14.10.12

487 : CSR ke kg genting Sahom

Sabtu 13.10.2012 kilang kami menganjurkan CSR, (Corporate Social Responsible).  Kami seramai 20 orang telah pergi ke perkampungan orang asli di kawasan Sahom.  Nama kampungnya, Kg Genting.  Best tak terkira, kerana berpeluang melawat kampung orang asli mcm ni, bukan selalu dapat pergi pun. Tapi secara kesuluruhan kampung orang asli ini agak sudah banyak terbela nasib mereka.  Ada 2 3 buah rumah yang sudah ada Astro..modern kan..jalanraya pun dah di tar dengan baik..tkde lagi lecah, becak semua tu..klasss..





beberapa gambar kenangan ketika berada di sana.  sungguh aman tenteram kampung mereka..jiwa kami pun amat tenteram ketika itu jua..


di antara baranga keperluan harian yang di dermakan kepada mereka.  selain ini, pakaian2 terpakai tetapi yang masih elok elok belaka, turut di dermakan kepada mereka



paling susah nak dapat kan stok minyak masak.  kerana minyak masak merupakan barangan kawalan.  Tesco, Giant, Mydin semua tk kasi beli banyak, setakat 2 botol sorang saje..bayangkan berapa round nak beli..baru dapat 20 botol..mmmm..


yang berkotak-kotak di tepi sana adalah antara baju baju yang terpakai, tapi sumpah..keadaan baju tu semua elok2.  Ada yang belum di pakai lagi pun..masih ada tag harga kat baju..tengok lah, mewah sungguh kita kan..beli..pastu tak mau pakai...beli lain pulak..emmm..


diantara masyarakat asli yang hadir..ramai sebenarnya..ada lagi satu khemah kat tepi sana..sambutan sungguh baik.




selepas menyerahkan barangan utk di derma, kami buat sedikit game utk kanak-kanak asli ini.. sambutan sungguh meriah..tak sangka..ingatkan dia org malu-malu, tapi salah jangkaan kami.  ramai juga yang pandai berbahasa melayu sbb sudah ke sekolah kan..

sayang nya lebih kurang pukul 12.30 tgh hujan mula turun.  elok makanan sampai..tapi sempat jugak kami serta orang2 asli kampung tu menjamu selera..nasi minyak + ayam masak merah + sayur campur..ranap...syedappp..

acara selesai dalam pukul 2.00 gitu.  Selain ini, kami juga membaiki elektrik di rumah2 mereka & saluran paip yang rosak.  Kilang kami kan ada chargeman..apa susah..semua beres..

balik dengan happy...

No comments:

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...