25.11.13

551 : angan-angan

angan angan? korang penah tak berangan? mesti pernah kan?

ntah la nape ye..aku ni jenis orang yang tak suka berangan angan..dan pendek kata, payah sekali aku berangan-angan atau bercita cita..

bak kata orang...orang yang tak suka berangan atau tidak bercita-cita ni, tak de masa depan, betul ke? mungkin jugak kot..tu pasal agaknya kehidupan aku tiada kemajuan..tiada perubahan..macam kat takuk yang sama aje sepanjang masa..emmm

lantak la..tak mau fikir.  mungkin tuhan dah lahirkan aku mcm ni kot..aku tetap bersyukur dgn diri aku skrg ini...alhamdulillah.

mungkin juga aku takut dgn kekecewaan.  sebab nya bila kita berangan, seolah olah kita amat mengharapkan sesuatu itu kita perolehi..dan jika tidak dapat, kita akan kecewa. 

lagi satu..mungkin aku tak mau jadi mat jenin..kang tak pasal pasal jatuh dari kerusi ofis nih...wakakkaka.
comey tak ai?
macam comey jer..macam comey jer...

22.11.13

550 : Fibercell Complex..sedappp

assalam

harini ai cuti..so, sebelah pagi pegi buat facial muka.  lepas tu pergi avon..haaa..kat avon ai beli
taddaaaaa..

Fibercell Complex

hahaa..benda alah ni lah..

Minuman Serat Tinggi Yang Berkhasiat dan Lazat...

Merupakan formulasi revolusi dengan 65 bahan-bahan semulajadi...


Yes..ini untuk membantu sistem pencernaan anda. Minum 1x atau 2x sehari.

Sebelum ini ai buat jus sendiri tiap pagi.  Ai blend timun + seleri + green apple..ah..mcm mcm lah. Apa aje yang ada kat peti sejuk..sesuai utk jadi jus..belasah je lah..

But now..lepas ai beli Fibercell nih..nak senang badan..ai buat selang seli. sehari jus buatan sendiri dan sehari lagi Fibercell ni..jimat sikit kan..

Fibercell ni RM69.90 sekotak ada 14 sachets aje..mahal tu..tk mampu..kita kan keje kilang je.

Nak cuba? Pi beli kat AVON.  Nak pinjam no akaun pun boleh  3444960 - Rozita Md Hasan

21.11.13

549 : Neem tablet

assalam..

kali nak cerita pasal produk yg baru aku try..baru tak baru la kan..dah sebulan lebih jugak la..semua ni pun berpunca dari eczema aku yang tk pernah nak baik-baik.
 
satu hari tu aku singgah la kat farmasi sebab nak beli ubat allergy.  malas dah nak pegi clinic...malu dah nak jumpa doktor..so, jalan mudah pi je beli ubat kat farmasi.
 
masa tu la, farmacist tu perkenal kan satu produk keluaran Malaysia, berasaskan NEEM atau daun semambu. Ianya sangat sesuai utk mereka yang mengalami masalah allergy.  so aku sangat teruja untuk mencuba sbb katanya sangat baik sebagai agen menyahtoksik.
 
NEEM juga boleh :
 
Meningkatkan penukaran dan penghapusan toksin oleh hati.

Membersihkan darah.

Juga digunakan untuk rawatan masalah kulit, jangkitan kulat, alergi, kencing manis, malaria, ulser, kanser dan hepatitis.

Setiap BITREEN Neem Tablet mengandungi 100mg Standard Extract Neem (Azadirachta Indica).

Setiap tablet memberi 3% daripada jumlah pahit, yang bersamaan dengan 1 peria pahit.
 
haaa..macam ni lah rupa tablet tu.  utk 3 bulan pertama kena ambil 3x sehari sebiji sekali makan.  lepas tu, utk 3 bulan seterusnya ambil 2x sehari dan seterus-terusnya boleh la ambil sebiji satu hari.  sebab nya kita ni setiap hari terdedah dgn toksin. jadi tak salah kalau kita amalkan NEEM tablet ini utk mencuci darah kita.  kepada yang sihat..alhamdulillah.  kepada yang ada masalah allergy boleh try.  saya mcm nampak kesan yang baik..muka pun jadi mcm bersih..
 
kalau badan kita mempunyai lebihan toksik, umur kita akan jadi lebih pendek atau singkat. Secara purata, seseorang yang menyimpan antara 5 hingga 25 pound bahan buangan dan kira-kira 4 paun bakteria di dalam kolon. Sisa membina punca pengumpulan bakteria dan racun merebak ke seluruh badan yang mengakibatkan kematian dan juga penyakit. Adakah anda pernah memberi perhatian kepada bagaimana bencana ini boleh? ( ini copy paste dari www.bitreen.com
 
 
 

15.11.13

548 : Cuti sekolah bermula

yeayyyy!! arini last sekolah..

ish..ish..apsal aku plak yang happy, mcm la aku masih budak sekolah or cikgu cikgi. aku kan pekerja kilang je..apsal kau happy hari skolah last..?.nahas betul..
 
sampai lupa nak bagi salam kat blog readers..Assalam..
 
sebagai sorang mak pun sebenarnya seronok bila cuti sekolah panjang cenggini.  tak le kelam kabut pagi-pagi lagi. bila time cuti gini terasa macam ada le sikit masa terluang waktu subuh.  selalu bangun kul 6am boleh lah lewatkan sikit..smpi 6.15 gitu.  tkde la lewat sgt, nanti tak sempat plak nak solat subuh..lain cerita jadiknya.
 
arini last persekolahan bagi tahun 2013. pejam celik pejam celik udah setahun berlalu.  sungguh pantas masa bergerak kan..umur akan meningkat setahun lagi tahun hadapan.  semakin hampir juga dengan hari kematian kita...adush..serems neyh...
 
masa cuti sekolah panjang ni la mak pak nak tarik napas lega..tk perlu hantar ambik anak ke sekolah..pendek kata..relax la sikit kan..cuma nya tak lama lagi nak kena keluar duit pulak bila sesi 2014 nak bermula..
 
cikgu cikgi pun mesti best bila cuti dah bermula kan...orang kawen pun ramai gak cuti-cuti cenggini..gantung periuk lah kita..duk makan nasi org kawen tiap minggu.
 
kepada yang berkemampuan jangan lupa bawa anak2 makan angin..tk mmpu luar negara, dalam negara pun ok juga.  negara kita pun tak kurang juga indah nya..cuma kadar penjenayah jer yg agak menyeramkan..doa lah byk2 semoga kita selamat..ye dak?
tengok betapa happy nya dia org bila dh nak cuti...gambo aku curi kat gugel..minta izin ye!
 
cheers!!
 
Happy Holiday to school children and cikgu cikgis...

14.11.13

547 : NYSS - Free

Assalam

dah lama tak update blog. harini baru terasa nak mengapdet sikit..tu pun cerita dah lama..
 
aritu aku terpegi ke New York Skin Solutions (NYSS) utk dapatkan facial percuma...ulang ye..FREE!
sape tak nak ko..guna produk mahal tu..
 
maka pada hari Jumaat 25.10.2013 aku memberanikan diri utk pergi ke NYSS cawangan Ipoh.  dia ada satu cawangan je kat Ipoh - di De Garden (hadapan kinta city/Jusco/Aeon)..details dah tu bgtau..kalo nak pegi mmg tak sesat dah..
 
sebelum pegi berkali-kali mereka call..takut aku tak datang..concern sgt kan..tu mesti ada udang di sebalik batu..betui dak? of cos..bisnes..mana boleh lari dari niat nak dpt $$$$..klu tak bukan bisnes namanya...charity organization la kan..ish..
 
ok..sampai harinya aku pun pegi la...
 
mula2 mereka scan kulit aku...ternyata la memang jenis dry..pastu ada sedikit pgmentation, maklum la umur pun dah berabad kan..paham-paham je la ek..
lepas scan, mereka bagi penerangan sikit pasal kulit, collagen..yang aku rasa aku faham sesangat dah..
 
pastu, mereka bawa aku ke dalam satu bilik yang kecik comel..ada satu bed..satu kerusi...maka start la upacara mengfacial ke atas muka aku..(rasa mcm bilik pe$$**R) pun ada,....kihkihkih. nama bilik pun mereka guna nama bandar2 di NY mcm Manhanttan etc.
 
oleh kerana muka aku pada masa tu ada eczema..dan ini mmg problem kulit aku dari dulu kini dan selama nya so, tkde apa treatment yg boleh buat sehingga eczema aku baik.  oleh sebab itu juga, mereka just bagi aku rawatan menyejuk atau menyegarkan muka.  letak mask 2 3 kali pastu spray dgn oxygen..katanya utk menghydrate kan muka aku aje....dalam 1 jam..siap.
jeng..jeng..jeng..lepas tu aku dpt la set free spt di atas dgn satu pouch yg cantik kaler biru..gambo xde. yg ni pun pinjam pak gugel..hehehe
1- cleanser
2- toner
3- sun block

aku suka sun block dia..best..segar je lepas guna. toner dia pun sama, sgt minima kandungan chemical dia.

actually mereka ada juga suruh aku terus buat treatment kat situ...soothing treatment..RM500 utk 8x.  Tapi mana boleh sbb aku kena kasi baik aku punya eczema dulu...so, terselamat lah.

Mereka tak putus asa, mereka jual produk plak kt aku. Rosemary cleanser, Make up remover & Moisturizer .  set ini utk sensitive skin mcm aku nih..RM265.  ko nak? hehehhe tepuk dada tanya iman, tanya juga poket, tanya juga sama hud hud...

cheers!
 
Note : tapi dia ada bagi kat aku voucer. siapa nak dptkan free facial + free barang mcm kat atas tu..boleh contact kalu nak :  zizie71@yahoo.com (utk cawangan Ipoh saje)
korang bawak voucher tu and pegi ke NYSS ipoh..dpt la free facial + free starter pack.
 
sekali sekala org layan, muka kita apa salah..yg penting FREE!

5.11.13

546 : Hijrah 1435

Salam Maal Hijrah 1435H.  Selamat Menyambut tahun baru hijrah untuk kaum muslimin & muslimat.  Bila cakap pasal hijrah mesti automatik dalam hati kita berniat atau berazam untuk berubah dari yang tak berapa baik kepada yang sebaik-baik nya.  Insya-allah,mari lah kita sama-sama berusaha untuk merubahkan diri kita hari ini lebih baik dari semalam. Kalau tak dpt banyak, sedikit pun jadik lah.
 
Siapa tak nak jadi orang baik kan? Jom beramai-ramai kita berhijrah...berubah ke arah kebaikkan.  Cuba kita fikir sejenak, semakin banyak umur kita, adakah kita banyak juga kita melakukan kebaikkan atau pun sebaliknya.
 
Assalam~
 
 

4.11.13

545 : Tahniah

TAHNIAH Astro kerana telah menaikkan yuran langganan.  Tak sia sia menjadi pelanggan setia ASTROK..beruk!
Meski pun RM2..cer kira kalo melanggan bertahun tahun..dah kaya nak kaya lagi ..

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...