29.11.10

365 : berpisah

setiap yg bertemu pasti akan berpisah
sekian lama bersama..kini terpisah jua..

arini..cerita sedih
kawan rapat di tempat cari makan aku..
udah meletakkan jawatan nya
sekali gus berpisah ler dgn aku..

ntah bila akan bersua lagi..
kerana dia akan berhijrah ke Pulau Pinang..

slmt tinggal kawan...
semoga langkah yg kau ambil ini
betul, tepat & baik sekali

singgah sekejap di http://katalogshop.blogspot.com

26.11.10

364 : cuti or bercuti

hujung tahun..
ofis lengang
ramai yang menghabiskan cuti tahunan
sambil bawa anak2 berjalan sempena cuti sekolah

aku?
masih di sini...
ntah bile nak menghabiskan cuti aku yg lagi 7 hari itu
bila?
nak kemana?
anak-anak hanya bercuti di rumah saje
kesian kan???


emmm....
lalallalalal ~

singgah ler http://katalogshop.blogspot.com ada tudung murah!

24.11.10

363 : sapu habis

projek mega aku harini adalah
mengemaskini list rakan atau friends dalam fesbuk..

mana yang aku rasa tk perlu
aku dah sapu habis kasi licin..

terutamanya
yang sama tempat mencari rezeki dgn aku..

sebab..
aku rasa apa yang aku coretkan di fb
semacam tkde privasi..
ish..tk bes la..

...apa-apa pun, bak kata org
berkasih biar sorang..berkawan bior seribu..
list rakan kat fb aku..ada seratus jerk...wakakakakka
bila la nak sampai seribu ek?

22.11.10

362 : tolong 'silent'kan okeh!

arini satu hari aku tk ke pejabat
aku ada training di FMM
tajuk trg biasa ler..HR matters
tak syiok klu aku cerita kan kat sini..
biarlah ianya menjadi rahasia..kuikuikuikui..

yg aku nak luahkan kat sini
adalah tabiat setengah org
yang aku rasa mcm...tk tau adat & adab..
dah tau awak tu masuk dlm training
cuba lah 'silent' kan henpon tu siap-siap
idak ler setiap kali berdering dering menganggu gugat peserta lain
tak kan benda2 mcm ni pun trainer nak kasi tau
sepatut nya paham-paham ler sendiri
meluat betul lah..

ada jugak yg selamba bercakap dlm kelas..ish..lagi ler kureng sopan

ini bukan 1st time aku tengok mcm ni
boleh katakan setiap kali training
mungkin orang-orang ipoh saje ke mcm tu???
(aku pernah jugak pergi trg di KL..yg sama berlaku)

ish...teremo plaks..

20.11.10

361 : lembu oh lembu

daging goreng

sup tulang

goreng hati

kerabu perut



emmm.....musim korban begini lah jadinya
semua menu aku adalah dari ' seekor lembu'

adoyai..dah naik muak
naik fobia
bila tengok lembu
tengok perkataan lembu pun dh rasa semacam
pengsan~

360 : tak dapat nak lelapkan mata

ini cerita malam tadi
kisah aku tk dapat nak lelapkan mata
bukan kisah sedih
tapi kisah gatal...
.
.
.
.
ye..kisah gatal kepala
kisah nya bermula apabila aku bertukar menggunakan shampoo
dah elok2 sesuai gunakan shampoo Rejoice
tiba-tiba, dek kerana rasa jemu..asyik guna shampoo tu jeeee...
aku pun try guna shampoo Ginvera

padahnya..kepala aku penuh dgn kelemumur
padan kan muka....

sebab tu ler aku tk lena tido malam tadi
duk bergaru-garu mcm kera....

morale of the story : kalau dah sesuai menggunakan sesuatu produk itu..jgn ler gatal gatal nak tukar... buruk padah nya

bertukar kepada yg lebih baik..itu satu kelebihan..bertukar kpd yang lebih buruk..padan kan muka sendiri

18.11.10

359 : aku kah itu?



hehehehe...toceh..toceh..terima kasih la MiMi..kerana permintaan akak telah dilaksanakan..ko lukis jugak muka akak sbg seorang kartun ye...

rasanya akak sebagai kartun lebih cantik dr akak sebenar hehhehe
cantik tudung tu....

i loike...kalau kat FB akak click butang 'suka' 50 kali tau...


kalau korang nak tengok lebih lanjut sila clik di bawah ini :)

http://mydemcomic.blogspot.com/2010/11/rozita.html

16.11.10

358 : Slmt Ari Raya ye Pak Aji~

Kepada semua pengunjung Blog ku ini
Selamat Hari raya Haji..semoga semua yg mengerjakan Haji mendapat Haji yg Mabrur
kepada yg bercuti..selamat bercuti...

357 : kelabu asap

smlm petang
waktu pulang dari pejabat
hujan turun agak lebat...
hish..sejuk toksah nak cerita lah

aku memandu seperti biasa..
tiba-tiba aku rasakan
kenapa la gelap sgt kereta aku ni..
wiper dah pasang, nape lagi ni..
rasa mcm dh nak kiamat aje..
gelap...kelabu...


cisssss..........rupa-rupanya aku terlupa nak ON air-cond.
patut ler kelabu asap kereta aku :)

15.11.10

356 : Boxer


skrg aku tengah mencari layout yang baru


sbb semalam anak aku yg no 2 itu

memberi komen yang bernas..


"mak, tak cantik ler layout yang ini, petak-petak"

nampak macam boxer jer"


adush...masih mencari

belum jumpa template yg berkenan..

14.11.10

355 : hari 'kunfu' Mira

pada suatu hari...

"mak..nnti minggu depan kita ada kunfu"...kata Mira

"ha...kunfu?...apa ke jadah nya pulak ni?"..aku & anak2 lain..start nak ketawa dah..

"nah..ni ada surat cikgu kasi"..kata Mira lagi

"emmm.....ooooooo", baru le aku faham

rupa-rupanya hari Convocation..Tadika Nur Amira..

kecik2 udah ada convo yea...zaman aku dulu tkde semua ni...

gambar bersama guru kelas Nur Amira sambil menyanyikan lagu Geylang si Paku Geylang..

Amira tengah rancak berdikir barat..tapi bukan lagu kelate...dia org berdikir barat lagu rasa sayang...

bersedia memulakan lagu dikir barat..siap dgn tempurung yg diketuk-ketuk


menyanyikan lagu "u are my sunshine" bukan senang ni..hampir 2 bulan dia org berlatih tau..smpi aku pun tahu lirik lagunya..asyik menyanyi je kat umah..


masih lagu yg sama


permulaan sekali..nyanyi lagu Negaraku

menyanyikan lagu negaraku, murid 4, 5 & 6 tahun
Tadika Zamrud

13.11.10

354 : itu & ini

sambil merayau-rayau blogging..

tiba-tiba aku terjumpa satu blog yang aku rasa cukup hebat

sungguh damai bila singgah di situ

aku dpt blog yang itu selepas menerjah masuk ke blog yang ini

sila lah singgah kalu korang rajin...ke blog yang itu & ini

12.11.10

353 : kuih belah

ntri kali ini nak cerita pasal kuih. tp bukan nya aku buat sendiri tau...sudah semestinya aku beli.
kuih ni ada belah di tengah nya..di letakkan sos cili...jujur..ntah apa ke nama nya ku pun tatau..aku biasa panggil kuih cucur belah tengah :) bukan rambut je boleh belah tengah...kuih pun ada belah tengah okeh
sebenarnya kuih ni telah aku kenali, & telah menjadi kesukaan aku semenjak aku darjah 1 lagi, iaitu sekitar tahun 1978
ye lah, masa darjah satu dulu..belanja sekolah aku hanya 10 sen je. family aku pun bukan nya dari golongan bangsawan atau usahawan..bapak aku hanya lah seorang pekerja kampung..ketika itu hidup agak sempit n semput lah sikit..
selalu nya aku dgn akak aku akan membeli kuih ni sebijik, pastu berkongsi makan sebelah sorang. sbb itu je yg mmpu kami beli dgn duit blanje yg kami ada. tp kami tk pernah merungut pun....masih boleh rasa riang ria sbb dpt makan kuih yg sedap tu, meski pun sebelah sorang je. kalau budak zaman skrg..wa tatau la weiii...
masa tu akak aku dlm darjah 4, aku plak darjah 1. kalau zaman skrg, mungkin kisah kami ni boleh di masukkan ke dalam rancangan "bersamamu" TV3 hehehehe
tu sebab nya smpi skrg aku masih suka membeli kuih ni. kalau aku ternampak je org jual kuih ni..mesti aku akan beli..& aku akan teringat kisah kami setiap kali memakan kuih ini...
salamssss........

10.11.10

352 : Haji / Hajjah

tadi

aku dengar berita

tahun depan

kerajaan bercadang nak menaikkan lagi kos mengerjakan haji di Mekah

emmmm....

kalau macam ni lambat lagi lah aku nak bergelar Hajjah
"Hajjah Rozita"

korang bila plan nak pi Mekah mengerjakan haji ???? :))



Sumber : berita radio

9.11.10

351 : mendung

hari ini 9 Nov - Selasa atau Tuesday

cuaca mendung

semendung hatiku..



(korang tau tak nape hatiku mendung????

8.11.10

350 : lebih kurang 53 hari lagi...

lebih kurang lagi 53 hari kita nak masuk ke tahun baru 2011

apa agaknya kejayaan yg telah kita dapat dlm tahun 2010?

emmmm.....apa ek??? berjaya menaikkan berat badan ku sehingga 65kg~

ok tak? tu kira kejayaan ke atau bala bencana????


korang cm ne?

3.11.10

349 : macam antu~

arini mood rasa macam ok sangat masa nak pi keje
sebabnya esok cuti, lusa cuti..tulat tonggeng..semua nya cuti...
kesimpulan nya H A P P Y

maka

aku pun pagi-pagi ni bermekap lah..agak-agak terlebih sedikit dari biasa
perasan kan cantik sangat lah ye..

tiba-tiba
dengan selamba nya aku mendapat komen yg ikhlas dari Nur Amira..

"eee...mak arini nampak macam antu..."

alahai..sian kat mak kan!

2.11.10

348 : asyik naik je..

harga petrol Ron 97 naik lagi hari ini

tetapi tidak melibatkan Ron 95 & Diesel

juga tidak melibatkan minyak-minyak lain...minyak angin, minyak tanah....atau minyak masak

suatu penyeksaan!...&*^a%@


jom kita berbasikal ke tempat kerja


Sumber : berita radio