Dalam riwayat; Nabi s.a.w mendorong kita untuk tidak meninggalkan sahur, Baginda bersabda
"Makan sahur adalah barakah, maka janganlah kalian meninggalkan nya
meskipun kalian hanya meneguk seteguk air"
sesungguh nya sahur itu amat penting ye.
"Makan sahur adalah barakah, maka janganlah kalian meninggalkan nya
meskipun kalian hanya meneguk seteguk air"
tetapi skrg ianya sudah pun menjadi ikutan kpd semua kaum. biasanya semasa perayaan Hari Raya kita terima paket hijau, jadi itu bukan ang pau ye...mungkin green pau :)
zaman skrg kalau kita tak beri angpau semasa hari raya, kita sendiri akan berasa tk syiok, malu pun ada, takut di katakan kedekut lah...dan mcm2
tahun ni harga barangan semua nya naik, tapi gaji aku tak naik-naik. boleh agaknya aku turunkan sikit kuota utk ang pau tahun ni? kebiasaan nya RM5 di beri kpd anak2 saudara terdekat dan RM2 kepada yang lain-lain. plan aku utk Raya tahun ini nak isi RM1 untuk semua. sama rata..........ok ke? heheheheh Jgn ada yang rasa nak beri penampau plak kat aku..
Yang penting nya;
Jangan pandang pada isi atau nilai di dalam sampul ang pau tersebut, tetapi pandanglah kepada keikhlasan si pemberi
boleh gitu?

Ntri sebelum ini daku cerita pasal kad raya. Ntri yang ini pun masih bercerita tentang suasana Raya jugak, iaitu cerita tentang mercun.
Seriyes, aku memang suka main mercun setiap kali hari raya datang. tabiat ni semenjak aku kecik2 lagi. bila ada bunyi mercun baru meriah suasana raya. sanggup bangun subuh-subuh, sebab nak main mercun. masa dulu2 aku hanya main mercun lidi, mercun papan, mercun tarik...ini aje jenis mercun yang aku ingat..
dan sekarang, penyakit ini dah pun berjangkit kepada anak2 lelaki daku. mulai 1 puasa, mereka dah mula simpan duit, RM2 sehari hanya untuk membeli mercun. yang daku pulak berikan galakan, daku beri sokongan moral kepada mereka, sekaligus sokongan duit, okeh.
Mercun yang mereka idamkan ialah mercun bola. RM32 untuk seratus bijik. Mercun ni memang kuat bunyinya. amat kuat sekali. tapi aku tak lupa juga berpesan dgn mereka supaya main dengan berhati-hati..kalau terkena jari..putus...nauzubillah.
ramai yang kata membeli mercun ni sama seperti membakar duit. ianya juga membahayakan keselamatan. aku setuju, amat2 setuju dengan stetmen tersebut. tapiiiiii setahun sekali membakar duit apa salahnya kan..utk keseronokkan. beli baju raya banyak2 helai pun membazir jugak. sungguh, aku tk beli baju raya banyak helai..cukup ler mana yg ada, tp aku membazir cara lain pulak....
Biarlah gambar berbicara. Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...