21.11.18

594: Dataran Bagan Datuk

Salam..
Ini pulak kisah kami berdua di Dataran Bagan Datuk
Ke sini sebab anak kedua ada hal kat Kolej Komuniti Bagan Datuk
Sementara menunggu dia selesai, kami lepak-lepak la kat sini.
Dalam 30 minit perjalanan dari Kolej Komuniti Bagan Datuk ke sini


 Ini salah satu gambar aku di situ. Cantik pemandangan di sini, luas dan bersih

 Sebab bersih lah aku sampai berani duduk kat lantai macam tu...teruk kan..


 Pemandangan di tepi sungai, maaf la aku tak tau nama sungai tu.  Sg Bagan Datuk la kot..kahkah

 Posing-posing kosong..

 "Welcome To Bagan Datuk"


 Sungguh luas persekitaran di sini, bersih

 Gambar makcik pancing udang.  Dapat lah dia 4 ekor masa tu, udang galah..besar lah jugak





Banyak tempat-tempat cantik untuk ambil gambar. Kalau pasangan pengantin ambil gambar outdoor kat sini pun sure menarik. 
Habis cerita!

593 : Percutian Ke Penang

Hai..Salam
Macam dah lama tak update blog kan..
Hidup ni semakin tua semakin sibuk..hahaha
Masa cepat sangat berjalan sekarang ni..

Minggu lepas 17th November, kami sekeluarga pergi bercuti.  Percutian bajet untuk kami..
Memandangkan tak ada belanja besar kan..cuti yang bajet2 aje cukup lah, yang penting dapat get together.  Faham-faham lah bila anak-anak dah besar, dah kerja, masing-masing ada agenda sendiri, payah nak dapat peluang bersama macam ni..



Kami stay kat Holiday Inn Resort, untuk 2 hari 1 malam.  Hotel nya ok lah, 4bintang. Ada private pool dan terletak di tepi laut Batu Feringhi.  Sangat-sangat best, boleh tengok sunrise dan sunset.  Masya-Allah, sesungguhnya cantik bumi ciptaan Allah ni..hihi




Oleh kerana kami bercuti pun tak lama, tak banyak tempat yang kami lawat. Faham-faham lah dengan keadaan jalan yang jem di Penang ni..fuhhh memang menguji kesabaran. Jalanraya yang sempit, kereta banyak, parking sangat-sangatlah susah.


 Ini gambar atas katil dalam bilik hotel..

 Ini pemandangan lampu-lampu yang memang lah teramat cantik di Penang Avatar Secret Garden.  Perghhhh memang lah cantik bila waktu malam. Tapiiiiii mak ai, nak masuk ke situ punya lah susah, jalan sempit dicelah-celah rumah flat, sebelum sampai ke tempat parking.  Bayaran dikenakan RM5 bagi sebuah kereta dan RM1 seorang kalau kita masuk berjalan kaki.


 Ini pun sama di Avatar Secret Garden, penuh dengan lampu-lampu

 Posing last kami berlima sebelum check-out.

Ini gambar Ferry Penang.  Waktu nak masuk ke Penang kami lalui jambatan yang baru.  Masa nak balik kami menaiki ferry ni.  Best jugak. Tapi masa perjalanan yang pendek lebih kurang 15min, tak puas rasa hati melihat pemandangan cantik sambil layan angin sepoi-sepoi dari laut..
Habis cerita!!

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...