15.6.12

446 : khasiat herba terpilih

1)  Mas Cotek

Kajian menunjukkan bahawa mas cotek mengandungi lima bahan aktif yg sangat diperlukan oleh sistem badan manusia.; iaitu Flavonoid, Tanins, Triterpenoids, Proanthocyanins & Phenols.

Bahan2 ini disahkan berkemampuan mengeluarkan toksin dari badan, melancarkan perjalanan darah sakit uraf saraf, memperbaiki daya fokus, gout, kencing manis, darah tinggi, mengurangkan kolestrol dan lemak, buasir, migraine, paru2 berair, pemulih tenaga batin, sakit puan, senggugut, sakit pinggang, masalah tidur, mengecutkan peranakan, merapatkan pintu rahim, sakit lutut, mencantikkan dan melicinkan kulit, demam/selsema..

(banyak sungguh khasiat mas cotek ini yea kawan-kawan...

                                                                        ...tunggu sambungan di bhg kedua khasiat herba terpilih

14.6.12

445 : kecantikkan dalaman

kali ini nak cerita pasal kecantikkan dalaman pulak.  selalu buat ntri pasal kecantikkan luaran, padahal kecantikkan dalaman juga penting.

biasanya sy hanya mengambil Spirulina ini sebagai supplement.  Kerana fungsi nya juga sama spt Multivitamin.  tak perlu lah kita mengambil supplement yang berlebihan, sekadar multivitamin atau Spirulina ini sudah memadai utk badan kita...terlalu byk mengambil supplement juga tidak bagus kata sesetengah orang..orang kata lah..bukan sy kata :))

pada mula nya sy memang tidak mengambil apa-apa supplement sehingga lah umur sy mencecah lebih 35 thn.  tetapi selepas sy melakukan pemeriksaan darah, keputusan mengatakan sy kekurangan serum iron.  pada mulanya doktor sarankan sy mengambil iron tablet..hampir beberapa bulan, sy memakan iron tablet..setiap kali buang air besar, najis menjadi kaler kehitaman.  mmg begitu klu kita mengambil iron tablet yea..jgn panik pulak..

akhirnya sy decided utk mengambil Spirulina ini selepas sy membaca review pasalnya di sana sini..

antara kebaikkan Spirulina :-
25x lebih beta carotene berbanding lobak merah
6x lebih vit B12 berbanding hati lembu
58x lebih zat besi/iron berbanding bayam
60% protein ada di dalamnya

see..baguskan!

selepas beberapa tahun memakan Spirulina
Overall rating sy bagi   A

13.6.12

444 : fesyen ler katakan

"pelik skrg ye..org pompuan udah berjanggut"..ingatkan org lelaki jer ada janggut".........ini adalah diantara conversation seorang pakcik yang aku dengar di satu majlis kenduri kahwen...

puas jugak aku fikir pada mulanya..apa kisahnya pakcik ni cakap mcm tu..siap gelak gelak perli lagi...

tiba-tiba, lalu seorang.........." ha..ko tengok tu..janggut pompuan tu..panjang..berjuntai-juntai"..maka aku pun sibuk jugak..memandang, rupa-rupanya...
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
jeng..jeng..jeng..










ini lah dia..trend skrg, org perempuan memakai brooch yang panjang berjuntai juntai macam2 pesen.  ini ler yang pakcik tu katakan "org pompuan berjanggut"

sabor je lah!

fesyen oh fesyen..itu lah skrg.
fesyen skrg,
fesyen tdg bawal yang di katakan serebeh
shawl berlilit lilit atas kepala umpama tuala selepas mandi dll..


namun..itu lah yg di katakan FESYEN



12.6.12

443 : Elianto baked blusher

satu lagi kosmetik ELIANTO menjadi koleksi ku.  baked blusher - Dusty pink.  mmg bes pakai. cantik sangattt.  nampak natural bila apply dgn sedikit kesan shimmering ghiteww...sekali imbas mcm glowing jer pipi kita taw..

hanya RM31.00 masa i beli..(3.5g)
yes..sy akan beli lagi jenis ni tetapi di dlm warna yg lain..tmbh koleksi :))

bintang : 4.2/5

9.6.12

442 : Hada Labo Arbutin White Lotion

nak cerita pasal produk terbaru koleksi ku..Hada Labo Whitening Lotion Arbutin.  Produk keluaran Rohto Japan & Mentholatum USA.  Tetapi yg terdapat di pasaran M'sia adalah dari China..mungkin di pack di China..ntah ler
Konsep produk ini "Perfect & Simple" 


setelah merayau-rayau di google, baca apa komen testimoni pasal produk ni, akhirnya aku decide utk beli & mencuba.  setakat ini baru seminggu aku cuba..tkde nampak perubahan yg ketara lagi pun.  produk ni sesuai utk mereka yang ada dark spots, pigmentation etc.  aku mmg ada sedikit masalah dark spots ni...dah tua ler katakan..hikhikhik

Produk ini mengandungi :-
Arbutin - glycosylated hydroquinone dari bearberry. Ianya dpt membantu menghilangkan tanda-tanda penuaan spt pigmentation & dark spot.  Arbutin ini adalah skin lightening agent.

Hyaluronic Acid - menghalang kesan penuaan serta dapat mengekalkan kelembapan kulit

Vit C - a water soluble vitamin.  Utk memelihara tisu dan merawat tisu di semua bahagian badan.  Membantu badan menghasilkan kolagen.  Vit C juga ada antioxidant yg boleh menyekat kerosakkan yg disebabkan radikal bebas.

itu adalah 3 bahan penting yg terdapat di dalam Arbutin Whitening Lotion keluaran HADA LABO

Cara penggunaan:
Ia adalah cecair spt air tetapi kaler dia sedikit keruh.
Just titik kan 3 titik ke atas telapak tangan.  Kemudian tepuk tepukan ke muka.  Sehingga lah ia bertukar
menjadi sedikit melekit....kemudian terus menyerap ke dalam kulit secara perlahan.  Tak perlu sapu ye..Just pat pat kan kat muka..ingat! Jgn sapu

Lotion ni sebenarnya macam toner.  lepas pakai lotion ni lepas tu boleh lah guna moisturizer & uv cream..juga seterusnya.

Harga : 3.5/5
Kepuasan Penggunaan : Belum boleh komen sbb baru guna 1 mggu

7.6.12

441 : Revlon lipstik

yes..nmpk tak gamba lipstik tu? haaa..itu lah lipstik baru yg ku beli dr Guardian.
mggu dulu guardian ada buat sales, byk barang ada diskaun 10-20%
ini adalah diantara barangan yg aku dpt less 10% klu tk silap

ini adalah Revlon Matte lustrous lipstik - COCOA Craving
kaler cekelet gitu, tp lipstik ni matte, bukan jenis kilat-kilat mcm trend skrg tu..
i ni old pesyen sket..tk suka sgt pd lipstik kilat2..matte ni best sbb kekal di bibir, tk payah apply byk kali..jimat

pendek kata nya sy mmg suka produk Revlon...besh
harga pun ok 3.8/5

tp ingat, belanja kena berhemah, sy bli ni sbb mmg dah tkde stok lipstik. udah abes semua
udah kontot, mcm mana le nak tonyoh kt bibir..tu ler pasal kena bli baru..

ada mcm sesetengah org tu, simpan smpi 10 btg lipstik..
tp kalo ada $$$$..sape nak kesah???? heheeh

4.6.12

440 : alas bedak

korang nampak tak gambar tu? haa..itu lah alas bedak..bukan alas kaki atau alas meja yea..
alas bedak ni keluaran Sari Ayu, satu lagi produk yang baru aku cuba beli & guna..

alas bedak ni ada di dalam 2, 3 tona, tp yang sesuai dgn kulit aku..Kuning Langsat..

alas bedak ini sungguh mudah digunakan, coverage yang agak tipis & natural. tkde lah muka nampak lesu atau pucat bila kelam kabut nak ke pasar atau pasar malam..just tenyehkan sikit alas bedak ni ke muka..done..

Kandungan esensial cendana yang membangkitkan semangat
ada pelindung UV
Berpelembap, sesuai utk semua jenis kulit

Kandungan 35ml dgn harga RM6.90 shj
murah dong!
mau cuba?..pegi beli sendiri

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...