Salam!
harini kakak nak cerita sikit beberapa kesilapan kita bila menggunakan Sheet Mask.
Mungkin kesilapan2 ini akak yang biasa buat tapi tidak pada korang..tapi tak apa lah,
saje nak cerita, manatau bermenafaat pulak kat sesetengah orang..
Jangan sesekali pakai sheet mask ni sampai kering. Jangan pakai tido dan sampai pagi baru buang.
Sangat-sangat tidak betul ye. Reverse Osmosis akan berlaku, makna nya segala nutrient atau air dari
muka akan berpindah semula ke sheet mask. Rugi lah..segala zat-zat serta khasiat dari sheet mask tu tak dapat. Biasa pakai lah dalam 15-20 minit sahaja
Jangan basuh muka selepas pakai sheet mask. Membazir jer..segala khasiat dibuang pulak. Memang lah akan ada rasa basah, berair atau melekit-lekit di muka, tapi jangan basuh ye. Just ambik cotton pad dan dab dab kan pada muka sehingga basah tu menjadi kering..jangan lap pulak..Just dab dab kan aje ok..Supaya esen/nutrient dari sheet mask serap masuk ke muka kita..
Pakai mesti lah mengikut turutan pembersihan muka, Maknanya
Cleanser-Toner-Sheet Mask-Moisturizer
Jangan belum cuci muka tapi terus tepek Sheet Mask..Salah ye anak-anak
OK...dah siapppp…
Gambar sekadar hiasan, ehsan pakcik google
No comments:
Post a Comment