30.12.09

212 : selamat tahun baru 2010!

semalam aku ke UO superstore, sebab rasa teringin sangat nak makan buah naga. aku suka yg kaler merah, yang kaler putih tu tk sedap, kurang manisnya. cari punya cari...sekor naga pun tak nampak...adoyaiii...keciwa sungguh. mungkin dah takde musim kot..eh..buah naga ni pun ada kira musim ke? akak ingatkan buah rambuatan & buah durian aje yg bermusim...

punya ler frust...udah rasa nak bertuko jadi naga le fuloks!

blog akan bercuti setahun ye. tahun depan baru jumpa lagi...
tata....31hb~3hb.
akak rasa nak mengecat rumah. rumah betul la..bukan rumah blog yang ini...hehehe

Selamat Tahun Baru 2010. semoga impian akan tercapai di tahun 2010 nnti


29.12.09

211 : kembali ke sekolah


ini gambar kami jalan2 shopping utk kelengkapan sekolah dua minggu sudah. tiap-tiap tahun poket mak pak akan rabak bila sekolah nak bermula. semuanya nak di beli baru, baju, kasut, beg, pen, pensil, pencil box pun dia nak beli baru...cuba bayangkan...serba berdiri nak baru2 belaka utk ke sekolah ..dia org ingat duit bole jatuh dari langit kot.


pendek kata, semua sudah selesai utk anak2 aku, buku pun sudah di beli. cuma tunggu bayau yuran aje..yuran boleh utang kan cikgu kan..kan..kan???? ujung taun baru bayau..boleh tak?????


dulu2, masa zaman aku kecik...pakai je mana yang ada..kecuali baju sekolah & kasut sekolah, itu pun sebab saiznya udah bertukar, klu tak..mungkin pakai yg lama aje. beg sekolah pun kalau rosak baru tukar. kalau tak pun, dapat harta pusaka turun temurun, maksudnya, ambik beg kakak yg masih elok..sambung guna. berbeza sungguh dgn budak2 jaman skrg...

28.12.09

210 : Siapa kah kamu?

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
.
.

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
.
.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini
.
.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
.
.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

22.12.09

209 : Istimewanya buah..

Kali ini cerita keistimewaan buah-buahan pulak. Setiap buah2an ada keistimewaan nya masing2 tanpa kita sedari, juga tips yg bagus utk mereka yg berdiet..



Buah Tembikai


Buah yang mengandungi 92 peratus air ini mampu mengeyangkan dan sekaligus mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan.






Strawberi, Blackberry, Blue berry


Berry : merupakan sumber makanan yang paling kaya dengan kandungan antioksidan yang dapat mengimbangi metabolisma tubuh.


Limau/Lemon


Jika dibandingkan buah lain, limau mengandungi serat paling tinggi. Serat yang terdapat dalam limau adalah serat yang larut di dalam air sehingga dapat mengurangkan keinginan seseorang untuk makan



grapefruit


Kajian menunjukkan grapefruit mengandungi kandungan asam yang dapat menyingkirkan kalori lemak yang terdapat dalam makanan.


epal


Berdasarkan kajian, berat badan seseorang turun sehingga 33 peratus apabila makan epal sebelum mengambil makanan berat.




anggur


Kandungan antioksidan dalam anggur dapat mencegah pembentukkan lemak dalam perut


buah pelik


maaf ye, bukan niat nak melucah di siang2 hari ni. apa tah lagi dah nak dekat cuti Xmas.

buah ini dengar cerita nya sungguh byk khasiat.. tapi apa khasiatnya, tidak lah aku tau..

nama nya saje sudah pelik...buah pelik :)








21.12.09

208 : Ipoh mali talak sombong ~

maaf ye! tajuk tk de kena mengena dgn ntri :)

bersiaran kembali seperti biasa selepas 3 hari bercuti. alangkah indah nya jika hari-hari adalah hari cuti buat ku...mustahil kan..kan

macam biasalah, bila hari cuti, baru ler ada masa utk aku mengemas rumah mana yang patut. hari lain tu, bukan nya tak boleh sebenarnya, cuma aku sedikit malas & letih, sebab hari bekerja kan..boleh terima kan alasan sebegini...

semasa aku mengemas bilik anak lelaki aku, tiba-tiba aku terjumpa biji getah. real punya tau korang, bukan gambar. cuma sebiji saje yg aku jumpa. kalau korang nak tengok, cuba tengok kat gambar di bawah tu. akak tau, ada sesetengah orang yang langsung tk pernah tengok biji getah real depan mata korang. ntah2 pokok getah pun ada yg tak kenal..

aku rasa tertarik sgt pada biji getah ni..rasanya dah hampir sepuluh tahun aku tak pegang biji getah & tak tengok biji getah ni di depan mata. teringat masa zaman aku kecik2 dulu...naik basikal bersama kakak aku + sepupu aku, pergi ke ladang getah pak alang usop (skrg dah meninggal pun org tua tu) untuk mencari biji getah ni lah. kami gunakan biji getah utk main congkak. bukan mcm budak2 skrg, main cngkak guna guli. kami dulu lubang congkak pun buat sendiri, korek aje 14 lubang tu kat atas tanah guna tempurung kelapa pastu biji getah ni lah jadi buah congkak nya....indah sungguh kenangan itu. sesuatu yang tak akan berulang lagi dlm hidup aku..

(18hb ~ Jumaat)

lepas selesai aku mengemas rumah, lepas solat zohor, aku pun tiba-tiba rasa macam nak shopping aje. oleh kerana ujan yang turun selama 2 hari berturut-turut, aku pun memilih tmpt shopping yg paling dekat..iaitu TESCO Xtra..lihat gambar di bawah, kalu tak caya..

lepas letih bershopping bersama anak pompuan aku...tiba-tiba perut terasa lapar le pulak. hari hujan kan, perut semesti nya lapar. aku ambil keputusan utk singgah aje di tesco food court..

tak tau nak pilih menu apa. paling senang & sedap aku order mee goreng + kerang + udang = RM3.80 saje. jimat kan aku....minum cuma milo ais, kongsi dgn Amira pun..


(19hb~ Sabtu)

Sabtu petang kakak2 aku smpi ke rumah aku. hujan masih renyai2 di Ipoh..
ptg itu kami pun jalan2 di Gunung Lang..taman rekreasi..
lihat sign board di bawah....korang perasan tak ada gambar pasangan pengantin kat tepi tu, baju kaler biru.
biasalah, cuti-cuti sekolah ni mmg musim kawin pun...seramai 7 pasangan pengantin ada di taman rekreasi tersebut bagi tujuan sessi fotografi mereka. canggih sungguhkan...
dulu-dulu kita tngok pengantin2 bangsa asing aje yg posing2 kat luar nih..la nih..masyarakt melayu pun dah ikut sama..improvement lah itu :)
tapi kan...yang kami jumpa 7 pasangan pengantin tu, satu pun tkde pakai baju kaler sama, semua lain-lain tau..bes lah tengok..terasa macam nak bersanding lagi ler pulak..

ini sessi fotografi utk kami...jgn termuntah ye tengok tong drum berposing
hahahahhaha

17.12.09

207 : 1431H

nak bgtau, blog bercuti dr 18hb hingga 20hb...jgn nakal2 ye semua


(tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru bagi kedua-duanya, tahun Hijrah 1431 & tahun baru 2010)
salam maal hijrah buat semua kengkawan!

sudah tambah setahun lagi...
apa agaknya yang mahu di hijrahkan pada tahun ini
saya mungkin atau cuba utk berhijrah;


dari kurang bersenam kpd byk bersenam,
dari kurang beribadat kpd byk beribadat,
dari banyak bercakap benda yg tak berfaedah, kurang kan bercakap,
dari suka membazir membeli barang yg tak berapa perlu, cuba berjimat cermat,
dari membaca novel tukarkan kpd membaca buku2 ilmiah/agama,

apa lagi ek???

sebenarnya byk penghijrahan yg boleh kita lakukan, agak mudah, tetapi,

kita leka, kita alpa,
di tahun baru ini..
sama-samalah kita berhijrah,
dari perkara kurang baik,
ke arah kebaikkan.
sesungguh nya mati itu pasti,


salam~

16.12.09

206 : bilik tidur

Hormat bukan sekadar tunduk ketika berjalan, terutama nya di hadapan ibubapa, tetapi merangkumi segala adab yg telah di tetapkan.
.
Antaranya adab memasuki bilik ibu bapa. Dlm Islam telah digariskan syarat tertentu bg anak utk masuk ke bilik ibubapa.
.
Pesanan atau ilmu pengetahuan utk anak2 juga ibubapa (termasuklah saya sendiri) :)

.
Ingat ya, pastikan anak-anak kita minta izin dahulu sebelum masuk ke bilik kita (ibubapa) pada waktu2 begini. Jangan main terjah aje.


3 waktu yang di mestikan meminta izin untuk masuk ke bilik ibubapa (pesanan buat anak2, termasuk anak2 ku jua)
.
. Sebelum solat subuh - merupakan waktu persendirian ibubapa. Mungkin mereka kurang bersedia bersama anak-anak. Mungkin juga peratusan aurat mereka terdedah sangat tinggi.


. Sebelum waktu zohor - disebut waktu 'Qailulah'. Mungkin waktu ini ibubapa sedang berehat dan tidur sebentar atau sedang bersiap2 utk solat zohor. (Ini utk hari2 tidak bekerja ye! kebanyakkan ibu & bapa di luar sana bekerja dan bersolat zohor di tmpt kerja..selamat lah sikit)


. Selepas Isyak - biasanya waktu ini ibu bapa sedang bersiap utk tidur atau sedang bersantai. (utk ibu bapa yg tidak sibuk menonton TV ye he he he)

15.12.09

205 : 4 perkara

salam~
.
.
.
ntri yang masih berkisah tentang 4
.
.
.
semalam kisah 4 kaki, ttp harini kisah 4 perkara. bukan kisah kawin 4 ye~
.
.
.
.

4 perkara menguatkan badan
- makan daging, memakai haruman, kerap mandi & berpakaian drpd kapas
.
.
.

4 perkara melemahkan Badan
- byk minum air ketika makan, sentiasa cemas, byk makan bahan yg masam & byk bersetubuh .
.
.
.
.

4 perkara menajamkan Mata
-memandang benda hijau, duduk menghadap kiblat, bercelak sebelum tidur & berpakaian bersih
.
.
.
.

4 perkara merosakkan mata
- memandang najis, melihat org yang dibunuh, melihat kemaluan & membelakangi kiblat
.
.
.
.

4 perkara menajamkan fikiran
-tidak banyak berbual kosong, rajin bersugi (gosok gigi), bercakap dgn org soleh & bergaul dgn para ulama

14.12.09

204 : empat


bersyukurlah dgn kesempurnaan yang kita ada hari ini ye!
ini sudah terlebih sempurna, smpi terlebih kaki..

11.12.09

203 : basikal ku~

sudah dua hari aku MC. aku demam. aku juga selsema. sedikit batuk2 sebab makan rambutan berlebihan dose.

maka 2 hari jugak lah aku sudah makan gaji buta...keje tk buat, tp gaji jalan kan...gaji buta lah namanya itu...

lihat gambar ini...Amira dgn basikal nya yang baru di beli dua hari lepas. sayang sungguh dia dgn basikal ini..barang baru lah kata kan..tggu ler selepas beberapa minggu..akan di campak sana sini..

Amira beli basikal ini dgn duitnya sendiri. duit Raya dia. sian kan? kejam sungguh mak pak dia..


lihat lah..betapa sayang nya dia ngan basikal itu..


tiba-tiba mak Mira rasa nak berpantun

dua kerat aje:

"dua tiga kucing berlari

duit sengget mana nak cari"

8.12.09

202 : aDa beNarnYa!

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.


.


3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.


.


4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"


.


5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.


.


6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.


.


7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.


.


8. Si Bosia dan Bohjan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.


.


9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.


.


10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.


.


11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)


7.12.09

201 : apa korang rasa bila.....



apa korang rasa bila janji tk ditepati,

apa korang rasa bila diri dikhianati,

apa korang rasa bila diri dibenci,

apa korang rasa bila impian tk menjadi,

& apa korang rasa bila

tkde idea nak buat ntri.....

3.12.09

200 : selipar

korang suka tak pakai selipar? tak kiralah selipar jenis apa pun. aku rasa yang paling popular ialah selipar Jepun. meskipun buatan Malaysia dan dipakai juga oleh org Malaysia ttp ianya tetap digelar selipar Jepun. akk pun tak pasti, org Jepun pakai tak selipar cam gitu~

korang pernah tak mengalami peristiwa hilang selipar ketika pergi ke masjid? tak kira lah sewaktu sembahyang jumaat ke, sembahyang raya ke atau sembahyang raya haji atau semua yang sewaktu dengan nya.

mesti ada kan...okeh lah, oleh itu, utk mengatasi masalah tersebut di bawah ini adalah petua macam mana nak menghindari kejadian 'hilang selipar' dlm erti kata lain, salah satu langkah2 keselamatan atau cara2 menjaga harta benda peribadi...

rasanya elok jugak di praktikkan...jgn malu2, sila ikut cara2 keselamatan sebegini

.

.

.

.

.

.

.

.

.

+

2.12.09

199 : Daging merah korban

oleh kerana dlm peti sejuk aku tkde benda lain selain dari daging sahaja
almklum ler selepas hari raya korban kan..
berlambak ler pulak dpt daging free
ini menu aku semalam, daging merah
jarang sekali aku cerita pasal masakan dlm blog yang ini kan????
tk pe la..
korang layan je lah ek
.
.
Bahan2 utk hidang 2-3 orang
* daging di potong halus
* 1 bj bawang besar di mayang
* 2 bj cili merah di hiris atau boleh tukar kan dgn capsicum ijau, suka ati korang lah ek
* 1 cm halia
* 2 ulas bwg putih
* 2 sudu besar sos cili, sos tomato & sos tiram, klu suka lebih, boleh bubuh lebih skit
* garam secukup rasa
.
.
cara2nya:
~rebuskan daging tersebut dgn sedikit pewarna merah hingga lembut
~ tumiskan bawang besar, halia & bawang putih
~masukkan sos cili, tomato & sos tiram, taruk air secukupnya
~ kemudian masukkan daging rebus tadi
~ letak garam secukup rasa
~letak kan sedikit daun sup or daun bawang sbg hiasan
~ hidangkan
~ makan
.
.
cuba lah

1.12.09

198 : sunyi



dah masuk hari kedua anak2 aku tkde di rumah
dua orang sudah ke KL, rumah kakak aku
tinggal sorang je yang pompuan itewww





masa dia orang ada, aku suka nak marah2
rasa penat sangat layan kerenah dia org tu
tp bila tkde
rasa sunyi pulak..





mmg betul ye,
manusia tk pernah bersyukur dgn apa yg ada
manusia suka komplen saje





jadikan pengajaran
anak2 itu mmg penyeri rumahtangga & hidup

602: Walimatulurus Caca & Hazim, Aug-Sep 2019

Biarlah gambar berbicara.  Simpan sini sebagai kenangan.. Majlis akad nikah pada 30/8/2019 - Kelantan Majlis sebelah perempuan 31/8/201...