30.11.09

197 : tak de apa2



salam..


macam mana agaknya sambutan Hari Raya Aji korang semua?


mesti meriah ye...


mesti banyak ekor lembu yang terkorban..


kepada yang balik ke kampung utk beraya, lagi meriah rasanya





aku,


meskipun sudah menjadi anak yatim piatu, tapi


masih juga balik ke kampung utk beraya bersama2 dgn adik-beradik ku yang lain..





aku memulakan perjalanan ke kpg selepas sembahyang sunat Raya


dan selepas suami ku selesai membantu melapah daging2 lembu yang dikorban kan itu


kali ini sebanyak 11 ekor lembu telah di korbankan..


sian ek....





boleh ke kita kata sian pd lembu2 tu???


anak aku kata.......kalau kita kata 'kesian' pd lembu yang akan disembelih itu


nanti dagingnya kita tak boleh makan..


ntah dari mana dia dapat hadis yang mengatakan begitu..hehehheeh





aku bercuti di kpg sehingga hari ahad 29hb..


arini mula bekerja semula..


malas sekali dong...


apa nak buat...kene keje jugak kan...





ok lah..


nak pi makan sat...



Nota kecut : Ucapan TAHNIAH buat anak buah aku yang akan melangsungkan perkahwinan 5hb Dec nnti & kpd akan bertunang tidak lama lagi...

26.11.09

196 : ari Raya aji

SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

kepada mereke yang mengerjakan Haji, semoga pulang bersama haji mabrur.

harini keje hafday aje....coti ye.

mungkin ada yang dah mula bercuti pun, aku je lagi yg masih kat pejabat.

24.11.09

195 : ke mana aku menghilang

ke mana aku menghilang... ye aritu aku lama menghilang sebab 'terpaksa' menghadiri satu training di KL, Equatorial Hotel. Training berkenaan dengan Industrial Relations, sesuatu yg amat membosankan, ttp aku terpaksa pergi ...tiada alasan lagi utk aku menolak kerna satu HR team kena menghadiri kursus ini.

Bosan hanya tuhan yang tahu...nasib baik lah makanan yg di sediakan sedap..emmm itu je yang buat aku happy ...heheheh

ini gambar di dalam bilik hotel aku. oleh kerana tkde xtvt yg nak aku buat setelah selesai training, aku pun mula lah men'snap gambar2 ni semua.
Di atas katil ini lah aku beradu selama 2 hari 'berseorangan'. Sunyi ler jugak, biasa lah tu kan..meahhahaha
takut pun ada...maklum ler, sorang2 je

ini gambar bilik air hotel tu. Not bad jugak hotel Equatorial ni ye..tp segala kelengkapan nmpak mcm sudah lama. mungkin sepadan dengan usia hotel nih..aku pun tk tau tahun bila ianya di bina...hahhahah tkde masa nak buat kajiselidik pulak aih...

ini gambar singki tmpt aku cuci muka + gosok gigi. kemas..

ini gambar meja sisi...bersepah dengan barang2 aku...
biasa lah, aku mmg kaki sepah pun....ada org kemas kan...apa nak kisah :)
segala nya sudah berakhir.
happy sangat bila nak balik semula ke Ipoh jumpa anak2..
masa di KL, hujan turun tak berhenti2...sama je mcm Ipoh.
tak jalan mana2 pun sbb keseorangan...
habis training, masuk otel, tengok TV, baca novel & titun...
salam...

13.11.09

193 : off

aku nak berehat sebentar
bersama kit kat hahhaaah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jumpa lagi 18hb :)

(perlu kan cuti yg lagi panjang, rasa-rasa nya :)

11.11.09

192 : cerita lalat

Sang lalat & bini lalat pada suatu hari pergi makan taik, Lalu berkata bini Sang lalat "bang, kenapa kita kena makan taik hari2x ?" Jawab Sang lalat "hish!! Jangan cakap benda2x kotor masa makan, Jijik lah awak ni !"
lawak bodoh~

10.11.09

191 : teka tekuk

ada org beri aku teka teki ini~


1. antara rumah ngan manusia siapa lompat lebih tinggi????
2. kenapa cowboy tengok orang tutup die punye dahi??????
3.kenape kucing ngan anjing suke bergaduh??


TOLONG JAWAB......
(sebab aku pun tak tahu apa jawapan nya)

9.11.09

190 : wajah si perigi buta

ini ada lah lanjutan dari entri aku yang ini 188

ini adalah rupa tepung pulut selepas di adun dgn sedikit santan cair

di buat bentuk seperti perigi buta...di dlm nya di letakkan sedikit gula pasir

(abaikan rupanya okeh)

kemudian letak kan santan pekat ke dalam lubang perigi tersebut

kemudian kukuskan hingga masak...

maaf ye kalian, selepas download gambar

baru aku perasan, gambar kuih yg sudah masak tidak ku snap..

semua nya sudah selamat berada di dlm perigi perut ku

hahahahhahaah

6.11.09

189 : Kasut


Kasut.jpg
Originally uploaded by zita71

tiba-tiba, aku rasa geram pada kasut yang ini

macam biasa sememangnya saiz kasut yg aku beli ada lah 5

tapi malang nya kasut yang ini, meski pun saiz nya 5 dan bukan selain dari 5.....

mula2 pakai okeh aje..syiok sgt, cukup selesa

tetapi..hari ini bila aku menaiki tangga sudah dua tiga kali 'si kasut' ini tertinggal ke belakang..

dia jadi longgar, mungkin ke sebab cuaca hujan, kaki aku jd mengecut

atau kasut ini yg mengembang...sekembang-kembang nya..

hish..menyampah lah..


5.11.09

188 : perigi buta

setiap hari anak2 aku menyuruh aku buat kuih 'perigi buta'
itu pun selepas dia org dpt tahu yg kuih itu adalah makanan tradisi keluarga kami
bermula dari zaman datuk nenek lagi..mmg sedap, asben pun suka
tp agak manis
tk sesuai utk mereka yg ada kencing manis, ye
.
pertama kali mereka merasa makan kuih ini
ketika aku pergi ke rumah abg ku yg sulong tempohari..
.
korang pernah tengok tak kuih 'perigi buta' ni :)


bahan:
tepung pulut, santan & gula
buat bentuk perigi
letak dlm piring kecil
....kukus..

aku rasa tkde org yg tahu macam mana roper kuih yang ini
klu aku buat aku tayang gamba okeh~

4.11.09

187 : menopos

semalam, lepas maghrib.
duduk2 dengan 'dia' sambil tengok TV
aku belek2 katalog dari TESCO
ternampak banyak barangan bayi


Dia : byk nya barang2 budak2 (baby la tu...

Aku : musim org kawen, pastu musim org beranak ler plak

Dia : klu kita pun ada baby, bes jugak kan????

Aku : Sori, saya dah menopos :)





(nak pi ladies sat, tata

3.11.09

186 : masih lagi cerita pantun

masih lagi bercerita tentang pantun


Di sebuah sekolah di pedalaman Pahang....yang penduduknya majoriti penduduk Orang Asli, telah menerima kehadiran seorang guru baru.
Guru tersebut mengajar matapelajaran Bahasa Melayu.
Setelah beberapa episod di sekolah itu, tibalah waktunya guru tersebut mengajar Pantun Melayu kepada anak-anak muridnya.
Guru : Murid-murid,hari ini cikgu hendak mengajar Pantun 4 kerat.
(proses P&P pun berjalan dengan lancar)
Untuk memantapkan lagi proses P&P, guru tersebut pun memberi contoh pantun.....tapi hanya 2 kerat saja , yang lagi 2 kerat tu...guru tersebut minta murid selesaikan memandangkan pantun tersebut adalah pantun yang popular di kalangan masyarakat Melayu...
.
Guru : Baiklah, siapa yang boleh lengkapkan pantun ini...
DUA TIGA KUCING BERLARI
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG
............................................
.
Tak seorang murid pun yang mengangkat tangan...jadi guru tersebut terpaksalah memanggil nama murid untuk selesaikan pantun itu......
.
Guru : Min, cuba selesaikan.(Min pun bangun dengan bangganya)
Min : DUA TIGA KUCING BERLARI
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG
NAK SHAMER, SHAMER LAH,
TAK NAK SHAMER SHUDAH.
.
.
Setakat ini saja pelajaran pada hari ini...
.
.
nak pi lunch sat...

2.11.09

185 : tolong sambungkan~

tiba-tiba terasa nak berpantun ler pulak~
.
kalau roboh kota melaka
papan di jawa saya dirikan
____ ____ ___ ____ _____
Badan dan nyawa saya berikan!
.
suka hati korang lah ek..
korang sambunglah ikut versi masing-masing
Slmt berpantun!

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...