25.2.10

241 : cerita Rasulullah s.a.w "Dia dekat di hati"



Sempena maulidur Rasul esok juga perayaan Tahun Baru Cina yang baru lepas...
bersama ini saya ingin berkongsi cerita mengenai "Rasulullah dgn buah limau"
ianya juga merupakan contest yang telah di anjurkan oleh http://maryamabuahmad.blogpsot.com/
sambutan ikhlas dari saya~
cerita yang tak berapa nak spontan
~

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti tergiur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak heran dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'tahukan kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam saat saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. sebab itu saya habiskan semuanya'.
~~~~


Begitulah akhlak rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berhasil. Rencananya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. Subnahallah..
Kesannya kpd diri saya :
1) Bersyukur dgn setiap pemberian yg diterima
2) Tunjukkan sikap yang baik kepada kaum yg bukan seagama dgn kita, mudah-mudahan mereka tertarik dgn ajaran Islam
3) Perbuatan yg jahat tidak semestinya di balas dgn jahat. Biarlah pembalasan itu dtgnya dari Allah.
4) Sentiasalah menunjukkan sikap & teladan yang baik kpd kaum bukan Islam.

240 : ikan keli mak ilai-ilai



ini gambar ikan keli giant yang ditangkap di Mukah Sarawak. Mungkin ada yg terima email yg sama.

Ciptaan tuhan yang maha kaya~

23.2.10

239 : hari yang sungguh indah

arini 23hb..
hari selasa

aku masih di pejabat

10.00 pagi ~ meeting improvement plan


2.00 ptg ~ safety training


4.00 ptg~ 5s Audit

indah ke hidup aku hari ni?
sungguh berwarna warni bukan?

22.2.10

238 : bersenam menyihatkan badan kita~

semalam aku bersantai-santai sambil berjogging jogging manja di sini. Lebih kurang pukul 6 gitu..pd mulanya hujan turun dgn renyai-renyai, tetapi tk lama lepas tu stop..

lihatlah bertapa mantopnya badan aku kan...ntah bile ler nak kurus nya...lepas jogging pi makan pulak..alahai~

pada masa yg sama, ada pulak budak2 motor duk lepak2 kat situ. siap pasang lagu kuat2 lagik..
sengaja aku snap gambar ni utk memeriahkan lagi acara ...

18.2.10

237 : bercuti di kelantan

korang kenal ke burung apa ni? Nama dia....burung kancing baju..

yeah...kami bercanda di PCB resort

ini di tepi pantai PCB...pantai yg sudah kena hakisan teruk. cuaca punya ler panas... itu bukan gambar aku yea, gamba kakak aku


anak2 aku di Pantai Irama Bachok. tmpt nya bes ler jugak, tapi agak kotor sedikit. tak berjaga..



gambar aku...semasa di sana...



12.2.10

236 : 14hb Feb~

..selamat bercuti..


tahun ni hari valentine jatuh sama dgn hari tahun baru cina ye..
pada pendpt sekupang aku la....kita org Islam nih, tk perlu lah nak merayakan hari 14hb ni..
bagi aku...tiap-tiap hari ada lah hari utk berkasih sayang..dan bukan nya hanya pada
tanggal 14hb ini sahaja..

aku rasa ada yang akan dpt buah limau sebagai hadiah valentine..
dan bukan nya bunga...

boleh ke?

11.2.10

235 : buah


...mesti ramai yang dah makan buah ni kan..
maklum ler skrg kan dah dekat CNY..
sehingga hari ini aku baru makan 6 bj
itu pun yg 'pree' punya..
tahun ni aku tak beli pun..
satu rumah dah kena selsema + batuk2...
lebih baik jgn beli ek..
kita makan yg org kasik je...'pree'... gitu..
korang mcm mana?

9.2.10

233 : diam

...

adakala nya diam itu lebih baik dari berkata-kata.

diam juga boleh menyelesaikan masalah!

8.2.10

232 : merajuk

..apa khabar semua?


arini aku terasa sgt mencik..
mencik tau nak pujuk org merajuk..
mencik tau pada org yg cepat merajuk..

kalau aku merajuk siapa yg nak pujuk?

ish....persetan kan itu semua...slmt petang..

5.2.10

231 : lif

bertemu kembali di arena blog..

smlm aku tk kesempatan nak mengupdate blog..
smlm aku di KL..keje di sana pula.

semasa di dlm lif utk ke opis smlm..
aku rasa tertarik dgn satu pepatah yg di tayangkan di skrin di dlm lif tersebut..
berbunyi begini..


ramai manusia ingin merubah dunia,

tapi mereka tidak pernah cuba utk merubah diri sendiri..

(betul bukan?

3.2.10

230 : dayus ke?

dunia mmg dah nak terbalik~

tadi sambil2 minum pagi..aku baca lah suratkhabo..
terkezut tengok berita...ada isteri & anak, dera suami.. (anak dera bapa)
kes mcm ni pun ada ek, jaman skrg..

ke mana agaknya hilang 'kuasa' seorang suami..
alangkah dayusnya...

siapa yg harus di salahkan??? atau....
apa agaknya kisah sebenar sehingga menyebabkan perkara sebegini boleh berlaku.

2.2.10

229 : cerita FREE!

..suami isteri sama saje~




Mana barang yang 'free'?Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua barang-barang yang dipesan.

Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg plastik dan membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE...Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE' ini? Kenapa tak ambil? Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi.

Maka isterinya pun menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk menebus benda 'FREE' itu.Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual untuk menebus benda 'FREE' yang tertulis. Bertengkarlah suami tadi dengan jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin.

Suami kata mana boleh, dalam mesti tak ada punya.Dia terus meminta dari jurujual.Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran mereka. Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si suami berkenaan minta juga benda 'FREE' dari penyelia itu.

Suami tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis 'FREE' itu.





Supervisor tadi belek kanan belek kiri tin planta tersebut. Dia membaca tulisan berbahasa Inggeris itu ..CHOLESTEROL FREE...!!!

1.2.10

228 : apa jawab nya?

arini rasa nak berteka teki ler pulak-...

Ada 3 ekor cicak, dua jahat satu lagi baik. yang jahat ni suka sangat bergaduh. satu hari yang jahat dua ekor gaduh. gaduh punyer gaduh, diorang pun jatuh. skali tuh tetiba cicak yang baik tuh jatuh gak. Kenapa?
Jwp : (baca di ruang komentar)


Sebelum masuk kering, dah masuk basah? Jwp : (uncang teh)..

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...