28.6.10

282 : kehabisan idea

dh lama tk apdet blog
tkde cerita
semua nya aku nampak skrg hanya bola..

21.6.10

281 : sesuatu yg bulat bergolek-golek..di kejar beramai-ramai

bola! bola! bola!

skrg semua ahli rumah aku
di ganggu mimpi ngeri setiap malam
sehingga menyebabkan tidur tk lena,,,

di ganggu mimpi bola..buhsan~

18.6.10

280 : gatalnya~

2 orang anak aku dapat penyakit kudis buta
dah jenuh berubat sana sini sinun..
belum nampaknya nak sembuh 100%
sekolah dh nak buka...penyakit ni berjangkit
aku pun dah ada tanda gatal-gatal..
udah ler aku mmg gatal....
jom makan.......nasi minyak..lapar nih

15.6.10

279 : keli oh keli!

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal


Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak



Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup


Sumber : email

Note : Aku selalu goreng ikan keli meletup???

14.6.10

278 : wedding of the year in my family

entri kali ini adalah sempena majlis pernikahan anak saudara perempuan sy, pada 12 June & 13 Jun di rumah pihak lelaki

ini adalah posing maut adik-adik perempuan pengantin. Dia orang ni anak yatim piatu, kedua ibu dan bapak mereka telah selamat kembali menemui Ilahi. Respek jugak kat dia orang adik beradik kerana berjaya menjadikan majlis ini sukses, meskipun tanpa kedua org tua mereka..makcik2..tk dpt nak membantu sgt...sekadar tukang sibuk tu bole ler...

ini gambar pengantin ketika menuju ke rumah pihak lelaki pd 13 June...alhamdulillah cuaca panas pada kedua-dua harinya.......takut jugak hujan..siap campak baju pengantin kat atas atap lagik..konon-konon nya petua utk mengelak kan hujan...jgn percaya sgt okeh..semua nya dgn kehendak Allah..

ini gambar di mlm hari sebelum potong kek & buka hadiah. Tu bertudung hitam, pengapit kenit tu, Amira..anak perempuan hamba! mlm ni hanya kami anak-beranak saje yg hadir..kami buat majlis tertutup hanya utk family..tkde tetamu jemputan mlm itu..
gambar kami sekeluarga...tk dpt di tayangkan di sini di atas sebab2 tertentu..utk memenuhi permintaan..."supaya ianya tidak disiarkan di blog" heheheh

antara tetamu yang hadir. Fadhil Dani..pelakon yg selalu cakap Perak kat drama2 tu..kpg nya dekat saje dgn kampung pengantin perempuan. kebetulan dia ada bercuti di kpg, maka dia pun dtg sebagai tetamu. yg sebelah menyibuk tu..asben I okeh..tukang sibuk..mana2 pun mesti ada gambar dia..kuikuikui..

ini gambar pengantin dgn mak ciknya yang paling vogue..bukan vogeh okeh...

wajah pengantin ketika di mekap........
Alhamdulillah......selesai sudah satu majlis mendirikan masjid..semoga pasangan pengantin Fadzilah & Hafidz kekal hingga ke anak cucu..





10.6.10

277 : gula

gula oh gula
dah seminggu aku minum teh O kelat tanpa gula
nasib baik beras tk jadi mcm ni
kalu tak...diet seumur hidup lah aku ..

8.6.10

276 : Gedering

Al-kisahnya bermula pada 5-6 June yang lalu..kami geng2 TSY sekali lagi membuat gedering. Oleh kerana geng TSY ini semua berasal dari PERAK, kami pun memilih lokasi gedering di sekitar Negeri Perak juga. Ini merupakan kali ke-2 kami bergeder2. Ramai yang dtg dari jauh, ada yg dari Kelantan, Alor Setar, Penang dan beberapa orang dari Perak sendiri.

Kali ini kami memilih LUMUT sebagai tmpt gedering kami. Gambar di atas adalah saat2 akhir kami di sana, di mana sebelum pulang ke destinasi masing2, kami sempat sopping di kedai makanan hasil laut spt, sotong, ikan masin, ikan bilis dll

kami menginap di hotel yg agak ekonomi, sesuai dgn poket kami sendiri. Kami memilih utk bermalam di hotel Orchard Inn, hampir dgn pekan Lumut. Boleh aku katakan, hotel ni not bad...

Tema kami kali ini adalah kaler 'OREN'. Ini lah aksi2 geng TSY yang cute-mute. Usia bukan penghalang utk kami njoy...........yeaha...mmg happy



tkde xtvt yang spesel kami buat. cuma bersembang2 sampai lebam. selain itu kami hanya bertukar2 EG. Kain ela kaler pink ni aku dpt sebagai EG. Ianya pemberian Erma.

Kesimpulan nya kami sungguh happy & sangat terharu di atas persahabatan yg terjalin meskipun hanya bermula melalui internet..........canggih kan???

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...