25.10.12

491 : Slmt Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada smua bloggers
meski pun raya ini tidak di sambut semeriah Hari Raya Aidil Fitri, namun..ianya tetap bermakna di hati kita

Maaf Zahir Batin..

Berapa ekor lembu terkorban? 

24.10.12

490 : mak dara weiii

gambar pinjam pakcik gugel

vah..vah..vah..tengok nama kopi saje sudah boleh bayangkan khasiatnya..mesti kita terus terfikir,  lepas minum nampak macam anak dara..meski pun sudah bergelar 'mak'  hahahaha..percaya ka?

semalam aku jalan2 and singgah kat satu kedai yang jual barangan ubatan herba...skodeng punya skodeng..ternampak kopi mak dara ni..mereka jual dlm loose peket.  RM1 sepeket..aku pun terus beli 3 peket and cuba minum.  tak rugi beli..rasa mmg bes..kopi yang sgt fresh..

Kandungan : Kopi Arabica, Gula, Krimer tanpa tenusu dan ekstrak akar serapat.
Sepeket berat bersih 20gm

cara minum dia macam kopi 3in1 tu..letak dalam cawan, campurkan air panas atau air sejuk pun boleh..dan kacau..kacau..kaca..sampai sasau..eh...eh..smpi sebati..lepas tu minum

21.10.12

489 : Hada Labo Facial Wash

 Shirojyun - bau lebih wangi


gokujyun - bau kureng sikit

Ye, hari ini nak cerita pasal facial wash Hada Labo spt gambor di atas.  Ini ada 2 jenis facial wash keluaran Hada Labo yang pernah ku cuba..

Yg pertama tu mengandungi arbutin, ianya amat sesuai utk muka yang ada dark spot, itu pasal aku cuba.  Lepas tu, aku cuba pulak yang kedua itu..jenis biasa..

Aku suka kedua-dua facial wash ini kerana amat selesa di pakai.  Selepas mencuci muka, tidak terasa apa2..walau sedikit rasa ketegangan pd muka..tidak sama sekali.  Terasa sungguh fresh sekali..
mungkin kandungan chemical yang sgt sedikit digunakan..

Ternyata memang best sekali.  Overall aku kasi 4.5/5 points..cuba lah!  Terdapat di farmasi2 terkemuka spt Watson, Guardian, hypermarket spt Tesco juga

14.10.12

488 : santai-santai

suatu malam..kami santai-santai, bantai-bantai je kat mana pun..kami tangkap gambar..



sambil makan aiskrim..sejuk..makan jugak iceream

choccotop





cantik lampu kat belakang tu..tk dpt nak bergambar di ICT..sini pun jadi

487 : CSR ke kg genting Sahom

Sabtu 13.10.2012 kilang kami menganjurkan CSR, (Corporate Social Responsible).  Kami seramai 20 orang telah pergi ke perkampungan orang asli di kawasan Sahom.  Nama kampungnya, Kg Genting.  Best tak terkira, kerana berpeluang melawat kampung orang asli mcm ni, bukan selalu dapat pergi pun. Tapi secara kesuluruhan kampung orang asli ini agak sudah banyak terbela nasib mereka.  Ada 2 3 buah rumah yang sudah ada Astro..modern kan..jalanraya pun dah di tar dengan baik..tkde lagi lecah, becak semua tu..klasss..





beberapa gambar kenangan ketika berada di sana.  sungguh aman tenteram kampung mereka..jiwa kami pun amat tenteram ketika itu jua..


di antara baranga keperluan harian yang di dermakan kepada mereka.  selain ini, pakaian2 terpakai tetapi yang masih elok elok belaka, turut di dermakan kepada mereka



paling susah nak dapat kan stok minyak masak.  kerana minyak masak merupakan barangan kawalan.  Tesco, Giant, Mydin semua tk kasi beli banyak, setakat 2 botol sorang saje..bayangkan berapa round nak beli..baru dapat 20 botol..mmmm..


yang berkotak-kotak di tepi sana adalah antara baju baju yang terpakai, tapi sumpah..keadaan baju tu semua elok2.  Ada yang belum di pakai lagi pun..masih ada tag harga kat baju..tengok lah, mewah sungguh kita kan..beli..pastu tak mau pakai...beli lain pulak..emmm..


diantara masyarakat asli yang hadir..ramai sebenarnya..ada lagi satu khemah kat tepi sana..sambutan sungguh baik.




selepas menyerahkan barangan utk di derma, kami buat sedikit game utk kanak-kanak asli ini.. sambutan sungguh meriah..tak sangka..ingatkan dia org malu-malu, tapi salah jangkaan kami.  ramai juga yang pandai berbahasa melayu sbb sudah ke sekolah kan..

sayang nya lebih kurang pukul 12.30 tgh hujan mula turun.  elok makanan sampai..tapi sempat jugak kami serta orang2 asli kampung tu menjamu selera..nasi minyak + ayam masak merah + sayur campur..ranap...syedappp..

acara selesai dalam pukul 2.00 gitu.  Selain ini, kami juga membaiki elektrik di rumah2 mereka & saluran paip yang rosak.  Kilang kami kan ada chargeman..apa susah..semua beres..

balik dengan happy...

6.10.12

486 : knee-length shaper

Avon Body Illusion Knee Length Shaper

baru balik dari Avon, beli benda alah ni..pertama kali beli..sbelum ni mmg tk pernah pakai benda2 mcm ni..pendek kata girdle biasa tu pun tk pernah pakai..apa tah lagi panjang kata..oleh dek kerana mendengar cerita kawan2 maka tersangkut lah jugak..lantas terbeli hari ini..begitu lah kisahnya

lepas pakai mmg ok, badan rasa kemas..tkde ler peyut tu nak goyang2 lagi, maklum ler,...kulit dah lembut kan..bukan lembik tau..lembut jer..so, bila pakai benda alah ni mmg rasa ok..padat gitu.  cumanya kalo nak ke toilet mesti ler susah kan...sll boleh siap dlm 3 minit, lepas pakai benda ni mau jadi dekat 10 minit..agak2nya la..

kepada yang nak cuba boleh jer beli kat Avon nun, harga sungguh berpatutan.  memang lah ada brand yang lagi bagus, dan lagi mahal macam Scalabio dll...tepuk dada tanya poket, brand mana yg nak beli.

Ini cerita utk orang yang berbadan gebus, kepada yang selim melim..jgn pedulikan cerita ini okeh..Assmkm

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...