14.6.10

278 : wedding of the year in my family

entri kali ini adalah sempena majlis pernikahan anak saudara perempuan sy, pada 12 June & 13 Jun di rumah pihak lelaki

ini adalah posing maut adik-adik perempuan pengantin. Dia orang ni anak yatim piatu, kedua ibu dan bapak mereka telah selamat kembali menemui Ilahi. Respek jugak kat dia orang adik beradik kerana berjaya menjadikan majlis ini sukses, meskipun tanpa kedua org tua mereka..makcik2..tk dpt nak membantu sgt...sekadar tukang sibuk tu bole ler...

ini gambar pengantin ketika menuju ke rumah pihak lelaki pd 13 June...alhamdulillah cuaca panas pada kedua-dua harinya.......takut jugak hujan..siap campak baju pengantin kat atas atap lagik..konon-konon nya petua utk mengelak kan hujan...jgn percaya sgt okeh..semua nya dgn kehendak Allah..

ini gambar di mlm hari sebelum potong kek & buka hadiah. Tu bertudung hitam, pengapit kenit tu, Amira..anak perempuan hamba! mlm ni hanya kami anak-beranak saje yg hadir..kami buat majlis tertutup hanya utk family..tkde tetamu jemputan mlm itu..
gambar kami sekeluarga...tk dpt di tayangkan di sini di atas sebab2 tertentu..utk memenuhi permintaan..."supaya ianya tidak disiarkan di blog" heheheh

antara tetamu yang hadir. Fadhil Dani..pelakon yg selalu cakap Perak kat drama2 tu..kpg nya dekat saje dgn kampung pengantin perempuan. kebetulan dia ada bercuti di kpg, maka dia pun dtg sebagai tetamu. yg sebelah menyibuk tu..asben I okeh..tukang sibuk..mana2 pun mesti ada gambar dia..kuikuikui..

ini gambar pengantin dgn mak ciknya yang paling vogue..bukan vogeh okeh...

wajah pengantin ketika di mekap........
Alhamdulillah......selesai sudah satu majlis mendirikan masjid..semoga pasangan pengantin Fadzilah & Hafidz kekal hingga ke anak cucu..





3 comments:

Mak Su said...

tahniah kepada pasangan mempelai yg sama cantik sama padang, dan tahniah yang besar kepada pengelola majlis apatah lagi kepada makcik yang vogue, bukah vogeh ;)

bukan senang nak kelolakan majlis yang besar ek...

linda said...

wow!!!!!!!!!cantiknyer gambr kami....

Rozita said...

mak su...komen yg sungguh memberi kesan

Linda...of course!! tengoklah mak cik vogeh dia..hehhe