29.1.10

227 : botak


salam hari Jumaat, moga hidup kita akan terus diberkati..
di atas gambar rambut hero sulung daku, yang telah dicantas oleh guru disiplin nya semalam. biarkan dia rasa, kerana nak nmpak ensem sangat kunun..takut nak potong rambut tu pendek2..
harini dia kata nak pi sekolah pakai SONGKOK...

28.1.10

226 : kepala

dahsyat sungguh ye!
kalau dah smpai kepala babi hutan di letakkan di depan masjid..
apa tindakan yg boleh kita ambil..
rasa terhina sungguh

27.1.10

225 : gambar apa

gambar apa kat blkg duit-duit ni semua?

salam penuh keceriaan,

nak tanya soklan jap..
korang perasan tak ada gambar apa kat belakang Ringgit Malaysia ~ RM1, RM5, RM10 RM50 dan seterusnya..
aku harini baru perasan..itu pun selepas di tanya oleh seseorang yg cuba menguji kepintaran aku..
ternyata aku tak cukup pintar dan bukan sorang rakyat malaysia yg baguih~


baru korang teringat nak tengok ek???

224 : kisah week end mggu lepas

ini cerita hari Ahad lepas...

kami berjalan2 ke Kuala Kangsar, lepas makan, beli belah sikit....kami singgah di Galeri Sultan Azlan Shah~ Sultan Perak (yg penuh kontroversi tidak lama dulu)

ini pandangan galeri dari depan..siap ada labu sayung lagi, trademark utk Kuala Kangsar barangkali

ini galeri kereta milik tuanku...kebanyakkan koleksi ada dari jenis Roll Royce (betul ke ejaan aku nih?)


kerusi ini juga ada di pamerkan di dalam galeri tersebut. tempat bersemayam tuanku..aku kira.

di sebelah tepi ada pulak taman tmpt riadah. sambil nak menghilangkan penat & rasa sakit kaki oleh kerana terlalu lama berdiri..kami pun singgah berehat-rehat di sini

ini lah wajah ceria yg sempat aku abadikan bersama kenangan di Galeri Sultan Azlan Shah, KK

jgn lepaskan peluang menatap wajah tuan empunya blog yang agak tembam itewww)

salam............

25.1.10

223 : hari senin



selamat bekerja semua. hari senin hari yg membosankan. mmg susah nak start enjin yea!
pagi petang ada meeting harini. buhsan~
salam~

22.1.10

222 : lagu

lalallalala
hati ku menyanyi riang
harini gaji
esok cuti..lusa pun cuti

20.1.10

221 : tanda-tanda

sekadar renungan bersama. semua yang hidup pasti akan mati. cuma kita tak tahu masa & ketika nya saje. ini ada beberapa tanda orang2 yg akan menemui ajalnya..nauzubillah. sesuatu dari email utk kita kongsi bersama.

TANDA 7 HARI (lagi 7 hari nak mati)

Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...