24.8.13

530 : 2 cerita

yang pertama sekali nak ucap terima kasih pada Pen Biru yang baru follo blog usang ku ini


tak habis habis lagi dengan OH sempena raya ni ye..sampai bertingkek tingkek perut dok makan aje kerjanya.  pendek kata ada yang sampai kena jemput 3 4 buah rumah pada suatu hari..can you imejin..betapa rezeki itu dtg bergolek golek?

itu lah beza nya zaman skrg..klu tak buat OH org tak datang la beraya ke rumah kita.  tak mcm zaman mak pak kita dulu..bila raya jer..habis seluruh kpg kita jelajah..tk kisah lah org tu nak hidangkan apa sekali pun..air kosong dgn kuih muih pun ok dah..dulu-dulu duit raya ang pau tu smua pun xde.  yang penting bagi mereka dpt berjumpa bermaaf maafan berpeluk pelukan utk mengeratkan lagi silaturahim..dan yg paling penting..minta maaf..0-0. 

zaman dah jauh berubah..tanpa kita sedari..adat kita juga telah berubah.

ok habis cerita raya...

cerita kedua..

dah byk kali aku tengok skrg ni kucing apabila nak membuang air besar..TIDAK lagi mengorek pasir atau tanah..atau apa apa je lah.  Kucing zaman skrg..just berak je merata-rata kat mana dia org suka. krmudian tinggal kan je mcm tu. cuba korang perhatikan.. 

benar lah..semua dah berubah sekarang. mungkin juga sbb kucing zaman moden ni dah tak di ajar mengorek or mengais lubang utk membuang najis....cuma silap mak kucing tu tak beri anak dia pakai pampers..tu yg berak merata-rata..

semua dah berubah termasuk aku..dulu aku muda..skrg dah tak berapa nak muda lagi..

hahahah......

2 comments:

julietchun said...

sekarang ni nak lepas anak2 beraya sendiri2 takut sebab macam2 kes jadi.

Rozita said...

ye..skrg semuanya tak selamat. bkn macam dulu