31.3.11

405 : minyak angin

Berhati-hati dengan Minyak Angin-- ( saje nak share dengan korang email yang daku terima, sejauh mana kesahihan nya..wallahu'alam) Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau pesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya. Ahmad Tarmizi Ahmad Basri ( anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun. 17/08/04-Deman biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan 18/08/04-Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana sakit tekak (bengkak) 19/08/04-Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia berjumpa doktor pakar. Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri saya ialah...'ada sapu apa-apa minyak di perut' bererti sebagai doktor dengan ilmu kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin. Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata, berkata-kata, bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan alat penafasan oksigen. Darah,kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan. Keputusan pemeriksaan : Hati anak saya bengkak teruk disebabkan minyak angin telah menyerap masuk ke dalam tubuhnya. Kencing anak saya juga mengandungi minyak tersebut. Kesemua saluran darah menghadapi kesukaran akibat minyak itu. Anak saya tak sedarkan diri dan terus koma. Dia dibawa ke wad ICU dan dirawat oleh 6 orang doctor, antara 6 orang doctor, 2 darinya adalah dari Jerman. Kedua belah kakinya ditebuk untuk memasukan ubat dan oksigen dengan mengunakan tiub. Kedua tangan juga ditebuk untuk memasukan glukos dan darah Kepala juga ditebuk di bahagian dahi untuk memasukan cecair ubat. Saya disuruh oleh pihak hospital untuk tandatangan hampir 7 keping document untuk membenarkan anak saya diselamatkan dengan apa jua risiko tanpa menyalahkan pihak doctor. Saya bersetuju. AlhamdullilAllah ..Anak dapat diselamatkan akhirnya dengan izin Allah dan kini dia telah dipindahkan ke wad biasa. Dia telah pulih hampir 80% dan sudah mampu untuk memanggil saya BAPAK bila saya disisi. Ikhlas...Ketika anak dalam keadaan sedemikian segala harta, moto besar, kereta dan semua yang ada di dalam dunia ini tidak bernilai lagi. hampir 3 hari saya tak makan langsung dan air mata sentiasa berlinangan, saya seolah hilang malu dan tak bernyawa. Azah......tolong pastikan jangan ada walaupun satu botol minyak- minyak yang dibeli direct dari penjual tepi jalan, penjual rumah-kerumah, pemberian dari jiran dan sebagainya.......kerana mungkin ianya akan membunuh anak kita sebab kita sendiri pun tak tahu isi kandungannya Tergerak hati saya untuk memberitahu awak dengan harapan pengajaran ini dapat membantu anak orang lain dari menjadi mangsa MINYAK seperti anak saya. (Email di terima pada 31/03/2011)

29.3.11

404 : hanya utk wanita



korang mesti dah biasa tengok iklan produk ni kan? selain Yuna, Adibah Noor juga sebagai model iklan utk produk ini..yeahhh..produk untuk wanita.


cumanya, ntah apa sangkut pautnya penggunaan Libresse dengan race kereta..pelik kan..macam lah pakai jenama lain tk boleh nak race kereta ke? heheeh kelakor sungguh..


skrg ni..dah tk ada segan silu lagi pihak media membuat iklan2 mcm ni ye..lagipun semua orang dah tahu..budak2 sekarang pun dah pandai tentang kegunaan produk ini, bukan macam kita dolu dolu..apa pun tak tahu..lepas tu, punya lah malu kalau nak cerita bab2 cenggini. bila pegi kedai ah pek beli produk ni pun..ah pek tu cukup sporting..siap balut dgn kertas soratkhabo dulu, kemudian baru masuk pulak dlm beg plastik..sungguh malu itu ah pek kan???


tapi sekarang....dah tiada kemaluan lagi...dengan selamba aje kita pegi beli..letak dlm beg plastik yang terang benderang..semua org tahu..yang kita membeli, Libresse atau Kotex atau Sanita atau lain-lain jenama..


al-kisahnya..dua tiga hari lepas..masa tu iklan Libresse ni kuar kat TV..aku pun tk pasti channel berapa..


tiba-tiba..anak lelaki aku yang no 2..selama je bertanya..."mak..mak guna Libresse ke sekarang?" huh..aku pulak yang ter malu malu kucing...malu nak menjawab...aku diam je seribu bahse..


aku kena terima hakikat..."dulu lain...sekarang lain"..benda2 yang dlam kelambu pun udah dijadikan matapelajaran di sekolah-sekolah..


apa nak kesah???? :(

24.3.11

403 : T

alahai...Dato T
semakin popular...

bukan Dato Ct ye..jangan salah paham..

rasa teringin jugak nak tengok video hitam putih tu..
tapiii...

22.3.11

402 : es pi em

eSok sPm result kuar..

tahniah kepada yang berJaya
dan JanGan putuS aSa kepada yaNg gaGal
masih Ada pelUang laGi di dePan SaNa,
buKan ini peNenTu segalaNya..

kePada yanG berJaya..semoga aKan terus beRjaya
janGan bila daH jaDi sisWazah....laiN pulak KisaHnya..
jaDilaH sisWazah yang beRakhlaK muLia..
iNgat pesaN ibuBapa...sembahYang janGan di tinGGalKan..
semoGa kamu SemUa berJaya
duNia & akHirat..

diLuar sana,
ada Ke kaum keRabat koranG yaNg aMik SPM?
aKu???
aDa...

21.3.11

401 : tiap-tiap hari harga barangan runcit naik..

harga pasaran ikan naiK
harga pasaran aYam pun naIk..

abis..gaji kita ni tak naik-naik
klu naik pun seciput..

anak-anak ramai..
nampak gayanya
tiap-tiap hari kena makan bubur nasi lah ek..

bubur nasi McD..boley????

19.3.11

400 : hari buhsan sedunia

hari ni rasa macam hari buhsan sedunia
tak tau apa nak buat,
mengemas adalah kerja yang paling aku tk berapa nak suka
tido...pun, mata tak berapa nak mau lena

asben aku keje
anak2 dgn xtiviti mereka masing2
bila dah dpt ngadap computer..bom meletup pun dia org tk dengar dah

aku??

apa aku nak buat ye..
bila aku plak ngadap comp...aku duk ngadap blog yang jual tudung sesaje
jawabnya, duit dlm akaun aku semakin susut ler
beli..beli.beli..adakalanya pakai pun tak
membazir sungguh..

ish...stop
tkde ayat nak aku teruskan lagi
daa....

15.3.11

399 : jangan kau berpura-pura...sekaligus, cara mu menyusahkan orang lain

apa nak buat ye
kalau ada pekerja yang suka pura2 buat-buat sakit
hantar check up...doktor kata, hanya perlukan rehat secukupnya..

selain itu,
sering jugak ambik emergency leave
suka suki..ambik cuti..
suka suki MC

apa guna kita simpan pekerja mcm ni ye..
langsung tak produktif

masalahnya
nak buang pun susah
nak simpan pun tak guna..

emmmm...
nasib baik la company ni bukan bapak aku punya..

9.3.11

398 : apa ada pd waRna

putih...
warna putih mmg lah sinonim dgn sesuatu yang suci bersih
Islam juga suka pada warna putih
tu sebab telekung kita pun warna putih kan..
cuma skrg ni je, ada macam2 kaler..warna pink, pepel dll

kisah nya begini..
suatu hari
pada hari ini
aku memakai tudung warna putih
aku mmg jarang2 memakai warna putih
sungguh tak selalu memakai warna putih..

sebab nya...
apa bila aku memakai tudung putih
terasa sungguh tua..
sangat sangat tua..
mmg mcm org tua..

hishhh...

ntah ler..korang camner? apa rasa?

4.3.11

397 : tudung

semalam aku ke pasar
tak sah kalau tak singgah ke gerai jual tudung

ada satu gerai ni
tdg dia cantik2..
penjual nya separa umur..

dia jual bykkkkk tudung yg cantik2..gila mata memandang,
tapi si penjual sendiri tak pakai tudung..

pelik ke?
tak ler pelik sangat..

saje nak sembang2 di pagi Jumaat yg mulia ini..
daaa...

3.3.11

396 : isteri ke2 vs pertama

isteri kedua???
orang indon..
ada anak 2 orang..

haruskah dia juga mendapat harta pusaka peninggalan arwah suaminya????
anak2 masik kecil...

isteri pertama...
mampus, kerat 14 pun dia tak nak share harta2 itu..

so, macam mana???

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...