14.8.12

474 : RAYA

Assalam..

Harini kerja kurang di pejabat, jadi ada lah masa utk blogwalking.  Byk blog yang bercerita pasal Raya, Gantung Kad Raya, e-Kad Raya, dan lain-lain lagi yg berkaitan RAYA. 

Jadi saya pun nak ambil kesempatan jugak nak bercerita pasal Raya.  Raya dah tak lama lagi menjelang tiba...

Setiap tahun kami sekeluarga menyambut raya dalam serba sederhana.  Bak kata orang belanja ikut saiz poket lah yea..kalau poket saiz S tak kan nak beli baju raya sampai 5 pasang.  Pengsan..Tak sanggup ler pulak nak mencari personal loan khas hanya utk belanja raya.  Saya tau ada orang yang berbuat demikian..sungguh tak berhemah lah.  Pembaziran tu..

Raya adalah hari untuk bergembira bersama sanak keluarga, sahabat handai & jiran tetangga juga sebagai meraikan kejayaan kita telah berpuasa selama sebulan.  Setelah berterawih selama sebulan..jd tak salah kita bergembira meraikan nya dengan makan ketupat, lemang & rendang..yang penting jgn lah smpi membazir

Tapi hari raya skrg & dulu jauh berbeza..raya dulu..kita saling kunjung mengunjung ke rumah jiran tetangga..suka-suka hati aje..TAPI skrg..kalau tk ada jemputan 'open house' sorry la..mmg orang tk dtg menziarah ke rumah kita, beraya..bezakan..???

Ish..malas lah nak bercerita lagi.  Hari Raya saya dah kurang meriah sebab MAKAPAK saya dah tak ada, MERTUA pun dah tak ada..so,...kurang lah sedikit meriah nya berhari raya..Tapi..tk apa lah..RAYA tetap RAYA..

Akhir sekali;

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN,

kepada semua bloggers!!


No comments: