26.5.11

412 : Show me yr style

tetiba rasa gatai nak masuk contest ni "Show Me Yr Style"


yang di anjurkan oleh AHC



kepada yang ingin memberi sokongan..........


langkah pertama sila klik "like" pada link Al-Humaira Contemporary





kemudian.......klik "like" pada gambar I, spt link di bawah





saje je nak suka2...sedor diri ni dah tua...tapi teringin ler plak ambil bahagian


tau.......pasti nya tak akan menang..


sekadar mencuba

23.5.11

411 : biLa beRsaMa

ayam2 yang menjadi mangsa di mlm itu

ayam ini juga..sedang di mandikan minyak


mereka yang menyerikan majlis

gaya je lebih..yg penat membakar..tu yg baju biru tu..thanks ILA (anak menantu)


berposing bersama pisang tergantung hahahah


punya ler sibuk makan..tu..penuh mulut..


tuan punya blog & anak perempuan ku


biLa beRsamA~ riang ria..smpi nmpak semua gigi
ngeh3x



yes..tajuknya pun bila bersama. sebenarnya ini adalah gambar2 family gedering kami pada malam sabtu lepas. kami just buat bbq yang simple mimple aje...tapi yang pastinya amat menyeronokkan, & akan menjadi kenangan manis buat kami semua.

Bukan senang, nak kumpul ramai2..nak masak masak..makan makan...sebab masing2 sibuk dgn hal sendiri. Kami luangkan juga masa untuk bergeder geder...bersama sama...happy youu..

BBQ ini kami adakan di rumah pusaka mak pak daku di Lekir, Sitiawan Perak.. umah kelahiran ku..



Sesungguhnya.....terasa amat rindu akan suasana di kpg terchenta..


kalau lah masa boleh di putar semula ke belakang...alangkah indahnya..boleh aku masuk darjah satu semula...bermain-main di kpg, di rumah ini..tapiiii


sayangnya...semua itu terlalu mustahil..


mak & bapa ku pun dah tak ada.....


Al-Fatihah utk mereka..meskipun kami bergumbira malam itu......namun...kami tetap ingat kpd arwah kedua...A-Fatiha~


5.5.11

410 : jom senyum

kalau saya senyum
kamu mesti senyum sekali

kalau kita senyum, ia akan berjangkit
kalau semua senyum, dunia tak ada penyakit


Note: ini ada lah lirik lagu yang aku dengar pagi tadi
selalu smbil drive aku suka ON sinar FM
tapi hari ni lain, aku ON perak FM pulak..
tu yang dengar lagu nih.

aku tertarik dgn lirik lagu nih..
simple tapi sungguh bermakna..

siapa penyanyi lagu ini..
sumpah, mmg aku tak tau
ini pertama kali aku dengar..
duet, laki n pompuan ...

jom...senyum.

30.4.11

409 : May - Selamat Hari MAmA

bulan Mei ni ada lah bulan Menyambut hari Ibu..

Anda, mama yang mana??

# Mama serba sempurna
Mahu segalanya sempurna di mata; suami, anak-anak dan rumahtangga

# Mama sukar dijangka
Memang suka mencipta situasi kurang senang di kalangan anak-anak. Moodnya sekejap bagus, boleh pula bertukar sekelip mata. Sengsara anak2 dibuatnya

# Mama "aku yang utama"
Mementingkan diri sendiri. Kerjaya dan kejayaan diri paling utama. Anak-anak sudah jatuh nombor 2

# Mama menyelenggara
Mendidik anak2 dengan pengetahuan lengkap agar tidak tercicir dlm pancaroba duniawi

# Dia Sahabat, Dialah MAMA
Seronok kalau dpt ibu jenis ini, segala masalah boleh dikongsi bersama..



AKU? Rasanya kategori " MAMA sukar dijangka"
Kamu bagaimana?

29.4.11

408 : cokodok istimewa




ini cokodok pisang pertama yang aku hasilkan setelah 39 tahun hidup di dunia..

rupa mmg tak berapa elok

tapi rasa...nyum..nyum..mcm hotel 5 bintang punya resipi..

(ada ke menu cokodok kat hotel 5 bintang? hahhahahah

21.4.11

407 : !

malam

malam yang kelam..

malam yang hitam..

aku..

diam

dan terus diam..

selamat malam...

16.4.11

406 : sMs

Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 & 11/11/11 serta bukan itu sahaja, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini, keputusan nya ialah 111...sama buat semua orang bukan? ini adalah tahun kekayaan.. Pada bulan Oktober akan ada 5x hari ahad, 5x hari isnin dan 5x hari sabtu, ini hanya akan terjadi sekali setiap 823 tahun tahun seperti ini di kenali sebagai tahun " beg kekayaan" bermaksud .. sila hantar kepada 8 kawan2...bla...bla.. (ini sebenarnya adalah text SMS yang banyak kali dah aku terima. bila dengar je kekayaan, kita pasti tertarik ye..untuk mencuba menghantar SMS sebegini.. tapi..sebenarnya..karut..toksah nak percaya lah ek..buat rogi duit SMS kita jerk..) saje nak share..korang ada tak dpt SMS camni???

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...