3.9.14

557: Pengantin Merdeka!

Ahlan Wasahlan..dah lama tak ke udara..arini baru teringat nak sumbat cerita ni kat sini.  Peristiwa ini berlaku sama hari dgn kemerdekaan negara kita = tanggal 31hb Ogos 2014.
 
 
 
Ini ler gambar akad nikah anak sedara aku (yg perempuan). Comel je kan..mcm teringin je nak jd pengantin..hahahha pengantin malam..
 

Ini gambar selpie kami anak2 sedara + aku.  Tanpa disedari rupanya aku ketika ini dikelilingi oleh anak-anak dara. Auwww..hanya aku mama dara..sowang sowang kat situ..sah-sah kaki selfie aku ni kannn???

Ini gambar selfie kami beramai-ramai juga. Haa..yang ini bercampur aduk...ada dara, mama dara, teruna..papa tak teruna pun ada.  Yang belakang sekali duduk atas krusi tu..abang aku yang sulung.  Oleh kerana kami org peghok..nama manja nya "Yob" . dan yang sebelah tu..of cos lah isteri dia..yang kami panggil "Yong"
 
Gambar pengantin menuju ke majlis...dia org ni tak bersanding atas pelamin. Pakai cantik cmni terus ke meja santapan. Gambar xde le plakkk...masa santap

Ini sessi bergambar selepas majlis santap santapan.  Yang itu lah 'bonda' pengantin perempuan a.k.a kakak aku.  Kak Maria.  Yang lelaki itu..ialah satu-satunya anak lelaki kakak aku..dan juga abang kepada pengantin perempuan.  Salute nyahhhh.....dia yang mengakadkan adiknya haritu.  Kebetulan bapa dia orang dah meninggal dunia...datuk  pun udah meninggal juga..so, dia kena la jadi wali utk adiknya...syabas ..."Khairul"


 
gambar akad nikah ni adalah gambar pembuka dan penutup entri kali ini.  Yang ini gambar cium tangan tawww..
"ampun kan yayang ye bang"..hehehhe...dah ada buat dosa ke????kihkih..
 
 
(Nota kaki : Kenangan Indah kerana kami dapat berkumpul sekeluarga masa kenduri perkahwinan ini. Bukan senang nak dapat berkumpul adik beradik macam ni. Maklum ler..mak pak dah tkde.sekali sekala je dpt berjumpa....rasa sungguh syahdu!!)
 
Wassalam~




2 comments:

julietchun said...

masa kenduri ler baru kenal dan dapat jumpa sedare mare kan.

Rozita said...

ye. masa masa mcm ni je kenal saudara mara kan..

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...