14.11.12

492 : mascara

assalamualaikum..dah lama tk apdet blog.  harini bercuti, so nak cerita lah sikit pasal alatan mekap yg paling wajib daku pakai..

dari gambar di atas rasa nya korang dah tau, apa alat mekap yg mesti daku pakai setiap kali bermekap.  kalau nak tido di mlm hari tk payah ler tenyeh semua tu lagi, ni cerita di time nak bermekap la..

daku rasa cukup tk puas hati kalau tidak mengenakan mascara. korang tau apa mascara? yes, pelentik bulu mata.  ini tk beerti bulu mataku tk cukup lentik...tp dengan memakai mascara ni, bulu mata menjadi lebih tebal, panjang & melentik.  tp tk lah sehebat bulu mata palsu.  daku lebih suka bulu yg original tau..bukan macam Rozita Che Wan..

setakat ini daku mempunyai 4 koleksi mascara yang menjadi kesukaan ku..
Impact Lash Long Mascara dari ZA
Long Lash waterproof mascara dari AVON
Waterproof mascara dari DODO &
high impact mascara dari CLINIQUE

aku sayang sgt dengan ke-4-4 mascara ni.  setiap hari mesti pakai..bukan lah sekali ke4-4 daku guna serentak.  biasa nya daku pakai 2 lapisan.  1 lapisan bagi memanjangkan bulu mata & satu lapisan lagi bagi melentik kan bulu mata.

sekarang terasa macam nak beli seketul lagi, brand silky girl. aritu ada offer kat Watson..tp, tunggu lah, yang ni pun belum habis lagi.  mascara biasanya tahan selama 6 bulan kegunaan. lepas tu ia mula mengeras atau membeku.  masa tu boleh campak dah..

sekian..

No comments:

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...