23.5.12

434 : pembersih wanita


ok, asmkm semua pembaca, itu pun kalau ada yg sudi baca blog sy ini..ehheeh. arini nak buat review pasal pembersih wanita, jadi, sy harap pembaca lelaki buat tak tau dulu utk topik arini yea..
perempuan atau wanita memang suka pada kebersihan...sy rasa lebih ramai wanita yang pembersih berbanding dgn yang pengotor..eee..busuk kan...uwekkk..



sebelum ini saya menggunakan pembersih wanita keluaran AVON. tp malangnya tidak lah sesuai...terasa gatal-gatal. malu kan..kalau gatal kat tutttt...nak pi klinik..nak suruh doktor check.  jadi, lebih baik pilih produk yang benar2 bersesuaian dgn diri kita.  alhamdulillah, selepas sy mencuba produk keluaran SAFI ini..ianya amat berkesan. sudah lama sy guna kan produk ini.



 yang warna biru ini...yang paling saya suka..bau nya sungguh wangi. ianya amat sesuai utk hari aktif
yang ini juga saya suka..tp lebih suka pada yang biru..
yang merah tu, amat sesuai waktu kita datang bulan..bukan datang bintang yea..
tapi sy, hanya stay kpd yang kaler biru tu aje. tk kira ler waktu datang bulan ke, datang bintang ke, datang matahari ker..
cuba lah..kalau masih belum jumpa produk yg sesuai utk kamu
Di datangkan dlm pek kecil yang mudah di bawa ke mana...beserta kandungan PH 3.5 yg rendah gitttuuuu......

Kepuasan Penggunaan : 10/10
Harga : 9/10


Nota kuku : Hasil mungkin berbeza bagi setiap individu

22.5.12

433 : Bibir menawan~ Lip Defense

haaa..asmkm semua! hari ni nak buat review pasal bibir segar menawan ler pulak.  hasil dari blogwalking juga lah saya dapat tahu akan kebaikkan menggunakan Lip Defense/Lip Balm setiap hari..terutama nya sebelum memakai lipstik..atau gincu.  Korang pernah tak dengar perkataan 'gincu'? hehehe...org dulu2 suka sebut gincu yea..skrg anak2 umur 3 tahun pun pandai sebut lipstik..cewahhh! bila sebut 'gincu' tak reti plak dia org..ehhhe


gambar di atas adalah Lip Defense Sebamed. saya biasa menggunakan lip balm ini. tp lip balm ni tkde color..dia putih jernih gitu..juga mengandungi SPF25++
kebaikkan nya : ia dpt memperbaiki bibir yang kering & pecah dengan cepat & berkesan.  Ia mengandungi Vit E dan juga ekstrak Camomile.  Terdapat penapis UVA & UVB utk mempertahankan bibir kita dari pancaran sinaran matahari.
Kita elok memakai Lip Balm/Lip Defense ini sebelum kita menyapu lipstik.  Tkde la, bahan kimia dari lipstik tu, terus ke bibir kita yang mungel itu dong! at least ada selapisan lip balm yg menghalang, paling tidak pun mengurangkan bahan kimia dr lipstik tembus ke bibir kita


yang ini In2It lip treat.  Sy pakai yang ini juga. Sy biasa guna perisa Strawberry dgn SPF20++..udah mcm minuman pulak ye..Lip treat ini ada berbagai-bagai perisa..cuba tengok gambar kat atas tu.  Buat masa ini sy guna perisa strawberry ..ada sedikit kaler kemerah-merahan.  Itu yang bes tu. bibir nampak lebih natural.  Lip treat ini di perkaya dengan pelembap utk menyihatkan bibir kita..Tak Caya? Cuba dulu baru tau...
Kepuasan penggunaan bg kedua-dua Lipbalm : 8/10
Harga : 9/10

ok sekian, itu la laporan sy kali ini..
Apa yang sy tulis adalah berdasarkan pengalaman sy sendiri..mungkin tak sama dgn orang lain..

21.5.12

432 : SuN block

arini nak cerita pasal sun block pulak.  korang mesti dah tau apa itu sun block yea...ada ke yg tak tau ni? zaman sekarang kebanyakkan dr kaum kita dah biasa mengguna kan suN block ini kan...

SuN block ini sangat penting untuk melindungi muka kita dari pancaran matahari.  Seterusnya dapat mengelakkan cancer kulit.  Dah tau dah? Penting kan..ini sun block..ada juga sesetengah sun block yang boleh di jadikan make-up base.

Ini ada lah sun block pertama dalam hidup yang aku gunakan.  Keluaran Etude House, sun block ini mengandungi SPF 42 PA++..
Sebelum ini aku tidak pernah menyapu sun block ke muka, cukup lah sekadar SPF yang ada di dalam moisturizer atau foundation yang aku gunakan.
Setelah blogwalking..di dalam beberapa blog...akhirnya aku dapat tahu betapa pentingnya sun block ini pada kulit wajah.  Ada juga yang tersalah faham..sun block ini BUKAN untuk memutihkan muka yea dong!! tetapi untuk melindungi muka kita dari pancaran UV atau sinar matahari..
Kepuasan Penggunaan : 8/10
Harga : 9/10

Nota kecil : Ini cerita ikhlas ku, bukan ceriTa orang LaiN~

19.5.12

431 : Aduh!! Gatal nya

 hehehe..asmkm semua..memang aku gatal..gatal kepala. itu ler masalah yang melanda kulit kepala ku...bukan kerna ada kutu tau..........tapi kerna kelemumur yang sangat2 degil..macam2 shampoo yang telah ku cuba tapi..hampesss belaka..



 Pantene anti-dandruff.  Ini ler shampoo yang paling lama aku guna. Pada mula nya serasyi bersama. lama kelamaan kelemumur semakin membiak.. tahap kelembutan rambut masa menggunakan shampoo ini memang mabeles!!! lembut sangat. bau pun besh.
Kepuasan penggunaan : 9/10
Harga : 9/10
Masalah kelemumur & gatal kepala ku semakin menjadi-jadi. Kelemumur sudah berkeping keping pulak tumbuh kat kulit kepala.  Ntah zat apa yg membuatkan ia subur beno atas kepala ku yea???
Teringat nak tanya kawan2, mana le tau kot kot ada petua atau shampoo yang benar benar berkesan.  Ada sorang kawan mengrekemen kan produk Himalaya..korang tengok gambar tu.. alhamdulillah, sudah hampir sebulan menggunakan, ianya memang membantu.  kelemumur masih ada, tkde la 200% hilang. tapi hanya tinggal sedikit sahaja..& yang pasti tidak menganggu..tk de la nak menggaru garu kepala mcm monyet...hikihkikhk..
 Kepuasan Penggunaan : 10/10
Harga : 10/10


 Ini lah set pelembut atau conditioner yang aku guna kan bersama..



Selain itu aku juga gunakan protein hair cream mcm dlm gambar tu.. Gunakan hair cream ini sebelum & selepas cuci rambut..Perghhhh,,bau dia besh...wangi..Rambut akan jd sentiasa wangi..Tak caya??? cuba lah.

Nota hati kecilku: Segala pendapat & komen mengenai barangan ini adalah mengikut kesesuaian diri saya, Mungkin tidak sama pada diri anda...

18.5.12

430 : BB Cream

 dah lama sangat tak update blog ni..tak tau nape tiba-tiba macam teringin saje rasa nak buat review pasal benda alah ni..tiba2 pulak nak jadi pakar kecantikkan ke? oh! tidak sama sekali.
 dulu BB cream ni tak lah sepopular mana pun, tapi lama kelamaan ianya menjadi semakin popular. maklum lah, ianya sangat mudah di gunakan..terdapat macam-macam kebaikkan hanya di dalam 1 tiub kecil.

BB cream maybeline clear smooth, ini adalah BB cream pertama yang aku beli dan aku guna.  Tekstur agak lembut dan senang nak apply, itu antara kebaikkan nya.  Keburukkan nya pulak, muka aku jadi agak kering selepas menggunakan BB Cream ini.  Kesan ini hanya pada kulit muka aku, mungkin tidak sama pada orang lain.
Tahap kepuasan penggunaan : 8/10
Harga : 8/10
 Ini pulak BB cream kedua yang aku gunakan.  Magical makeover.  Keluaran cosway.  Ada testimoni yang mengatakan BB cream ini sama spt BB cream Misha..mmm.  Aku tak berapa puas hati dengan BB Cream ini sbb ianya agak pekat, tak bes nak sapu kat muka.
Kepuasan Penggunaan : 5/10
 Harga : 8/10





Yang ini ada lah BB Cream yang aku gunakan sekarang.  Sangat Bes.  Tekstur yang halus dan mudah di sapu, mudah meresap ke dalam kulit muka.  Tak rugi beli ye..BB Cream Avon
Kepuasan Penggunaan : 10/10
Harga : 9/10

Nota hati :  Ini adalah review bagi diriku..mungkin tidak sama pada orang lain..


1.2.12

18.1.12

428 : Happy CNY & Slmt becuti

dah lama benar tak mengapdet blog ku ini..ketandusan idea..kekeringan cerita

tahun baru cina semakin hampir...sudah kedengaran sekali sekala bunyi mercun...aku sangat suka dengar bunyi mercun..tak kira lah mercun jenis apa...tak kira lah perayaan apa...aku suka..suka...suka main mercun juga..(itu masa anak2 dulu la..)

CNY kali ini cantik sekali..cutinya
sabtu, ahad, isnin, selasa...4 hari tu
mesti ramai yg merancang utk bercuti-cuti m'sia juga..
jalanraya akan sibuk...kereta berpusu-pusu..
ini perkara biasa yg kita tengok bila tiba musim perayaan

Selamat Bercuti Semua! (aku sambung cuti lagi 2 hari pada 25hb & 26hb, macam aku pulak yang nak raya ye)

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...