cantik kan gambar air tu. saya curi dari pakcik gugel..siap ada love lagi kat situ..how nice this pic..credit kepada sape yg ambil gambar ni..
harini macam nak cerita pasal air..dalam Islam pun ada berbagai-bagai jenis air. rasa nya korang pun dah tau : Air Mutlaq, Air Musyammas, Air Musta'amal dan Air Muqayyad. Kesemua air-air ini mempunyai hukum-hukum nya tersendiri.
Tau tak berapa banyak air yang diperlukan oleh badan kita seharian? Ye, 2 hingga 2.5 liter sehari. Banyak tu..susahkan nak minum sebanyak itu, tapi kalau kasi coca cola, fanta atau 7up..emmm..senang je nak minum kan..kan..saya tak kata orang lain, saya kata diri saya sendiri.. :)
Tanpa kita sedari setiap hari kita badan kita akan kehilangan air melalui pernafasan, kulit/peluh dan juga proses pembuangan air kecil. Sebab tu la kita kena gantikan semula. Air ni sangat perlu supaya tidak berlaku nya dehidrasi.
Sebenarnya ada beberapa cara minum air yang menyihatkan. Senang nak buat, tapi biasalah..malassss
- minum 1 gelas air dengan 3 kali teguk
- jangan bernafas atau menghembus nafas ke dalam gelas semasa minum
- jangan meniup air putih yang kita minum seperti minum air panas
- minum segelas air putih ketika bangun dari tidur
- jangan lupa baca Bismillah.setiap kali makan dan minum..hahaha..(ni pun nak pesan ye..
Ada beberapa tanda jika badan kita kekurangan air
-mulut kering & lidah bengkak
-air kencing warna kuning pekat
-sukar buang air besar (aku la tu
-mudah penat
-pening, dan mungkin ada banyak lagi..
Pastikan botol air putih diletakkan hampir dengan tempat kita bekerja supaya senang kita capai dan terus minum. Bawa dan letak kan dalam henbeg atau kereta. Sambil2 shopping boleh minum air putih. Jangan lah bila terasa haus..singgah kedai pi beli coca cola sejukkkkkkkk, menyegarkan..ahahaha (aku la tu
ini gambar botol minuman baru dari AVON. Hello Green Bottle. Isi kandungan 1.5 litre. Cukup utk 8 jam waktu bekerja. Penutup yang ketat, boleh diletakkan bertingkat-tingkat dalam peti sejuk sambil menjimatkan ruang & berkualiti tinggi. Yang penting selamat digunakan.
Sebiji hanya RM23.90.
Dua biji RM 39.90.
Boleh check kat AVON butik berhampiran anda. Nak pinjam no akaun pun boleh. SMS 0125150082.
Sekian..
1 comment:
tak pernah rasanya berjaya minum air sebanyak 2.5 liter sehari.
Post a Comment