21.3.19

598 : TSY ke Langkawi

15 March hingga 17 March 2019, kami geng TSY sekali lagi melakari kenangan bergedering buat entah keberapa kali nya bagi tempoh persahabatan yang agak panjang.  Bermula dari sesi perkenalan di media social ketika itu tidak terlalu popular lagi seperti harini.  Iaitu pada tahun 2006 hinggalah ke harini 2019. 13 tahun adalah satu masa yang agak panjang..namun kami sangat bersyukur kerana persahabatan ini utuh terjalin.


 Kali ini kami berkumpul di Langkawi.  Masing-masing tiba pada hari yang berlainan.  Ada yang menaiki penerbangan dari KL dan Penang.  Sementara ada juga yang menaiki ferry ke Langkawi kerana negeri mereka tiada perkhidmatan penerbangan domestic.  Sanggup merentas lautan demi menghadiri perjumpaan buat kali ini..pertemuan yang sangat bermakna..Kami happy!
Walau pun kami tidak mempunya agenda yang begitu mantap, kami hanya santai-santai sembang-sembang membawang saje.   Namun kemeriahan dan keserasian itu jelas terasa..Ini pun bukan semua yang dapat hadir, ada beberapa orang lagi yang tidak dapat join di atas sebab-sebab peribadi.

Photoshoot kami kali ini bertemakan kurung kedah dan berkain batik...Terasa anggun sangat, ala-ala makcik Joyah...kahkahkah..Sweet kan?  Bila kami keluar untuk sarapan pagi, ramai pulak yang bertanya dan memuji..wowwww..cantiknya..nak  ke mana? ada acara apa?..kami senyum ria sahaja.

Ini salah satu lokasi photoshoot kami.  Ianya hanya di perkarangan halaman rumah yang kami sewa tu..Kami tinggal di "Teratak Damai Langkawi".  Sebuah rumah ala-ala kampung.  Rumah papan..fuhhh terasa sangat nyaman dan indah...padan sangat lah dengan tema kami berkurung kedah dan berkain batik
Semasa di Langkawi kami takde shopping apa pun.  Just beli sedikit coklat untuk buah tangan di bawak balik dan beberapa helai kain batik.  Itu jer..

Tujuan Utama memang bukan nak bershopping pun..cuma nak santai-santai, lepak-lepak, makan-makan sambal gelak meriah.  Kami dinner di Restoran Halim GP - Gulai Panas..memang best kari dia..perghhhh , 3 hari tak hilang bau kari kat jari..hahaha

Takde apa nak cerita, kesimpulan nya trip ke Langkawi kali ini memang happening walau pun simple..Kami ENJOY!



No comments:

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...