek berani lah!


ooopppss...tutup mata..ini lah aksi terlampau dr mereka2


wakakkakakaka...........yang ini udah lari dari tajuk. jgn terkezut yea...akak baru lepas convo..
PHD tu...(permanent head damage)

8.4.10

260: pantun moden masa kini

aku terjumpe pantun moden di bawah ini..
hati rasa tertarik pulak....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Demikian sekumpulan manusia sekarang
Berpakaian rebeh berambut panjang
Di sebut rocker dek banyak orang

Terpekik terlolong di sepanjang simpang
Bergaullah mereka lelaki perempuan
Menjenguk masjid pula dipantangkan
Haram dan halal tak tau membezakan

Hangit hapak berbau kat badan
Mereka ini usahlah dilarang
Walau perbuatan dilihat curang
Mereka 'kan berlagak seperti hulubalang

Kepandaian ditunjukkan tak seperti orang
Sekumpulan lagi banyak menyuruk
Makan dan minum biasanya yang mabuk
Duduk berkhayal bukan dek mengantuk
Bila tak berpunya sanggup bertumbuk

7.4.10

259 : aku sedang bersedih, korang tau tak?

tau kenapa?
sebab si oren tu dah hilang
kucing kecik yg baru aku pelihara itewww..
dia dah hilang, mungkin juga dia sesat..
tak tau nak balik ke rumah lagi..

yang paling aku sedih..
tkde siapa nak berkongsi masalah ni dgn aku..

mereka2 itu..cakap..

"elok pun hilang, tk suka lah kucing tu..
kencing merata-rata"

itulah kata-kata mereka..

sedih kan aku! pada hal aku lah yang lap & cuci semua

6.4.10

258 : aku tak tau apa nak masak harini. buntu pikiran aku weiii

yang ada dlm peti sejuk cuma beberapa ketul ayam
semalam aku dh masak kurma ayam
arini???

## terima kasih pada follower joHN meskipun bukan nama sebenar##

5.4.10

257 : bila aku bersukan

ini cerita sukan tahunan Tadika Zamrud. Tadika anak perempuan aku..semalam.

acara bermula dari pukul 8.30 hingga 12.00 tengahari. Amira hanya masuk 2 acara saje, isi air dalam botol dpt tempat ke-3 dan susun nombor dpt tempat pertama. Pelajar di Tadika ni dari umur 4 tahun hingga lah enam tahun. Amira belajar di dlm kelas 6 tahun.

Cuaca semalam punya lah panas...fuih..berpeluh-peluh haku. Ada jugak acara2 untuk ibubapa tapi kami tak sertai pun..aku takut kalah..nnti malu hehehheh

yang paling bestnya, ada lah beberapa hadiah Lucky Draw..orang lain semua dpt...sungguh kecewa, aku habuk pun tarak....sian kan...tkpe lah..tkde rezeki lah itewww!

ini gambar Amira tengah susun nombor. Dia peserta pertama dlm kumpulan. Susun nombor 1 hingga 3...senang banget dong!

ini pula semasa acara isi air dlm botol gunakan span. Amira peserta pertama dlm kumpulan juga. Aku tengok dia buat dengan cepat, tapiiii....air lebih banyak tumpah keluar dari masuk ke dlm botol. Tu pasal mereka tk menang kali ini...orang lain peserta pertama, air sudah separuh botol...Amira..emmm...sikit bebenor...



di bawah ni pulak gambar dia orang ambik hadiah. dapat medal aje. tahun lepas dapat juga hadiah buku-buku + alat tulis. tahun ini cuma medal..semedal-medalnya...budak2 tak berapa happy bila dpt medal...dia campak je sana sini hehehhehe



gambar di bawah ini pulak semasa perbarisan. pembukaan sukan tahunan..

yang di bawah ini pulak...gambar mak cik senah...ooppppssss mak cik ITA ler.......
ahahhahahh tk pasal pasal dia nak enteprem...saje je nak menyedapkan cerita....layansss....

2.4.10

256 : Al-Fatihah~

Al-Fatihah buat Din beramboi..tak sangka begitu cepat dia menemui Ilahi..

selalu aku gelak sorang2 bila dengar celotehnya bersama Pak Nil di radio Era..

kini semuanya udah tkde...nyawa pergi hanya dgn sekelip mata..

kita entah bila pula??

thank you follower no#52 Mummy FerrizRizqin

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...