21.5.12

432 : SuN block

arini nak cerita pasal sun block pulak.  korang mesti dah tau apa itu sun block yea...ada ke yg tak tau ni? zaman sekarang kebanyakkan dr kaum kita dah biasa mengguna kan suN block ini kan...

SuN block ini sangat penting untuk melindungi muka kita dari pancaran matahari.  Seterusnya dapat mengelakkan cancer kulit.  Dah tau dah? Penting kan..ini sun block..ada juga sesetengah sun block yang boleh di jadikan make-up base.

Ini ada lah sun block pertama dalam hidup yang aku gunakan.  Keluaran Etude House, sun block ini mengandungi SPF 42 PA++..
Sebelum ini aku tidak pernah menyapu sun block ke muka, cukup lah sekadar SPF yang ada di dalam moisturizer atau foundation yang aku gunakan.
Setelah blogwalking..di dalam beberapa blog...akhirnya aku dapat tahu betapa pentingnya sun block ini pada kulit wajah.  Ada juga yang tersalah faham..sun block ini BUKAN untuk memutihkan muka yea dong!! tetapi untuk melindungi muka kita dari pancaran UV atau sinar matahari..
Kepuasan Penggunaan : 8/10
Harga : 9/10

Nota kecil : Ini cerita ikhlas ku, bukan ceriTa orang LaiN~

19.5.12

431 : Aduh!! Gatal nya

 hehehe..asmkm semua..memang aku gatal..gatal kepala. itu ler masalah yang melanda kulit kepala ku...bukan kerna ada kutu tau..........tapi kerna kelemumur yang sangat2 degil..macam2 shampoo yang telah ku cuba tapi..hampesss belaka..



 Pantene anti-dandruff.  Ini ler shampoo yang paling lama aku guna. Pada mula nya serasyi bersama. lama kelamaan kelemumur semakin membiak.. tahap kelembutan rambut masa menggunakan shampoo ini memang mabeles!!! lembut sangat. bau pun besh.
Kepuasan penggunaan : 9/10
Harga : 9/10
Masalah kelemumur & gatal kepala ku semakin menjadi-jadi. Kelemumur sudah berkeping keping pulak tumbuh kat kulit kepala.  Ntah zat apa yg membuatkan ia subur beno atas kepala ku yea???
Teringat nak tanya kawan2, mana le tau kot kot ada petua atau shampoo yang benar benar berkesan.  Ada sorang kawan mengrekemen kan produk Himalaya..korang tengok gambar tu.. alhamdulillah, sudah hampir sebulan menggunakan, ianya memang membantu.  kelemumur masih ada, tkde la 200% hilang. tapi hanya tinggal sedikit sahaja..& yang pasti tidak menganggu..tk de la nak menggaru garu kepala mcm monyet...hikihkikhk..
 Kepuasan Penggunaan : 10/10
Harga : 10/10


 Ini lah set pelembut atau conditioner yang aku guna kan bersama..



Selain itu aku juga gunakan protein hair cream mcm dlm gambar tu.. Gunakan hair cream ini sebelum & selepas cuci rambut..Perghhhh,,bau dia besh...wangi..Rambut akan jd sentiasa wangi..Tak caya??? cuba lah.

Nota hati kecilku: Segala pendapat & komen mengenai barangan ini adalah mengikut kesesuaian diri saya, Mungkin tidak sama pada diri anda...

18.5.12

430 : BB Cream

 dah lama sangat tak update blog ni..tak tau nape tiba-tiba macam teringin saje rasa nak buat review pasal benda alah ni..tiba2 pulak nak jadi pakar kecantikkan ke? oh! tidak sama sekali.
 dulu BB cream ni tak lah sepopular mana pun, tapi lama kelamaan ianya menjadi semakin popular. maklum lah, ianya sangat mudah di gunakan..terdapat macam-macam kebaikkan hanya di dalam 1 tiub kecil.

BB cream maybeline clear smooth, ini adalah BB cream pertama yang aku beli dan aku guna.  Tekstur agak lembut dan senang nak apply, itu antara kebaikkan nya.  Keburukkan nya pulak, muka aku jadi agak kering selepas menggunakan BB Cream ini.  Kesan ini hanya pada kulit muka aku, mungkin tidak sama pada orang lain.
Tahap kepuasan penggunaan : 8/10
Harga : 8/10
 Ini pulak BB cream kedua yang aku gunakan.  Magical makeover.  Keluaran cosway.  Ada testimoni yang mengatakan BB cream ini sama spt BB cream Misha..mmm.  Aku tak berapa puas hati dengan BB Cream ini sbb ianya agak pekat, tak bes nak sapu kat muka.
Kepuasan Penggunaan : 5/10
 Harga : 8/10





Yang ini ada lah BB Cream yang aku gunakan sekarang.  Sangat Bes.  Tekstur yang halus dan mudah di sapu, mudah meresap ke dalam kulit muka.  Tak rugi beli ye..BB Cream Avon
Kepuasan Penggunaan : 10/10
Harga : 9/10

Nota hati :  Ini adalah review bagi diriku..mungkin tidak sama pada orang lain..


1.2.12

18.1.12

428 : Happy CNY & Slmt becuti

dah lama benar tak mengapdet blog ku ini..ketandusan idea..kekeringan cerita

tahun baru cina semakin hampir...sudah kedengaran sekali sekala bunyi mercun...aku sangat suka dengar bunyi mercun..tak kira lah mercun jenis apa...tak kira lah perayaan apa...aku suka..suka...suka main mercun juga..(itu masa anak2 dulu la..)

CNY kali ini cantik sekali..cutinya
sabtu, ahad, isnin, selasa...4 hari tu
mesti ramai yg merancang utk bercuti-cuti m'sia juga..
jalanraya akan sibuk...kereta berpusu-pusu..
ini perkara biasa yg kita tengok bila tiba musim perayaan

Selamat Bercuti Semua! (aku sambung cuti lagi 2 hari pada 25hb & 26hb, macam aku pulak yang nak raya ye)

31.12.11

427 : Slmt tahun baru

Dah lama tak apdet blog yang ini

selamat tinggal 2011

ketemu 2012..

apa kejayaan dalam tahun 2011? tak ada apa2..

apa azam tahun 2012? tak ada apa2..

5.11.11

426 : Slmt balik kpg


jom balik kampung...kat sini kpg bapak aku
kat sana kpg bapak kau

Slmt Hari Raya Korban..
Slmt Hari Raya Haji..untuk semua pak haji..

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...