26.12.13

553 : Santai di betin, Tanjung Kepah Lekior

Update kali ni kejadian yang berlaku pada 25hb lepas..cuti Xmas.  Aku balik kampung, kebetulan pulak ada gedering grup fb (Grup Anak Lekir) di pantai tanjung kepah.  So, ada ler sikit gambar utk menjadi kenang kenangan.

Tanjung Kepah ni laut air masin..berselut, maka di situ ada la, kerang siput gayam, siput sudu..ghemeh..pendek kata ada bermacam2 jenis siput, yang tak tau nak aku nama kan.  dulu masa kecik2 bila musim cuti sekolah macam ni, selalu je naik basikal pegi ke sini.  Seronok..maklum ler, zaman anak-anak, semua mende yang kita buat rasa seronok..


 Ini ler ghuper siput ghemeh



 Ini lah rupa keadaan pantai masa tu..air surut..kering..maka yg nampak hanya lah selut dan rumpun paya bakau.


Di pantai ni boleh juga nak cari siput..ghemeh nama nya.  Korek dlm pantai tu..keluar ler dia.  Tapi smlm siput yang ada agak kecil..

No comments: