20.9.19

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan..
Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan
Majlis sebelah perempuan 31/8/2019 - Kelantan
Majlis pihak lelaki 14/9/2019 - Pahang

Sungguh meriah..kenangan manis nih!!




601 : Fenomena Jerebu

Salam Semua, Dah lama tak berblog..

Sekarang kita semua tahu  dengan masalah jerebu yang dah berminggu-minggu belum ada jalan penyelesaianya..Ye, selagi tak diizinkan Allah, semuanya tak akan pulih..Tapi..Tapiii..kita kena lah berikhtiar bagi berusaha mengatasi setiap masalah..Bukanlah duduk diam goyang kaki aje..Macam tu..Tuhan pun tak suka..

Secara ringkasnya, di bawah ini ada beberapa langkah-langkah bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu.  Almaklumlah, bila jerebu, kita semua mudah mendapat sakit,  sakit kepala, sakit mata, batuk-batuk dan macam-macam lagi.  Yang paling kita risau ialah kanak-kanak dan mereka yang ada masalah Asma dan Sinus, jerebu amat memberi kesan kepada mereka ini..

 
Di bawah ini adalah penerangan mengenai tahap indeks pencemaran yang perlu kita tahu, yang mana satu tahap bahaya dan yang mana satu tahap tidak kritikal..Jangan ambil mudah ye..





Selain  itu kita juga perlu meningkatkan tahap imun badan kita supaya tidak mudah terkena penyakit.  Saya sebagai seorang SID Shaklee yang sah, ingin memberitahu bahawa Nutriferon dapat membantu meningkatkan system imun badan kita..Jadi, ianya amat sesuai diambil ketika cuaca berjerebu sebegini..Tak perlu ambil tiap-tiap hari memadai diambil selang sehari atau seminggu sekali, bergantung pada tahap kekuatan badan seseorang..





Ok lah...tak payah membebel panjang..
Sesiapa yang nak beli produk Shaklee boleh roger ye..012-5150082

Nak ikut fb saya : Rozita Mohd Hasan
IG : rmhrozita

19.4.19

600: Garlic Complex

Salam Sejahtera,
Nampak tak gambar kat bawah tu..yessss Garlic Complex Shaklee
Harini kakak nak cerita pasal Garlic Complex ni

Ramai yang tak lalu nak makan bawang putih mentah so, ini adalah solusinya. Kita ambil saje tablet ni, telan..dah setel.  Tak yah pening pening kepala lagi kan..

Kakak rasa ramai yang tau khasiat bawang putih atau Garlic.  Begitu lah juga si tablet dalam botol kecil di bawah ini:-

Segala khasiat ada tertulis pada gambar, boleh baca perlahan-lahan dan kalau berkenan boleh roger akak kat


Bai..


5.4.19

599 : Pantai Remis


Ini cerita kakak minggu lepas.  Pergi melawat anak buah bersalin kat Pantai Remis kisahnya.  Sambil melawat tu, terus lah merayau-rayau di sekitar kampung nelayan di situ.  Bes tau, pertama kali melawat kampung nelayan, tempat berehat di tepi tepi muara sungai gitu sambil  makan ais kacang & cendol. Perghhhh layannnn…


dah ler cuaca panas lit lit haritu..tak sampai 5 minit habis dah cendol kena hirup. naik pening kepala terkejut..ha ha ha

Pusing-pusing kampung nelayan, sambil naik motor memang suatu kenangan indah.  Mula-mulanya hajat nak singgah beli ikan.  Tunggu orang naik dari laut, segar-segar ikan dan udang.  Murah pulak tu..apa lagi rembat ler..

Lepas tu baru jalan-jalan ke tepi laut, sessi fotografi pulakkks..tau aje lah, kakak memang suka bab tangkap gambar ni..kenangan..dulu2 ada album tapi sekarang semua gambar kenangan disimpan di dalam medsoc..hmmm

Itu je lah cerita kakak kali ini ye..bai







21.3.19

598 : TSY ke Langkawi

15 March hingga 17 March 2019, kami geng TSY sekali lagi melakari kenangan bergedering buat entah keberapa kali nya bagi tempoh persahabatan yang agak panjang.  Bermula dari sesi perkenalan di media social ketika itu tidak terlalu popular lagi seperti harini.  Iaitu pada tahun 2006 hinggalah ke harini 2019. 13 tahun adalah satu masa yang agak panjang..namun kami sangat bersyukur kerana persahabatan ini utuh terjalin.


 Kali ini kami berkumpul di Langkawi.  Masing-masing tiba pada hari yang berlainan.  Ada yang menaiki penerbangan dari KL dan Penang.  Sementara ada juga yang menaiki ferry ke Langkawi kerana negeri mereka tiada perkhidmatan penerbangan domestic.  Sanggup merentas lautan demi menghadiri perjumpaan buat kali ini..pertemuan yang sangat bermakna..Kami happy!
Walau pun kami tidak mempunya agenda yang begitu mantap, kami hanya santai-santai sembang-sembang membawang saje.   Namun kemeriahan dan keserasian itu jelas terasa..Ini pun bukan semua yang dapat hadir, ada beberapa orang lagi yang tidak dapat join di atas sebab-sebab peribadi.

Photoshoot kami kali ini bertemakan kurung kedah dan berkain batik...Terasa anggun sangat, ala-ala makcik Joyah...kahkahkah..Sweet kan?  Bila kami keluar untuk sarapan pagi, ramai pulak yang bertanya dan memuji..wowwww..cantiknya..nak  ke mana? ada acara apa?..kami senyum ria sahaja.

Ini salah satu lokasi photoshoot kami.  Ianya hanya di perkarangan halaman rumah yang kami sewa tu..Kami tinggal di "Teratak Damai Langkawi".  Sebuah rumah ala-ala kampung.  Rumah papan..fuhhh terasa sangat nyaman dan indah...padan sangat lah dengan tema kami berkurung kedah dan berkain batik
Semasa di Langkawi kami takde shopping apa pun.  Just beli sedikit coklat untuk buah tangan di bawak balik dan beberapa helai kain batik.  Itu jer..

Tujuan Utama memang bukan nak bershopping pun..cuma nak santai-santai, lepak-lepak, makan-makan sambal gelak meriah.  Kami dinner di Restoran Halim GP - Gulai Panas..memang best kari dia..perghhhh , 3 hari tak hilang bau kari kat jari..hahaha

Takde apa nak cerita, kesimpulan nya trip ke Langkawi kali ini memang happening walau pun simple..Kami ENJOY!



13.3.19

597: Apa kaitan cerita blood donation dgn VitaLea



Hai..


Lain macam pulak tajuk entry kali ini ye..Panjang, udah macam tajuk drama pukul 7 pulak..eheeehe


Ok lah..kita terus lah kepada cerita kita,


Minggu dulu tempat kerja akak adalah buat Program Menderma Darah.  Kakitangan dari Hospital Raja Perempuan Bainun Ipoh datang ke kilang untuk menjayakan program ini.


Dari 47 penyertaan hanya 27 saja yang layak ke peringkat akhir..cewahhh..macam pertandingan le pulak..


Makna nya dari seramai yang memberi nama untuk menderma darah, hanya 27 orang saja yang layak menderma.  Tahu sebab apa?


Haaa...tu la nak cerita ni..


Setengah dari mereka tak dapat menderma kerana sebab-sebab tertentu, dan diantaranya ialah bacaan HB rendah, iaitu di bawah 12.5.
Hanya mereka yang mempunyai bacaan HB melebihi 12.5 sahaja dibenarkan menderma.


Kesian le pulak..ramai yang sedih sebab dah berniat nak menderma, tup tup sekali tak boleh.  Frust tu dik non..sedih dalam hati..tak siapa tahu..hanya Allah yang tahu..


Oleh itu, adik kakak...mari sini baca ini cerita..kisah Vitalea #Shaklee yang dapat membantu menaikkan bacaan HB darah.  Terutamanya bagi mereka yang hamil


Tapi semua ni ikhtiar kita saje, segala-galanya dengan izin yang Maha Kuasa..kita usaha dan kemudian bertawakal lah..


In shaa Allah kalau konsisten amalkan Vitalea, bacaan HB akan naik. 
Nak lagi best, tambah pulak dengan Vitamin C & BComplex…


Ok lah..Kalau ada masa, baca lah testimoni2 kat bawah ni..


Gambar tu pulak, gambar kawan-kawan yang berjaya menderma darah..


Sebelum tu, nak bagitau..kalau nak beli produk Shaklee..meh roger akak ye


www.whatsaap.my/60125150082Shaklee



 


12.3.19

596 : Sheet Mask




Salam!


harini kakak nak cerita sikit beberapa kesilapan kita bila menggunakan Sheet Mask.
Mungkin kesilapan2 ini akak yang biasa buat tapi tidak pada korang..tapi tak apa lah,
saje nak cerita, manatau bermenafaat pulak kat sesetengah orang..

Jangan sesekali pakai sheet mask ni sampai kering.  Jangan pakai tido dan sampai pagi baru buang.
Sangat-sangat tidak betul ye.  Reverse Osmosis akan berlaku, makna nya segala nutrient atau air dari
muka akan berpindah semula ke sheet mask.  Rugi lah..segala zat-zat serta khasiat dari sheet mask tu tak dapat.  Biasa pakai lah dalam 15-20 minit sahaja

Jangan basuh muka selepas pakai sheet mask. Membazir jer..segala khasiat dibuang pulak.  Memang lah akan ada rasa basah, berair atau melekit-lekit di muka, tapi jangan basuh ye. Just ambik cotton pad dan dab dab kan pada muka sehingga basah tu menjadi kering..jangan lap pulak..Just dab dab kan aje ok..Supaya esen/nutrient dari sheet mask serap masuk ke muka kita..

Pakai mesti lah mengikut turutan pembersihan muka, Maknanya

Cleanser-Toner-Sheet Mask-Moisturizer

Jangan belum cuci muka tapi terus tepek Sheet Mask..Salah ye anak-anak

OK...dah siapppp…

                                          Gambar sekadar hiasan, ehsan pakcik google



602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...