1) Mengapa saya perlu menjaga kawasan peribadi saya/anda?
Kerana kawasan peribadi kita amat sensitif dan mudah dijangkiti bakteria. Jika ianya tidak bersih, anda terpaksa menahan gatal, keradangan dan bau kurang enak sepanjang hari
2) Apakah yang mempengaruhi bau dan keadaan kawasan peribadi saya/anda?
Selain dari kebersihan, ia turut dipengaruhi oleh pemakanan, berat badan dan gaya hidup.
3) Boleh saya gunakan sabun sahaja?
Jumlah PH tubuh dan kawasan peribadi anda jauh berbeza, jadi sabun hanya akan mengeringkan dan merengsa kawasan peribadi anda. Seeloknya gunakan pembersih kawasan peribadi atau feminine hygiene wash yang sesuai.
Nota :: Ada berbagai jenama feminine wash terdapat di pasaran, pastikan jenama yang anda pilih sesuai dgn kulit dan tidak mendatangkan kesan sampingan spt gatal, kekeringan dll.
Selamat membersih!