12.11.10

353 : kuih belah

ntri kali ini nak cerita pasal kuih. tp bukan nya aku buat sendiri tau...sudah semestinya aku beli.
kuih ni ada belah di tengah nya..di letakkan sos cili...jujur..ntah apa ke nama nya ku pun tatau..aku biasa panggil kuih cucur belah tengah :) bukan rambut je boleh belah tengah...kuih pun ada belah tengah okeh
sebenarnya kuih ni telah aku kenali, & telah menjadi kesukaan aku semenjak aku darjah 1 lagi, iaitu sekitar tahun 1978
ye lah, masa darjah satu dulu..belanja sekolah aku hanya 10 sen je. family aku pun bukan nya dari golongan bangsawan atau usahawan..bapak aku hanya lah seorang pekerja kampung..ketika itu hidup agak sempit n semput lah sikit..
selalu nya aku dgn akak aku akan membeli kuih ni sebijik, pastu berkongsi makan sebelah sorang. sbb itu je yg mmpu kami beli dgn duit blanje yg kami ada. tp kami tk pernah merungut pun....masih boleh rasa riang ria sbb dpt makan kuih yg sedap tu, meski pun sebelah sorang je. kalau budak zaman skrg..wa tatau la weiii...
masa tu akak aku dlm darjah 4, aku plak darjah 1. kalau zaman skrg, mungkin kisah kami ni boleh di masukkan ke dalam rancangan "bersamamu" TV3 hehehehe
tu sebab nya smpi skrg aku masih suka membeli kuih ni. kalau aku ternampak je org jual kuih ni..mesti aku akan beli..& aku akan teringat kisah kami setiap kali memakan kuih ini...
salamssss........

8 comments:

kucingorengemok said...

lepas ni boleh rekacipta kuih belah tepi (kang boleh tanya, belah kanan ke kiri?) hehe...

mamai said...

huhu lama tak makan kuih nie masa zaman sekolah mmg ler popular

mimizuzuhaha said...

tak penah makan pun kueh nih. macam sedap je (tgh lapar ape pun nampak sedap) kl ada tak?

Rozita said...

KGG
gud idea!

mamai
kat ipoh ni masih ada :)
lama tk nmpak mamai

mimi
ko kena cari ler

gadisBunga said...

pasni taruk filling mcm tauhu sumbat. pun layan gak tu...nyum!

p/s: makanan mmg boleh mengimbau memori kan? :)

Rozita said...

gadis bunga
yes..byk kenangan nya meskipun hanya seketul kuih

Heidi Shafiq said...

ikhtiap hidup ajar kite utk berjaye kan.. pasni nk mkn kuih ni je la ari2.. :P

Rozita said...

HS..
tk ler hari2..jemu pulak