17.10.13

541 : cerita raya haji ku

dah 3 hari kita menyambut aidul adha ye. pagi tadi masih lagi kedengaran takbir raya dari surau belakang rumah. sayu lah jugak..teringat akan arwah mak dan bapak yang dah lama pergi. dah lama tak beraya dengan dia org, tiba2 rindu, sendu, syahdu..lalu ku sedekahkan al-fatihah buat mereka, moga sentiasa dicucuri rahmat keatas nya..
 
raya haji tahun ni seperti biasa, balik kpg sekejap jer sebab pagi tu asben ku sibuk dok join geng-geng yang mengerjakan lembu utk korban. hampir waktu zohor baru selesai, sebab tiap tahun di kawasan tmpt aku tu, ramai yang berkorban, so, lembu nya byk ekor. lewat lah baru siap, itu pun mereka dah siapkan kumpulan kumpulan tertentu dgn tugas masing2.
 
pada pagi raya tu..aku mmg tak masak apa2 sbb standby nak balik kpg after my asben finish potong lembu tu semua. malas nak kotorkan dapur kononnya. nak beli pun, paham2 ler... mana la ada org berniaga jual nasi lemak kan..satu raya la katakan.  anak aku suggest pegi kat restoran mamak 24 jam..sih..totop jugak kau. akhirnya ternampak sebiji cake shop buka. so, apa lagi, kami terjah. maka brekpas kami pagi tu, ada lah roti-roti dan cheese kek. sempena adil adha, kedai kek ni beri 40% disc utk semua kek2 yang dijual. pe lagi..rembat la.  orang pagi2 raya makan lemang n rendang tapi kami makan cheese kek. kelakor.  anyway, memang aku bukan seorang peminat tegar si lemang..tkde pun tk kira masalah pada aku. kalau ada tu... aku mkn ler sepotong dua.
 
dalam lebih kurang pukul 12.45 baru lah suami aku selesai. kami pun balik la ke kpg sekeluarga. di kpg bukan ada siapa pun, cuma kakak aku jer.  dia masak lontong, ada le lemang n redang yg dia beli, bkn buat sdri pun.  ada sedikit nasi impit pemberian anak2 buah. tu pun dah mkn smpi kenyang terbuntang.  bila nak kuyusnya mcm nih????

yang paling besnya raya haji ni, menu masakan kat umah seminggu lah berasaskan daging. daging sup, daging msk merah, daging masak itam, daging kicap, daging masak daging????? emmm..darah yg rendah pun boley jadi tinggi mcm nih..mujur raya haji setahun sekali. kalu tak, dah berbau lembu ketiak kita semua..kihkihkih..
 
ok..jmpa lagi di lain entri.  takde pic la tuk raya haji ni. aku balik kpg pun pakai jeans jer, sbb dah lewat. malas nak pakai baju raya bagai..

3 comments:

julietchun said...

bukak peti es penuh daging, :D

Rozita said...

hehee..ye ye. semua lembu

MyCherita said...

singgah sebentar.. ;-) ..cantik blog.. :-) jom tgk blog saya... tq...

http://thescreammer.blogspot.com/2013/09/perniagaan-online-dari-rumah.html

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...