ok nak cerita XTVT arini 28.12.12. bawa anak perempuan daku mandi kolam, berenang kat Kompleks Renang MBI
ini tiket masuk. utk hari Isnin-Jumaat; kanak-kanak bawah 14 thn RM 0.50 shj, manakala dewasa pulak RM1.00. berbeza untuk hari Sabtu, Ahad & Public Holiday, kanak-kanak RM1.00 dan utk org dewasa RM2.00. tu pasal aku suka pergi hari biasa biasa gitu..tiket murah nak oiiii...
amira mandi kat kolam renang tp pakaian dia macam mandi kat tali air shj. hahaha..kat sini tak kisah, pakaian mandi tidak wajib..pakai suar apa pun boleh terjun, tp jangan ler pakai kain sarung pulak..kang kembung macam pelampung.
amira ajak 2 org kawan dia ikut sekali. seronok ler dia org bermandi manda. utk pegetahuan korang, kolam renang ni bersebelahan dengan Stadium Perak yang di bina dlm tahun 1997.
macam-macam ada di jual di sana. ada pelampung, bola, pistol air..dll. harga pun tkde lah mahal mana..ok ler utk budak-budak meRabak kan poket mak pak dia org. bola mcm hijau tu RM5 sebiji. aku dah pun terbeli tadi..
pada masa yg sama ada sekumpulan pelatih BOMBA sedang membuat latihan terjun. aku sekadar tengok dari jauh aje..ramai woooo...menjerit jerit dia org kena lompat tinggi tu..
ok lah..layan gambar je lah ek..sayonara!